Gambar Terlampau Jutawan Malaysia Bersama Paris Hilton dan Rakan2 Arab

Jho Lo berbaju merah dan topi Ferrari - sekarang boyfriend paris Hilton





















Siapa Bunuh Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing?

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Benarkah Kerana Anak, Mawi Juara AF3 Kahwin Lagi Satu?


BIARPUN belum dikurniakan anak, Ekin mendakwa mereka tetap bahagia sebagai suami isteri.


KUALA LUMPUR - "Saya setia kepada Ekin seorang!"

Itulah penjelasan juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengenai gosip hangat kononnya beliau sudah berkahwin lagi.

Mawi hairan bagaimana gosip beliau berkahwin lagi itu tersebar di kalangan wartawan hiburan sejak beberapa hari lalu.

"Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini.

"Semua ini di luar kawalan saya,'' jelas Mawi ketika dihubungi di sini semalam.

Pendakwaan Liong Sik Memberi Mesej Bahawa Dakwaan PR Benar2

Pendakwaan Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar. Ini sekaligus mengesahkan bahawa desakan Pakatan Rakyat yang mahu kes PKFZ ini dibongkar selama ini adalah benar dan memang wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan BN.

Liong Sik (gambar kiri, berbaju belang menegak) yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000 di Pulau Indah.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukkan lakonan "kejujuran" kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.

PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Kong Cho Ha yang mengatakan bahawa siasatan ke atas skandal PKFZ adalah "mencukupi" dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula.

Malah kenyataan Cho Ha (gambar kanan) yang membenarkan pembayaran semula bon bernilai RM228 juta juga bercanggah dengan keadaan semasa dimana kes penyelewengan PKFZ masih dalam perbicaraan mahkamah.

Malah kerajaan akan melakukan kesilapan kedua jika melunaskan bayaran bon itu kerana syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, yang mengeluarkan bon tersebut telah diheret ke mahkamah oleh Pihak Berkuasa Zon Bebas (PKA) kerana membuat tuntutan berlebihan dan tidak menyiapkan kerja mereka seperti yang dijanjikan.

Kegagalan KDSB yang dimiliki oleh jutawan Tiong King Sing yang juga ahli parlimen BN menambahkan lagi kekusutan skandal PKFZ kerana sekaligus ia menyambung siri penyelewengan ke atas projek berkenaan.

Ini menunjukan PKFZ merupakan sebuah projek khas bagi menyara pemimpin BN dan kroni mereka bermula dengan menipu untuk membeli tapak, kemudian menipu dalam proses perancangan dan penyediaan pelan serta menipu dalam proses pembinaan. Bayangkanlah kerugian besar wang rakyat dalam projek ini yang pada asalnya dilaporkan hanya berjumlah RM RM1.957 bilion tetapi akhirnya didakwa meningkat kepada RM4.947 bilion, lebih dari dua kali ganda.

PAS mengesa agar kes ini terus dibuka untuk siasatan dan kerajaan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lagi kepada mana-mana pihak yang terlibat selagi kes ini tidak diselesaikan di Mahkamah.

Kes ini baru bermula dan Menteri Pengangkutan yang baru tidak berhak untuk menutup kes ini begitu sahaja melainkan jika beliau juga mempunyai kepentingan atau mahu menyelamatkan maruah BN.

PAS berharap rakyat membuka mata kerana pemimpin BN akan terus melakukan penipuan sebegini. Apa sahaja projek mega yang diumumkan mereka pasti ada ketirisan wang rakyat.

PAS juga berharap rakyat membuka mata kerana kes yang sama tidak mustahil akan berlaku termasuklah dalam kes pembangunan semula kampung Baru, Kuala Lumpur yang diwar-warkan kerajaan akhir-akhir ini.

Kerajaan sudah mengumumkan mahu membeli tanah-tanah penduduk dengan harga yang sangat murah sekitar RM250 - RM 300 sekaki persegi. Tetapi selepas itu mahu mengeluarkan bon projek bernilai tinggi yang kemudiannya projek itu akan dibangunkan oleh kroni mereka di dalam GABEM (Biro Ekonomi UMNO) dan seterusnya disewa gadaikan kepada pihak ketiga dengan harga lebih 3 kali ganda dari nilai yang dibayar kepada penduduk.

