Bekas Janda Norman Hakim Dimasukkan Ke Hospital, Jom Terjah Apa Penyebabnya?

Sedih pulak mendengar perkembangan terkini Abby Abadi. Menerusi Facebook Abby Abadi, pihak admin telah mengupdate status yang menyatakan Abby dimasukkan ke hospital akibat terlalu stress. Namun punca stress terpaksa dirahsiakan.
abby abadi masuk hospital
Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat ‘stress’ dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat sembuh yer. Page ni hilang sebelum ni, jd maaf sbb lambat umumkan hal ini.

Kos Sewa Pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh PM Najib Berjumlah RM9.1 Juta Untuk Bercuti...

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

NONEDalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

najib private jet 020911Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercutipada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

Bagaimanapun, tiada juga pengumuman rasmi bahawa perdana menteri sedang bercuti seperti yang lazim dilakukan oleh pejabatnya.

Berita itu kemudiannya disahkan bahawa Najib memang berada di Perth bagi mendapat rawatan fisioterapi berikutan pembedahan di lututnya dan juga untuk bercuti.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan sama ada adil atau tidak bagi seseorang perdana menteri untuk bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapalterbang milik negara.

NONEKapalterbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburankerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd. 

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

Kes Fitnah Liwat DS Anwar: Inilah Wajah Saksi Misteri : Pendedahan Mengejutkan di Mahkamah Hari Ini...


Seperti dijadualkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya padaperbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Ali dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.

NONENajwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu, beliau mengenali Saiful sejak 2003 apabila tinggal berdekatan bilik pengadu semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa. 

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Katanya, program itu dilancarkan oleh bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

NONE"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik.

Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful mengidola Anwar seperti dalam pengakuannya.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi.
Mahkamah kemudian ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Menteri Dedahkan Lebih RM2 Juta Duit Rakyat Dibelanjakan Untuk Halang Kebangkitan Rakyat Terhadap SPR Di Ibu Negara Pada Julai Lalu.. Patutkah??



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM2 juta untuk mengerahkan lebih 11,000 anggota polis untuk bertugas ketika perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada Julai lalu.

azlanHishammuddin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, perbelanjaan bagi menangani perhimpunan tersebut termasuk untuk menugaskan anggota dari kontinjen seluruh negara bagi membantu polis kontinjen Kuala Lumpur.

Menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM2,018,850 itu, Hishammddin berkata PDRM terpaksa membuat "persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain."

"Jumlah pegawai dan anggota polis yang telah dikerah untuk bertugas untuk menjaga keselamatan di kawasan Lembah Klang seramai 11,046 orang termasuk seramai 2,600 orang yang dikerah," katanya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam soalannya bertanya kepada Hishammuddin jumlah elaun yang dibayar untuk tugas anggota dan pegawai berkenaan dari 6 hingga 9 Julai lalu.

Barisan Nasional Kehilangan Seorang ADUN Di Negeri Sembilan - Takziah Di Atas Kembalinya Ke Rahmatullah Pagi Tadi...

pix_gal0
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof (gambar), meninggal dunia jam 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah dan jenazahnya dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti.Allahyarham adalah ADUN daripada Barisan Nasional (BN).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.