Pegawai Khas MB perjelas isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

“CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

“Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah,” ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

“Memang betul ada penduduk yang tinggal sejak 30 tahun lalu di Kampung Kilang Ketapan tapi bukan di atas tanah PKB yang dimaksudkan, mereka tidak terbabit dengan notis pengosongan tanah oleh PKB,” terang Muzaini.

Beliau kesal kerana mereka yang tidak terbabit itu yang diperalatkan untuk mengadakan demonstrasi memburukkan Kerajaan Negeri kelmarin. “Walhal, yang terbabit cuma 13 keluarga sahaja,” ujarnya.

Wakil penduduk, kata Muzaini, membuat andaian buruk kononnya beliau tidak menyampaikan surat kepada Menteri Besar. Mereka juga mendakwa Kerajaan Negeri menolak perundingan.

“Dalam waktu yang sama mereka menghasut penduduk mengadakan perhimpunan haram mengecam Kerajaan Negeri, ramai yang sertai himpunan pula bukan dari kalangan penduduk terbabit seolah-olah ada pihak cuba mempolitikkan isu, inikah sikap pihak yang mahukan perundingan?” ujarnya.

Mengenai permohonan mendapatkan status pendudukan sementara (TOL) kepada Menteri Besar yang diserahkan kepada beliau pada 15 November 2008, Muzaini memberitahu bahawa permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana tanah tersebut jelas mempunyai pemilik, iaitu PKB.

Bagaimanapun, katanya, bagi tanah kerajaan di Kampung Kilang Ketapan yang bukan di bawah PKB, pihaknya memang berusaha supaya para penduduk memperolehi TOL dari Pejabat Tanah.

“Selama berpuluh tahun mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, hanya di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat baru kita berusaha untuk mereka memperolehi geran menduduki secara sah yang dimulai dengan pemberian status TOL.

“Setakat ini sudah 80 pemilik yang membayar RM75 untuk mendapatkan TOL dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda,” ujarnya.

Penolong Pengurus Felda Terima Dorongan Komputer Riba Dihukum Penjara 2 Minggu & Denda RM10 Ribu

ALOR SETAR 29 Nov. - Seorang Penolong Pengurus Felda dikenakan hukuman penjara selama dua minggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah lima tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Salleh Md. Said, 47, di akhir pembelaan kes hari ini.

Tertuduh didakwa menerima seunit komputer riba bernilai RM3,100 sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses penyediaan bayaran bagi kerja-kerja tambahan kepada kerja membekal, membina dan menyiapkan jalan-jalan pertanian di Felda Lubuk Merbau, dekat sini oleh sebuah syarikat.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di Sentosa Plaza di sini kira-kira pukul 5 petang pada 14 Mei 2005.

Salleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara selepas peguam bela, Pyara Singh yang mewakili tertuduh menyatakan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Jit Li membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan dua penjamin.

- Utusan

Penjara 18 Tahun dan 6 Sebatan Terhadap Mekanik Rogol Anak Tiri

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.

Tertuduh yang berasal dari Langkawi disabitkan dengan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya, berumur 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Hangat, Langkawi pada 20 November 2007 kira-kira pukul 6 petang.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B akta sama.

Peguam tertuduh, K. Kartikumar meminta mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, di samping dia juga terpaksa menyara ibu dan bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Rizal Fadzil memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang mencerminkan kepentingan awam terhadap tertuduh kerana semua masyarakat tidak dapat menerima perbuatan seperti itu.

Kartikumar kemudian memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan hukuman kerana beliau mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mohd Sabri membenarkan hukuman ditangguhkan sehingga menunggu rayuan dan menetapkan tertuduh membayar jaminan RM7,000. - BERNAMA

Umno Penyebab Kekacauan: Ulama Umno Dahulu Keluar Umno dan Menubuhkan PAS, Itu Sejarah... TG Nik Aziz

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz 4Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

NONENik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.

NONEMenurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.

khalid ibrahim selangor mb pc 310708 04Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

azizan abdul razak lim kit siang kedah dap issue pc 080709 08Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.