Sebelum satu lagi fail skandal dibuka, PAS mengingatkan rakyat supaya menukar Kerajaan dalam Pilihanraya akan datang demi kebaikan mereka dan menyelamatkan wang negara.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di Kaki Lima Bangunan Kedai

NIBONG TEBAL 31 Julai – Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru lahir ditemui dalam keadaan berbalut plastik dan surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini pagi ini.

Seorang peniaga yang tinggal di bangunan itu menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat setelah terdengar tangisannya kira-kira pukul 7.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Sungai Bakap.

Timbalan Presiden FAM 2010-2014 Dimenangi Oleh Tengku Abdullah & Annuar Musa

SHAH ALAM 31 Julai - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan Kongres Tahunan ke-47 yang diadakan sebenatr tadi.

Manakala jawatan Naib Presiden menjadi milik Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Datuk Afandi Hamzah dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim

Keluarga Petani Di Kg. Lanjut Dirompak, Senapang Patah Dilarikan

POKOK SENA: Tiga beranak yang sedang nyenak tidur disamun oleh sekumpulan perompak yang dipercayai warga Indonesia di rumah mereka di Kampung Lanjut dekat sini awal pagi tadi.

Keluarga petani ini dirompak wang tunai kira-kira RM2,000, barang kemas, kad pengenalan dan pasport antarabangsa sementara selaras senapang patah mereka turut dilarikan dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu.

Perompak dipercayai memasuki rumah itu menerusi tingkap.

Mislimah Yusof, 37, dan suaminya Che Mee Abu, 58, turut dipukul dengan pemotong besi pada badan, kepala serta muka manakala anak bongsu mereka Shafinah, 6, tidak diapa-apakan.

"Ketika kejadian kami sedang tidur di tingkat atas dan terjaga apabila terdengar bunyi pintu bilik kami ditendang dengan kuat.

"Suami saya cuba mengambil senapang patah yang diletakkan di tepi dinding bilik, tetapi perompak sempat merampas senapang itu dan memukul kepala suaminya dengan pemotong besi.

"Saya menjerit meminta tolong, tetapi kepala saya juga dihentak dengan pemotong besi sehingga berdarah," kata Mislimah.

Beliau berkata, kumpulan perompak itu kemudiannya mendesak mereka supaya menunjukkan tempat mereka menyimpan barang-barang berharga.

Tetapi apabila diberitahu mereka tidak memiliki barang berharga, perompak memukul mereka beberapa kali.

"Kami diarah turun ke tingkat bawah dan semasa menuruni tangga, saya ditendang dari belakang menyebabkan saya terjatuh dan tangan kanan saya turut dipukul dengan besi menyebabkan tulang tangan saya retak dan bengkak.

"Semasa di tingkat bawah, tangan dan kaki saya dan suami saya diikat pula dengan dawai," kata Mislimah.

Katanya, seorang lagi perompak dilihat berada di luar rumah seolah-olah sedang mengawal keadaan.

"Berdasarkan percakapan mereka, saya syak mereka orang Indonesia. Mereka memakai topeng muka dengan salah seorangnya mempunyai pisau pemotong sayur selain masing-masing memegang pemotong besi," katanya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pokok yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab. - BERNAMA

Dato' Husam: BN Perlu Direhatkan, Banyak Sangat Kesalahan Yang Dilakukan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil. Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan.

Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.

"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi.

Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat.
Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau.

Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.

Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes.

"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli 274 kereta perisai yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya.

Memey Kekasih Norman "Terencat Akal & Gila"?

Memey(kiri) bergandingan dengan Norman dalam telefilemGhia. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT

PELAKON Memey Suhaiza berasa teruja apabila berpeluang untuk membawa watak perempuan yang terencat akal dalam telefilem Ghia yang bakal ditayangkan di RTM.

Memey mengakui ia memang satu cabaran yang besar kerana dia tidak pernah membawa watak sedemikian.

"Watak itu berada di luar karakter-karakter yang pernah saya bawa sebelum ini," katanya kepada MStar Online.

Lebih mengujakan, kata Memey, dia dapat berlakon bersama barisan pelakon yang hebat seperti Roslan Mat Arif, Dynas Mokhtar dan Fizo Omar.

Telefilem tersebut turut menggandingkan Memey dengan kekasihnya, Norman Hakim.

"Dapat bergandingan dengan mereka adalah satu pelajaran yang baru juga. Oleh itu, saya dah rasa tak sabar nak menontonnya dan bagaimana reaksi para penonton kelak," jelasnya.

