PANAS!!! Tun M, Mukhriz, 4 Lagi Gagal Kekal Keahlian, Jawatan Dalam Bersatu



Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz dan empat lagi gagal dalam mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan mereka untuk injuksi ad-interim.

Keenam-enam mereka, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan Marzuki Yahya telah memohon perintah ad-interim bagi mengekalkan kedudukan masing-masing, sementara menunggu permohonan injuksi utama kedua-dua pihak didengar pada 9 Julai ini.

Hakim Rohani Ismail menolak permohonan injuksi ad-interim untuk beberapa deklarasi sementara menunggu perbicaraan injuksi inter parte berhubung saman mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dua lagi.

Pada 9 Jun, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin, Marzuki dan parti itu sendiri telah mengemukakan saman terhadap Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu dan pemangku pengerusi; Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan, terhadap pembatalan keanggotaan mereka dalam Bersatu bulan lepas.

Peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan memberitahu pemberita bahawa kesemua enam plantif yang mendakwa bahawa mereka masih anggota parti berkenaan tidak memperoleh injuksi ad-interim yang mereka tuntut.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.