Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Video Hot!! Selamat Kembali Bertugas MB Kesayangan Rakyat Kedah.. Moga Allah Terus Memberi Kesihatan Yang Baik...



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau diminta oleh doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur supaya berehat sehingga benar-benar pulih.


Azizan berkata, beliau turut diberi cuti sakit (MC) sehingga 29 Ogos ini.
Ketika ini beliau masih di bawah pengawasan serta dibenarkan menyambung rawatan di sini.
"Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih dua minggu saya dirawat. Keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.

"Bagaimanapun saya akan datang juga ke pejabat untuk kerja-kerja ringan. Saya akan hadir mana-mana majlis penting.

"Bagaimanapun secara fizikal saya akan jarang hadir sebab dinasihatkan berehat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Azizan yang juga menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN selepas mengadu sakit jantung.
Beliau berkata, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada saluran di jantungnya yang tersumbat dan beliau tidak perlu menjalani pembedahan.

"Bloked tak ada. Perjalanan darah elok, doktor tak suruh buat rawatan susulan tetapi suruh berehat," katanya.

Azizan juga melahirkan rasa gembira kerana ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terutama dari Kedah yang datang melawat beliau semasa berada di IJN.

- BERNAMA

PAS Ada Bukti UMNO Campurtangan Dalam Serbuan JAIS Ke Atas Gereja...

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.
“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.
Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.

Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.