Gempar!!! (Gambar) Saiful Bukhari Dedah Punca Isteri Berhenti Kerja Dengan TV3.. Jom Terjah!!!


Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful. - Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan  membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.