Telefilem Ghia berkisah mengenai satu cerita kampung bertemakan kekeluargaan. Ghia adalah perempuan berusia 20 tahun yang terencat akal.

Maka gadis kelahiran Kota Tinggi, Johor yang pernah membintangi drama antaranyaRahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada dan Jaringan, Karipap Istimewa itu akan menonjolkan karakter kebudak-budakan, bodoh dan lembap.

Kata Memey, watak Ghia yang dipegangnya menunjukkan dia mempunyai fizikal yang sempurna tetapi macam budak-budak.

"Adik-beradik saya tidak menyukai saya. Mereka semua sempurna sedangkan saya terencat akal. Oleh itu mereka tidak ingin memanjakan saya supaya saya boleh berdikari.

"Abang Norman yang merupakan abang ipar saya dalam cerita ini berasa kasihan kepada," katanya.

Editor MerdekaReview dipanggil polis : Kenyataan MCA selar PERKASA

Editor MerdekaReview (edisi bahasa Melayu) dipanggil polis untuk membantu dalam siasatan berhubung tuduhan PERKASA (Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia) bahawa Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur hasutan pada 1 Julai 2010.

Editor MerdekaReview, Lim Hong Siang dihubungi oleh seorang pengawai penyiasat (IO) dari Balai Polis Dang Wangi pada tengah hari tadi, untuk diaturkan masa temujanji (2 Ogos, jam 11 pagi) agar Lim tampil memberi keterangan selaku saksi. Lim Hong Siang dimaklumkan bahawa siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 8 Julai, Timbalan Presiden PERKASA, Abdul Rahman Abu Bakar menuduh bahawa Chua Kim Sen telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan ahli PERKASA dan orang Melayu yang menyokong PERKASA.

Malah, Perkasa menyifatkan bahawa kenyataan Chua Kim Sen (gambar kiri) sebagai kenyataan paling biadap dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti komponen Barisan Nasional kepada orang Melayu.

Kemudian, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya, Chua Kim Sen dipanggil polis untuk diambil keterangan, berikutan aduan yang dilaporkan oleh pemimpin PERKASA, menurut laporan Sin Chew Daily pada 9 Julai 2010.

Selar Suara PERKASA

Sebelum ini, Chua Kim Sen dan beberapa orang pemimpin Pemuda MCA telah mengeluarkan kenyataan media, menyelar terbitan Suara PERKASA yang menyiarkan artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" di muka depan akhbar tersebut. Bukan sahaja Chua, malah beberapa orang pemimpin Pemuda MCA yang lain juga mengeluarkan kenyataan pada 1 Julai untuk membela Ketuanya, iaitu Wee Ka Siong.

Selain menyiarkan kenyataan-kenyataan Pemuda MCA di laman edisi bahasa Cina, MerdekaReviewjuga menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, untuk disiarkan dalam laman edisi bahasa Melayu.【Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!】

MerdekaReview memetik kenyataan Chua Kim Sen yang dilampirkan (attachment) pada email-nya (yang juga dihantar kepada media-media lain), dengan kritikannya berbunyi "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Bagaimanapun, setelah pemimpin PERKASA meluahkan ketidakpuasan terhadap istilah "celaka" yang digunakan, MerdekaReview mendapati bahawa kenyataan Chua Kim Sen berbeza antara versi yang terpapar pada email-nya dengan kenyataan yang dilampirkan dalam email yang sama itu sendiri.

Dalam kenyataan yang dipapar terus pada email tersebut, frasa "Memang celaka betul!" (yang terdapat dalam lampiran) telah digantikan dengan "ia berbahaya untuk keselamatan negara seandainya pertubuhan ini (PERKASA) tidak diambil tindakan." MerdekaReview tidak menyedari perbezaan antara dua versi tersebut semasa menyiarkan kenyataan Chua Kim Sen.

Ketika dihubungi MerdekaReview pada hari ini, Chua Kim Sen mendakwa dirinya sedang sibuk dan tidak lapang untuk ditemuramah. Bagaimanapun, Chua gagal dihubungi apabila MerdekaReview membuat cubaan kedua kemudiannya.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Roslan SMS Pertahankan Kenyataan : Cadangan Memeberi Notis Adakan Pilihanraya Berasingan

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir mempertahankan kenyataannya bahawa mesyuarat Pakatan Rakyat negeri telah menerima cadangan supaya memberi notis untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Roslan Shahir berkata, Pakatan negeri itu dianggap bersetuju menerima cadangan itu memandangkan tiada pihak yang menentangnya ketika ditimbulkan.

