Aktres Janda Seksi Mulakan Perniagaan Pakaian Muslimah... Mengapa???


KUALA LUMPUR, 6 MEI 2011: Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan fesyen telah mendorong aktres jelita, Rozita Che Wan untuk terlibat dalam perniagaan pakaian muslimah yang diberi nama My Couture Sdn Bhd.

Perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd itu lebih menjurus kepada pembekal pakaian muslimah seperti jubah, tudung dan pakaian wanita 'ready to wear' untuk butik-butik terpilih.

Menariknya, Rozita Che Wan terlibat secara langsung dari pemilihan material, khususnya untuk rekaan produk mini tudung. Persoalannya, mampukah Rozita Che Wan mereka tudung sedangkan dia sendiri tidak bertudung?

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, semua tidak menjadi masalah padanya kerana sekurang-kurangnya kebolehannya itu dapat dapat dimanfaatkan dengan mendorong orang lain untuk bertudung.

"Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini. Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah. Manakala saya pula banyak mereka design untuk mini tudung yang lebih moden sesuai untuk wanita yang mengikut peredaran zaman.

"Lagipun, saya rasa tidak menjadi masalah jika saya boleh mereka tudung untuk orang lain tetapi saya sendiri tidak bertudung. Mungkin, ini kelebihan saya. Setidak-tidaknya ia boleh dimanfaatkan kepada orang yang bertudung," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran My Couture Sdn Bhd di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Rozita Che Wan juga akui dia kini sedang berdepan dengan jadual lakonan yang sangat ketat, sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur untuk memberi komitmen terhadap dunia perniagaan fesyen yang baru diceburinya secara serius sejak awal tahun ini.

"Alhamdulilah, memang banyak sangat tawaran dan tuntutan berlakon untuk saya pada tahun ini. Namun, saya tetap perlu luangkan masa setiap tiga bulan sekali untuk pergi membeli dan memilih material yang sesuai bersama Kak Hanim di sekitar lembah Kelang.

"Lagipun, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap. Kerana selain menjadi pembekal pakaian muslimah di beberapa butik tempatan, kami juga turut menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom," katanya yang masih lagi menjalani penggambaran drama Diari Summer Camp bersama Shahir.

Menyentuh tentang harga pakaiannya di butiknya, Rozita Che Wan memberi jaminan bahawa harga setiap pakaian yang dijual adalah harga yang mampu dimiliki oleh golongan pelanggan yang berpendapatan sederhana dalam anggaran antara harga RM1,000 ke bawah

Selain menjual secara pukal, pelanggan persendirian yang berminat untuk melihat dan menempah rekaan pakaian muslimah tersebut boleh melayari laman web www.mycouture.com.my atau mengunjungi bengkel mereka yang bertempat di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Keputusan Terkini Liga Super 2011 - Kedah Kalah Dengan Kelantan 2 - 0


Kelantan menguasai persada Liga Super

KUALA LUMPUR 7 Mei — Kelantan menguasai persada Liga Super dengan kelebihan jaringan apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan liga di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu, malam ini.

Kelantan hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi bekas pemain kebangsaan, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-54 dan S. Chanturu pada minit ke-66.

Kejayaan Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu itu membolehkan pasukan itu mengumpul 39 mata, sama dengan pencabar terdekat Selangor, Di Stadium Shah Alam, Selangor dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Johor FC 3-2.

Gol Red Giants masing-masing dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-64, Mohd Amri Yahyah (min-69) dan Azidan Sarudin (min-77) sementara gol pelawat dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad (min-22) dan Mohammad Khairul Ismail (min-79).

Mengapa TV3 Memanipulasi Isu Penolakan Rebat Cukai Tanah Yang Dipohon UUM - Jom Terjah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat kini namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.

4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

Ada Parti Di Malaysia Merupakan Musuh Nombor 1 Negara... Jom Bongkar Parti Mana????

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.