Pengarah KL Gangster Bercinta Dengan Gadis Ini, Sudah Jalin Hubungan 3 Bulan... Bukan Kalangan Artis Lagi...

Syamsul Yusof lebih selesa menjalin hubungan dengan orang biasa. - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 27, mengakui keintimannya dengan aktres Liyana Jasmay, 23, yang diperkatakan sejak tiga bulan lalu hanya cerita lama kerana mereka tidak bercinta seperti yang didakwa.

"Kami memang pernah rapat sebelum ini, itu tidak saya nafikan. Tapi hanya sekadar kawan dan ia cerita tiga bulan lepas pun.

"Masing-masing cuba untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam tetapi ia tidak menjadi serius.

"Sebagai lelaki, saya berkawan dengannya dan cuba untuk membawa hubungan itu ke fasa percintaan tetapi tiada keserasian," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Jelas Syamsul lagi, aktres bertubuh kecil itu bukan saja memiliki paras rupa yang cantik, malah turut mempunyai budi pekerti dan sikap yang baik.

Namun, faktor tiada keserasian antara mereka menjadikan hubungan itu lebih selesa dijalani atas dasar persahabatan saja.

"Sebagai lelaki, memang saya suka dan tertarik dengan ciri-ciri kewanitaan dan budi bahasa yang dimilikinya.

"Selepas lebih sebulan berkawan rapat, dia memang seorang wanita yang menawan tetapi faktor kurang serasi menjadikan hubungan kami tidak boleh pergi jauh," tuturnya.

Dalam pada itu, bekas kekasih kepada aktres Diana Danielle ini turut mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis biasa yang masih menuntut.

"Saya sedang mengenali dan berkawan dengan seorang gadis yang berusia 20 tahun. Dia orang biasa dan masih belajar lagi.

"Mungkin jiwa saya ini lebih selesa menjalin hubungan dengan orang biasa dan bukannya artis atau selebriti.

"Lagipun, ayah saya selalu berpesan kalau hendak bercinta, sebolehnya cari pasangan daripada orang biasa saja,” katanya yang sudah tiga bulan mengenali gadis yang digelar 'S' itu.

Tiga nadi utama filem KL Gangster, Ady Putra (kiri), Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.

Menyorot perkembangan terbaru kariernya, Syamsul mengakui berasa puas dengan filem kelima arahan dan lakonannya iaitu KL Gangster.

"Untuk filem kali ini, saya akui berasa lebih puas daripada filem-filem sebelum ini. Banyak aspek baru dan segar yang saya tekankan dalam KL Gangster.

"Ia bukan hanya filem aksi yang sarat dengan pertarungan semata-mata tetapi mempunyai keseimbangan pada aspek lakonan, skrip dan plot.

"Ini adalah filem aksi pertama saya yang tiada heroin dan hanya mempertaruhkan hero sahaja, saya harap kelainan ini dapat diterima oleh penonton," katanya.

Selain Syamsul, filem terbitan Skop Productions itu turut membariskan Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak dan Ridzuan Hashim.

KL Gangster akan mula ditayangkan pada 9 Jun ini di 90 pawagam seluruh Malaysia.

TV3 Kerap Lakukan Kesilapan, Jom Lihat Kesilapan Tersebut...

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA dua perkara melucukan malam tadi apabila saya menonton Buletin Utama TV3. Pertamanya, punyalah gopohnya TV pencacai ini untuk menyiarkan berita memburukkan Husam Musa berkaitan dakwaan Blogger Kickdefella, yang diulas adalah kenyataan Blogger berkenaan tetapi gambar dikaca TV pula kelihatan Najib turun dari kereta melakukan lawatan di luar negara. Lepas itu, saya lihat merah padam muka si Pembaca berita berkenaan. Itulah standard TV 3 suku.

Berita tentang isu kununnya Husam Musa memberi wang RM350, 000 kepada Kickdefella diulang lagi kemudiannya setelah tersilap siar. Kelucuan kedua, apabila Ruslan Kassim seorang lagi pencacai Umno yang telah lama keluar dari Parti Keadilan itu turut mengulas isu yang sama. Beliau mencabar Husam Musa agar menyaman Kickdefella atau Husam mendakwa Kickdefella berbohong. Mengapalah bertambah bengap si Ruslan Kassim ini?

Peliknya, kenapa Ruslan Kassim tidak mencabar Kickdefella membuat laporan kepada SPRM tentang pemberian wang tersebut? Atau, jika Ruslan Kassim ini anak jantan dari PERKASA, beliau sendiri boleh membuat laporan kepada SPRM jika beliau percaya cakap `orang mabuk' tersebut? Masakan Ruslan Kassim tidak tahu atau jahil sangat, iaitu prinsip undang-undang orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti, bukan yang dituduh melakukan saman.

Cabaran Ruslan Kassim agar Husam Musa berkata bahawa dakwaan Kickdefella itu bohong, telah lama Husam Musa lakukan. Apabila Husam Musa menafikan beliau ada memberi wang kepada Kickdefella, secara tidak langsung Husam menunjukkan kepada kita bahawa Kickdefella yang berbohong. Mahu cabar apa lagi? Atau, Ruslan Kassim mahu Husam Musa memakai baju kalis peluru dan bersumpah laknat pula?

Pencacai seperti Ruslan Kassim ini akan bercakap apa saja walaupun percakapannya itu memperbodohkan dirinya sendiri. Itulah akibat atau `sumpahan' apabila khianat kepada perjuangan, otak yang cerdik Allah jadikan bodoh macam lembu. Kita boleh lihat mereka yang khianat kepada perjuangan semuanya akan bercakap seperti `lembu bercakap'. Betapa hinanya mereka pada pandangan masyarakat sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.