Bagaimanapun, tempoh notis untuk memanggil pilihan raya negeri itu, selama enam bulan hanyalah merupakan satu contoh yang dicadangkan, kata Roslan Shahir.

"Pada pendirian PAS, perkara ini telah diputuskan (sedemikian). Melainkan ditentang dalam mesyuarat. Kalau tidak ada penentangan itu dianggap diterimalah," katanya.

Roslan berkata, isu notis pilihan raya berasingan itu sememangnya dicadangkan dalam mesyuarat berkenaan, dilaporkan berlangsung pada 19 Julai lalu dan dipengerusikan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim

"(Tempoh enam bulan) itu contoh yang saya berikan, sebab kita pandang tindakan itu (pemberian notis) akan beri kesan positif kepada Pakatan," katanya lagi ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah hari ini bahawa mesyuarat tersebut tidak membuat resolusi untuk memberi enam bulan notis sebelum memanggil pilihan raya negeri.

Ean Yong juga berkata, Roslan Shahir bercakap atas kapasiti peribadinya dan bukan atas nama Pakatan Rakyat negeri.

Katanya lagi, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pilihan raya negeri mungkin diadakan atau tidak.

PKFZ Akan Ada Lagi VVIP Yang Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR 30 Julai - Mungkinkah ada lagi 'jerung ' yang akan dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), selepas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik didakwa semalam?

Jawapannya ada! Selepas lima individu termasuk Liong Sik dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal ini, beberapa lagi orang kenamaan (VIP) dijangka diheret ke mahkamah atas kes yang sama.

Menurut sumber, beberapa nama VIP yang masih dan pernah memegang jawatan penting hanya menunggu masa untuk didakwa berhubung skandal yang sama.

Bagaimanapun, keputusan untuk mendakwa individu terbabit di mahkamah hanya akan ditentukan oleh pihak Peguam Negara.

"Selepas Liong Sik, ada lagi ahli politik atau bekas ahli politik yang akan diheret ke mahkamah berhubung skandal ini.

"Apa pun, biar pihak Peguam Negara yang tentukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Akhir tahun lalu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.

Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405 hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Phang kerana pecah amanah.

Selain Phang, tiga lagi yang didakwa ialah Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51; Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect serta bekas pengurus projek syarikat kontraktor pembangunan PKFZ, Law Jenn Dong, 51.

Tahniah: Asyraf Dinobatkan Juara Imam Muda Musim Pertama

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda edisi pertama. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.

Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Asyraf melahirkan rasa terharu kerana terpilih sebagai juara rancangan itu untuk musim pertama.

"Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

"Sasaran kemenangan ini bukan sahaja dinilai pada kejayaan individu itu, tetapi kejayaan kepada seluruh masyarakat dan Islam itu sendiri.

"Pada masa yang sama, kami sepuluh orang sebenarnya takut apabila program ini telah memecah tradisi tetapi pesertanya tidak menunjukkan apa-apa kualiti.

"Insya-Allah kami akan cuba memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dengan sokongan yang ada," kata graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini. Bagi Hizbur, graduan Syariah Islam Universiti Al-Azhar yang berkhidmat sebagai guru tahfiz menerima kekalahannya malam ini dengan hati yang terbuka.

"Saya berasa bangga kerana program ini berjaya dengan lancar. Mungkin ada kekurangan dan kecacatan sebab kami tidak mempunyai contoh kerana kami generasi yang pertama (Imam Muda).

"Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja," kata Hizbur.

Pemenang tempat kedua itu membawa pulang hadiah berupa biasiswa Pakej Emas, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej menunaikan umrah dan pakej percutian ke Bandung selama 4 hari, 3 malam, perabot jati bernilai RM7,000 serta pakej SPA Maghribi.

Dia turut menerima sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, wang tunai RM15,000 trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Yayasan Antarabangsa Al Madinah turut berbesar hati menawarkan hadiah saguhati kepada lapan peserta lain, berupa biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam, pakej SPA Maghribi, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Sistem pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50 peratus dan praktikal masing-masing 20 peratus, manakala 30 peratus markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Tidak seperti program realiti lain, format Imam Muda berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang tersingkir masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Antara ujian dan cabaran yang dilalui oleh 10 peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Sepanjang ia berlangsung, program ini mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Turut hadir dalam ada kemuncak itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.