Terkini!!! Pesawat Malaysia Airlines Yang Hilang, Tidak Meletup Di Laut China Selatan : Pentagon



NEW YORK 9 Mac - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam.

Menurut akhbar The New York Times yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia, tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan. - Agensi

Manakala gambar di bawah pula
Embedded image permalink

Dr Wan Azizah melawat keluarga mangsa MH370 di The Everly Hotel

Terkini!!! Pakar Bimbang Insiden MH370 Ada Kaitan Dengan Ancaman Bom Kasut Yang Dikeluarkan Oleh Pihak Keselamatan AS Bulan Lalu...


WASHINGTON 9 Mac - Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.

Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan dalam kes terbabit, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.

WoW!!! (Ada Video) Inilah Wajah Calon PKR Untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang.. Teka-Teki Pihak Musuh Tersasar, Jom Terjah!!!




KEADILAN hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil DUN N25 Kajang.

Datin Seri Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam sidang media di Bilik Gerakan KEADILAN Pilihanraya Kecil Kajang Batu 12, Kajang hari ini.

Terkini!!! (Video) Menteri Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik.. Jom Terjah!!


Hishammuddin Hussein.
SEPANG: Kerajaan Malaysia sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.

Terkini!!! Dua Lagi Penumpang Eropah Dengan Identiti Meragukan Dalam Pesawat MH370.. Jom Terjah!!!

Pasukan keselamatan yang bertugas di KLIA bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh krisis mengenai kehilangan pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.Pasukan keselamatan yang bertugas di KLIA bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh krisis mengenai kehilangan pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti dua orang lagi penumpang Eropah dalam penerbangan MH370 dan menambah dua lagi individu yang menggunakan pasport curi bagi mengikuti penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sempadan maritim Malaysia-Vietnam sejak pagi Sabtu.
The Malaysian Insider difahamkan keempat-empat individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.
"Pemeriksaan latar belakang dengan kedutaan sedang dilakukan tetapi kedua-duanya masih belum disahkan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, sambil menambah mereka dari negara sama.

TERKINI!!! Dua Penumpang MH370 Tidak Menaiki Pesawat, Tetapi Pasport Mereka Telah Digunakan - Persoalannya Siapa Mereka??

Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian

KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal , kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan  telah dicuri tahun lepas.

Terkini!! Dua Tompokan Minyak Ditemui: DCA Masih Tidak Dapat Sahkan Lagi.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.

Akhbar itu melaporkan bahawa tompokan minyak itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.