TM Tolong Berikan Perkhidmatan Terbaik.... Tolonglah Perbaiki.. Tolonglah..

Streamyx, Please Don't Waste My Time


Oleh: Mazidul Akmal Sidik

Saya menggunakan khidmat jalur lebar Celcom untuk 'mobility'. Maklumlah lokasi kerja saya tidak menentu. Kekadang di rumah, di utara, selatan, timur dan barat. Biarpun servis Celcom sebelum ini kurang memuaskan, pelbagai usaha dilakukan kakitangan syarikat terbabit bertujuan memastikan, I am always connected, so do million of their customers through out the nation.

Terima kasih.

Manakala sewaktu di rumah, saya melanggan servis Streamyx TM Net.

Rabu lalu, saya menerima panggilan daripada kakitangan syarikat terbabit.

"Bil encik RM180," ujar kakitangan wanita menghubungi saya.

"Saya akan bayar esok, " balas saya.

Ya, bayaran telah dijelaskan, Khamis lalu, 27 Mei 2010, RM180.25.

Malangnya, sejak awal pagi Jumaat lalu, gangguan talian mula berlaku. Servis Streamyx tidak boleh digunakan, no connection. Namun saya pasti, perkhidmatan tidak diputuskan.

Bermula jam 11 pagi tadi, saya mula menghubungi '100', nombor keramat Streamyx, cuba menyelesaikan masalah timbul. Dalam tempoh 90 minit saya dan keluarga berhubung dengan 3 pegawai khidmat pelanggan Streamyx, 2 perempuan dan 1 lelaki. Mereka memberikan 'tutorial' jarak jauh, pelbagai arahan diterima dan dilaksanakan dalam tempoh purata 30 minit setiap satu panggilan.

Namun usaha terbabit ternyata gagal, panggilan pertama terputus di tengah jalan. Sebagai 'penyelesaian' terakhir, pegawai ketiga, mendakwa bernama 'Hanif' bertanya ...

"Bila encik ada di rumah?"

"Saya tak ada sepanjang weekdays, hanya Sabtu dan Ahad," balas saya.

"So, saya buat laporan dan akan hantar technician Sabtu atau Ahad"

"Hari ini (ahad)?," soal saya.

"Hari ini tak boleh, saya put up a report within 24 hours," katanya.

"Maksudnya, servis Streamyx tidak akan available dalam masa 7 hari, sampai Sabtu depan?," tanya saya.

"Encik jangan marah, saya tak kata begitu. Since encik tak ada di rumah dari Isnin sampai Jumaat, saya akan hantar technician Sabtu depan lah," katanya.

Talian kemudian 'terputus'.

Entahlah, siapa marah, Hanif atau saya? Tetapi pastinya saya tidak meletakkan gagang telefon, kesimpulannya samada diputuskan atau kerana talian tetap Telekom tidak berkualiti.

Jika Streamyx mampu menghubungi saya, berhubung kes bil tertunggak, masakan panggilan di talian TETAP boleh terputus secara berulang sekaligus pelanggan dibiarkan tanpa dihubungi kembali?

Ya, saya boleh menelefon mereka sekali lagi. Jika sebelum ini saya bercakap dengan Limah, Bibah dan Hanif, kali ini mungkin Leha, Bedah atau Senah akan mengangkat panggilan dan sekaligus saya terpaksa menjelaskan semula perincian masalah dihadapi satu persatu dalam tempoh 30 minit lagi.

Streamyx, don't waste my time and money!

Blog Sahabat

GAS: Samy Perlu Letak Jawatan Sebelum 6 Jun Ini, Jika Tidak....

5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

K

atanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetuai 3,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 3,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang

membabitkansyarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm:Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkanbagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

Ahli MIC Dah Boleh Kira Dengan Jari Sekarang Ni...Lagi Seminggu Habis.. GAS Ambil Alih..


Seorang lagi pemipin MIC dipecat.. Sejak Samy pegang MIC..100,005 orang (Mugilan, Ketua MIC PJ, 2 Anggota CWC dan terbaru, Setiausaha Agong mereka)..nasiblah ko ahli MIC, berketuakan presiden suka pecat..

Murugessan dipecat sebagai Setiausaha Agung MIC

KUALA LUMPUR 30 Mei — Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan telah dipecat dari jawatannya dan diganti dengan Ketua MIC Negeri Sembilan, Datuk T.

Rajagopalu berkuat kuasa serta merta, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

Dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, Samy Vellu berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk V. Mogan, dilantik sebagai Ketua MIC Negeri Sembilan, menggantikan Rajagopalu dan timbalannya diambilalih oleh A. Ganesan.

