Kemaskini.. Gambar2 & Video - Sekitar Kemalangan Ngeri 12 Terkorban & Lebih 40 Cedera


Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro


Mangsa terkulai di tingkap van

Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.-BH




Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).

Punca : Sebuah bas berwarna merah. (Ekspress Delima)

1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju
2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan
3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan
4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.
5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga
6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.
7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.
8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)
9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!).
-saifulmerah










Pengerusi SPR Bayangkan PRK Parlimen Batu Sapi Tidak Akan Diadakan Serentak DUN Galas.. Kenapa?

October 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini.

“Secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak mungkin kedua-duanya akan diadakan sekali pada hari yang sama... ini pandangan peribadi saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Aziz bagaimanapun pun memberitahu, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat panel dengan mengambil kira kemungkinan ada pandangan lain.

“Ini pandangan saya di peringkat awal buat masa sekarang, saya kena berbincang dengan ahli panel SPR, mungkin mereka ada pandangan lain,” kata beliau.

SPR dijangka menerima notis kekosongan hari ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula.
Kerusi Parlimen Batu Sapi menjadi kosong Sabtu lalu ekoran kematian penyandang penggal kedua Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah.

Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru kira-kira pukul 11.40 pagi apabila motosikal yang beliau tunggang bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Ia adalah kekosongan kedua dalam dua minggu ini.
Rabu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas di Kelantan ekoran kematian wakilnya Che Hashim Sulaima dari PAS kerana kansur usus.
SPR pernah mengadakan tiga pilihan raya kecil serentak meskipun kekosongan wujud dalam waktu berbeza awal tahun lalu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak serentak pada 7 April 2009.

Tarikh bagi pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditentukan pada mesyuarat yang sama manakala Batang Ai kira-kira dua minggu kemudian.
SPR menetapkan tarikh yang sama dengan mengambil kira aspek bahawa ia berupaya untuk mengadakan ketiga-tiga pilihan raya serentak. Selain itu, keputusan tersebut juga mengambil kira soal keselamatan dan ketenteraman awam serta perkembangan politik negara semasa, kata suruhanjaya itu.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipertahankan oleh calon Pakatan Rakyat manakala Batang Ai pula Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Aziz berkata, kedua-dua pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi tidak mungkin diadakan serentak seperti awal tahun lalu disebabkan lokasi kedua-dua kerusi berkenaan.

“Galas di Kelantan, dan Batu Sapi di Sabah, agak jauh... kami kena berhati-hati dalam memilih tarikh yang sesuai, tetapi saya secara peribadi merasakan tidak mungkin diadakan serentak,” katanya lagi.

SPR mempunyai masa sehingga 19 Oktober iaitu tempoh 10 hari dari tarikh kekosongan diisytiharkan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Batu Sapi.

“Dan, kita ada masa sehingga 8 Disember untuk mengadakan pilihan raya kecil, ada banyak tarikh untuk, jadi kita kena meneliti,” katanya lagi.

Kerusi Batu Sapi terletak di bahagian timur Sabah dengan pengundinya sekitar 26,000 orang. Ia diapit oleh kerusi Parlimen Libaran dan Sandakan.

Ia merupakan kerusi baru yang diwujudkan ekoran urusan persempadanan bahagian pilihan raya dan dipertandingkan kali pertama pada 2004.

Kerusi Batu Sapi dimenangi tanpa dicabar oleh Chong pada 2004 dan berjaya dipertahankan dua tahun lalu dengan menewaskan calon Bebas Chung Kwong Win menerusi kelebihan 3,708 undi.

Kemalangan Ngeri Di Lebuhraya - 11 Maut Lebih 40 Cedera



Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

MB Selangor Tawarkan Diri Bertanding Timbalan Presiden PKR


SHAH ALAM, 10 OKT- MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM MENAWARKAN DIRI UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT TETAPI KEPUTUSAN MUKTAMAD BELIAU BERGANTUNG KEPADA SEBUAH JAWATANKUASA KHAS YANG AKAN MENENTUKAN KESAN TINDAKANNYA ITU TERHADAP PERPADUAN PARTI.


Jawatankuasa itu yang ditubuhkan oleh Khalid sendiri, merangkumi Syed Sharir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.

“Mereka ini bebas untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober. Sekiranya jawatankuasa ini menasihatkan bahawa tawaran saya ini (untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden) tidak baik untuk parti dan ada cara lebih baik untuk saya berkhidmat pada parti, saya akan akur pada nasihat ini,” kata beliau.

Khalid yang mendapat empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden akur bahawa beberapa insiden pada pemilihan PKR telah membawa persepsi negatif di kalangan ahli dan dalam media.

“Saya juga melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi. Perkembangan ini tidak sihat dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini," tambah beliau.

Khalid adalah calon keempat bertanding jawatan itu selain Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang turut dicalonkan untuk Timbalan Presiden setakat ini belum membuat keputusan mengenainya. Beliau hanya mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Pemilihan pucuk pimpinan nasional PKR akan berlangsung bulan depan.

Khalid menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi” untuk kempennya. Lima teras tersebut ialah;

-Setia kepada perjuangan
-Meneruskan agenda perubahan
-Merakyatkan ekonomi
-Menolak politik pecah perintah
-Kesepaduan parti

Khalid berkata lima teras perjuangan itu akan mencorakkan pentadbiran ‘inclusive’ dan memastikan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya menjadi realiti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.