Penasihat Agama MB Pahang Jadi Calon DUN Kerdau (Lulusan Al Azhar, Mesir) Tapi SPM Bahasa Malaysia Tak Dapat Kepujian


TEMERLOH: Penasihat Agama Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, sebentar tadi.

Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.


Angkara Siapa - Rekod Panggilan dan SMS Teoh Dipadam Dari Akaunnya? Mohon Bantuan Polis Hong Kong

Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu politik Teoh Beng Hock akan mengutus surat kepada Kedutaan Thailand bagi mendapatkan bantuan pakar patologi negara itu, Dr Pornthip Rojanasunand untuk memberi keterangan.

Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong berkata pihaknya telah menulis kepada kedua-dua Pornthip and Dr Peter Vanezis melaui surat dan juga e-mail, tetapi masih belum mendapatkan jawapan.

azlanKatanya, setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim hanya berjaya menghubungi setiausaha Pornthip melaui telefon.

"Ia tidak berakhir setakat itu... Kita akan menulis kepada Kedutaan Thailand dan minta Pornthip beri keterangan," katanya sambil menambah perkara yang sama dilakukan bagi mendapatkan Vanezis.

Penyiasat persendirian

Pornthip dan Vanezis adalah pakar patologi yang dibawa memberi keteranagn pada inkues bagi menentukan punca kematian pembantu politik DAP itu.

Porrnthip mengejutkan negara apabila beliau berkata Teoh kemungkinan dicekik dan kematiannya bukan akibat jatuh dari sebuah tingkap pada tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

NONEMayatnya dijumpai pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5. Koroner membuat penghakiman terbuka dengan memutuskan kematiannya bukan kerana bunuh diri ataupun dibunuh.

Foong juga mengumumkan suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.

Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.

SMS didedah

Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yaang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis Hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.

NONEMengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kiri) berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.

Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.

Suruhanjaya hari ini juga dimaklumkan kandungan lebih kurang 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik Teoh tidak pernah diterjemah atau disoal balas dalam inkues sebelum ini.

Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.

Langsung Dari Mahkamah - Kes DS Anwar : Pakar DNA Diamuk Sakan Oleh Peguambela

Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.

Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair.

NONEPada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya.

"Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.

Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025.

"Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.”

Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.

Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu.

"Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya.

Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel.

"Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.

Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti.

Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.

Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian.

Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini.

Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik.

Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya".

Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.

Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".

Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.

Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Dr Seah juga dijangka akan disoal balas oleh DPP Noorin Badaruddin bagi membantu kes pendakwaan.

Azizah Mahzan Kecewa Dan Pilih Bidang Lain Di Luar Negara

Azizah nekad berhenti berlakon kerana kecewa dengan skrip tidak berkualiti.

KUALA LUMPUR: Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.

Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.

“Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini.

Tambah Azizah, dia kecewa apabila skrip tersebut bukan sahaja tidak berkualiti tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang telah memperlihatkannya sebagai pelakon tidak profesional.

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima mana-mana tawaran selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.

“Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.

“Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.

“Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu,” katanya kesal.

Azizah mahu fokus dengan kehidupan peribadinya dan berhasrat berhijrah ke luar negara.

Katanya, dia juga kecewa dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend dan cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.

“Saya tahu stesen televisyen mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.

“Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata,” katanya.

Jelas Azizah, dia kini mencari rezeki di luar bidang hiburan dan berhasrat untuk berhijrah ke luar negara.

“Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaja, dan kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara,” katanya.

azizah-mahzan-pelakon-spa-q

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.