Murugessan, yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Jumaat lepas mempersoalkan secara terbuka tindakan Samy Vellu memecat empat anggota CWC yang mengkritik tempoh peralihan kuasa oleh presiden itu.

Menurut perlembagaan parti, selain ketua negeri, presiden mempunyai kuasa untuk melantik setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan dan enam anggota CWC.

Sementara itu, Murugessan dalam SMS kepada Bernama berkata presiden mempunyai budi bicara untuk melantik atau memecat setiausaha agung parti. - Bernama.

Dan Samy tak nak pecat 5 ribu orang ini ke??

Menurut laporan Agenda Daily pada jam 5.00 petang Ahad...dianggarkan antara 4,500 ke 5,000 orang berada dalam dewan Pusat Konvensyen The Mines,Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur dimana himpunan Gerakan Anti Samy Vellu berlangsung.

Asalnya penganjur GAS anggar 15,000 orang hadir.Walaupun jumlah kehadiran kurang dari yang dijangka namun ia berlangsung dalam suasana hangat termasuk seorang yang geram memukul gambar Presiden MIC dengan penyapu.

Mugilan telah mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

Mugilan juga turut mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi

Anwar: PKR masuki gelombang baru perjuangan


Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalam dengan Anwar Ibrahim selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan. - Gambar Jack Ooi

KOTA BARU, 30 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi punca kepada kemunculan Parti Keadilan Rakyat 12 tahun lalu berkata, parti itu kini memasuki gelombang baru perjuangan selepas keluarnya sejumlah wakil rakyat sejak awal 2009.

Penasihat PKR itu berkata, proses pembersihan yang dialami parti itu membolehkannya melangkah ke arah bab baru dalam meneruskan perjuangan dan dasarnya.

“Kalau orang kata sudahkah, sudah habiskah, saya berkata sudah habis bab ini,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu disusuli dengan dakwaan beliau bahawa “tetapi belum tentu sudah habis sebab sekarang RM2 juta, ia boleh naik RM5 juta dan RM50 juta, dia ada duit.”

Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keenam PKR di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, pelbagai pihak telah berulang kali mengatakan bahawa riwayat beliau dan PKR sudah berakhir sejak 12 tahun lalu.

“Kalau ikut dia bahawa tamat riwayat Anwar, sudah habis 12 tahun yang lalu. Kalau kata tamat riwayat Parti Keadilan, sudah tamat sudah.

“Padsa tahun 2008, pemimpin Umno mengatakan bahawa kalau pun menang, paling maksimum satu kerusi sahaja di Permatang Pauh.

“Ya, itu sebelum pilihan raya tahun 2008,” kata beliau.

PKR dahulu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.

Ia berhadapan dengan analisis dan dakwaan pelbagai pihak bahawa tindakan seramai 10 wakil rakyat PKR keluar parti sejak awal 2009 akan membawa kepada berakhirnya perjuangan komponen Pakatan Rakyat itu.

Selain wakil rakyat PKR juga berhadapan dengan keluarnya sejumlah kecil pemimpin bahagian dan cawangan serta ahli-ahli parti.

Anwar berkata demikian menjawab soalan yang dibangkitkan oleh perwakilan berkaitan dengan isu melompat parti.

Malah Anwar juga menyentuh tentang bukti yang mendakwa wakil-wakil rakyat yang keluar PKR baru-baru ini menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan.

Anwar sebelum ini mendedahkan perkara itu menerusi satu kenyataan kelmarin dan kemudian pada ceramah di Tanah Merah pada hari yang sama.

Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan sulungnya.

Petang ini, Anwar mengulangi perkara yang sama tanpa mendedahkan bukti yang didakwa ada padanya walaupun pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh sengaja “buat cerita” mengenainya.

“Oh, (mereka kata) Anwar itu pelawak, tah mengapa... tapi Anwar ada bukti,” katanya.

Anwar sekali lagi meminta mereka yang terlibat supaya jangan tanya beliau di mana bukti tentang dakwaannya.

Sebaliknya beliau mahu mereka menafikan dakwaan awal itu terlebih dahulu.

“Kita bawa bukti tentang PKFZ, di mana tindakan? Kita bawa bukti kes (video) V.K. Lingam, di mana tindakannya? Ambil tindakan dulu, baru tanya Anwar di mana buktinya,” kata beliau.

“Saudara-saudara, kita hendak sebut, kita ada bukti,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Anwar juga berkata PKR akan mempertahankan kedua-dua Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dan Tian Chua dari Batu yang kini menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini.

Dengan merujuk ke arah kedua-dua mereka yang berada di pentas barisan kepimpinan, Anwar berkata, mereka juga menjadi sasaran serangan untuk melemahkan PKR.

Anwar berkata, PKR juga akan mengambil beberapa langkah penyusunan semula kepimpinan untuk memantapkan parti termasuk mengambil tindakan-tindakan tegas mendisiplinkan parti.

Mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor, Anwar berkata, beliau masih mempunyai keyakinan ke atas kepimpinan beliau.

PKR Masih Mampu Menjadi "Kerajaan Masa Depan." : Adun Rawang

Tan Sri Khalid Ibrahim terus 'dicubit' oleh perwakilan kongres PKR berhubung pelantikan pemimpin parti itu ke jawatan penting dalam kerajaan Selangor.

Hinggakan, pengerusi tetap kongres itu, Ishamuddin Ismail sendiri cuba menenangkan Khalid yang berada di atas pentas dengan mengatakan, "cubit-cubit sayang saja tu, Tan Sri."

Kritikan hari ini disuarakan lagi wakil Selangor, Sarimah Lisut, yang mempersoalkan mengapa sebilangan pemimpin parti itu tidak disertai dalam jentera parti.

"Saya cadang kerajaan negeri Pakatan supaya mengutamakan penjawat penting di kalangan parti yang layak.

"Ramai di kalangan kita yang layak, bukan sekadar mempunyai segulung ijazah tapi dengan pengalaman yang ada.

"Ahli yang layak ini, yang setia kepada parti inilah yang akan bawa agenda parti dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Norhayati juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu tabung bagi menyediakan sumber kewangan bagi pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya.

"(Perlu) kesepaduan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi mewujudkan tabung yang boleh digunakan untuk memenangi negeri-negeri.

"Kalau bukan kita (tubuhkan), adakah BN akan bantu kita?," katanya yang membahaskan usul Pakatan Rakyat.

Dalam nada berlainan pula, seorang lagi wakil wanita Gan Pei Nei berkata pentadbir yang tidak boleh bekerjasama perlu ditukar.

Pentadbir yang dimaksudkannya itu termasuklah pegawai daerah serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung yang tidak membantu kerajaan Selangor.

Beliau yang juga ADUN Rawang itu juga memberikan pesanan kepada Khalid - menteri besar itu perlu mendengar saranan yang disuarakan mereka.

Bagaimanapun, katanya beliau yakin PKR masih mampu menerajui negeri itu sebagai "kerajaan masa depan."

Panazzz.. Ibu Campak Bayi Di Jalan, Lantaran Dituduh Mencuri Telefon Bimbit..




A policeman trying to calm the woman shortly before the horrific incident




Peristiwa yang amat mengejutkan dan mengerikan telah berlaku di Zhengzhou, Wilayah Henan apabila seorang wanita mencampak bayinya ke atas jalan raya, kemudian menghentak-hentakkan kakinya berhampiran bayi tersebut kerana dituduh mencuri telefon bimbit.

Insiden bodoh ini berlaku apabila seorang pelajar sekolah tinggi bersama saudaranya dengan seorang pegawai polis menghampiri wanita itu serta rakannya. Salah seorang saudara pelajar tersebut menolak wanita itu dengan kasar sambil menuduhnya mencuri. Tidak semena-mena wanita itu mencampakkan bayinya dan menghentak-hentakkan kaki di sisi bayi tanpa disedarinya sambil menjerit-jerit kerana marah dituduh mencuri telefon bimbit pelajar itu. Kekecohan terus berlaku antara kedua-dua belah pihak Bayi malang itu dibiarkan menangis di atas jalan raya.

Ibu bayi berkenaan segera ditarik jauh daripada bayi untuk mengelakkannya daripada terpijak bayi tersebut.

Nasib bayi tersebut amat baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Penerbit Rancangan RTM dan Suami Maut Kemalangan Ngeri







KM 296-7
Lebuhraya Utara Selatan
arah Kuala Lumpur
berhampiran susur Bangi
29 Mei, 2010
7 petang

nama mangsa:
Ahmad Ariffin Abdul Manap , 67 tahun - maut di tempat kejadian (pesara juruteknik RTM)

Zainab Jusoh, 54 tahun - meninggal dunia jam 9-39 malam ketika rawatan di Hospital Serdang (penerbit rancangan RTM)

Kereta yang dipandu anak mereka, terbabas lalu merempuh sebatang pokok.

SUMBER

Keputusan TM Liga Super : Kenari Sekadar SERI





SELANGOR 2 VS 0 PERLIS

N.SEMBILAN 3 vs 1 JOHOR

K.LUMPUR 1 vs 1 TERENGGANU

KL PLUS 1 vs 2 PAHANG

P.PINANG 1 vs 3 KELANTAN

T-TEAM 2 vs 2 KEDAH

JOHOR FC 1 vs 0 PERAK



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.