Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Al Fatihah- ADUN Merlimau Melaka Meninggal Dunia.... Pilihanraya Kecil Lagi..

YB Datuk Mohd Hidhir Bin Abu Hassan


PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.



Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut


Siapa Anak Kenamaan Yang Bakal Menjadi Suami Kepada Aktres Nur Fazura Sharifuddin ??? Akan Berhenti Berlakon Selepas Kahwin....




RUPA paras jelita yang dimiliki aktres Nur Fazura Sharifuddin serta profil sebagai pelakon yang berjaya menjadikan Fazura buruan ramai lelaki termasuk mereka yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.



Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."



Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.



"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya



Aktres berusia 27 tahun itu menegaskan meskipun dia mempunyai hubungan yang serius tetapi belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin. Tambahnya, dia seorang yang tidak memilih jodoh, semuanya terpulang kepada ketentuan Ilahi.


"Kalau ada jodoh saya kahwin, siapa yang tidak mahu kahwin dan jadi anak dara tua. Saya bukan jenis memilih orang kaya atau berstatus, cukuplah orang itu suka saya seadanya kerana jodoh itu kerja Allah.



"Ada juga orang yang kahwin tetapi tidak gembira ataupun kahwin tidak lama kemudian bercerai. Saya tidak mahu jadi sebegitu atau berkahwin kerana paksaan orang sekeliling. Kalau saya berkahwin dengan lelaki kaya sekali pun saya akan menyediakan diri dengan memiliki empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin.



"Jadi orang tidak boleh cakap yang saya makan duit suami sahaja kerana saya juga boleh buat duit dengan usaha sendiri walaupun tugas suami menyediakan semua keperluan isteri. Saya sudah biasa berdikari kerana telah bekerja sejak berusia 17 tahun, saya tidak mahu bergantung kepada lelaki seratus peratus," kata anak kelahiran Pekan, Pahang ini lagi.



Tegasnya, dia telah meletakkan had dalam kerjaya. Andai dia menjadi isteri, secara automatik dia akan bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada keluarga. Itu juga janji yang dibuat kepada ibunya.


TERUJAuntuk ke Mekah buat kali kedua pada Februari depan.



"Saya telah berjanji dengan ibu, bila saya berkahwin, saya akan berhenti berlakon dan memberi fokus membesarkan anak dan jaga suami sahaja. Tetapi bukan dalam masa terdekat kerana sekarang saya masih gila untuk bekerja. Jadi sebelum sampainya waktu itu, saya mahu berlakon sepuas-puasnya," jawabnya lagi.



Tahajud, kitab cinta



Disebabkan itu, tahun 2011 mahu dijadikan tahun yang paling sibuk dan berjaya dalam hidupnya. Sepi 2010 digantikan dengan kerja tanpa henti pada tahun 2011. Hilang sebentar daripada dunia seni kerana katanya tiada tawaran yang berjaya menambat hati.



Tahun ini, Fazura lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Bakal muncul dengan dua filem, salah satunya daripada produksi Red Communications Sdn. Bhd. dan dua drama arahan pengarah Erma Fatima.



Menariknya dua drama arahan Erma yang berjudul Tahajud Cinta dan Kitab Cinta itu akan menjalani penggambaran selama dua minggu di Mekah pada bulan depan, dan buat pertama kalinya Fazura akan muncul di layar kaca dengan imej bertudung.


"Saya setuju berlakon drama di bawah arahan Kak Erma sebab sebelum ini saya tidak pernah berlakon pakai tudung. Saya juga kagum dengan hasil kerjanya yang berkualiti. Tentang Mekah pula, sebenarnya saya sudah lama memasang niat untuk pergi ke sana.



"Kali terakhir saya pergi ke Mekah kerana melakukan umrah semasa umur 12 tahun.



"Saya memang ingin pergi lagi, masa Umie Aida bernikah di Mekah dia ada ajak saya tetapi tidak ada rezeki sebab masa itu saya tengah sibuk dengan penggambaran filem Pisau Cukur. Walaupun saya pergi kerana kerja saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah," balasnya.


FAZURA bijak menyimpan rapi kisah cintanya.



Bercakap tentang tudung, meskipun kali pertama berlakon dengan imej wanita bertudung, Fazura tidak ada sebarang masalah mengenainya, malah dia juga memasang niat untuk bertudung suatu hari nanti.



"Saya memang ada niat untuk bertudung tetapi bukan masa terdekat, kalau ia terjadi biarlah perubahan itu berlaku secara semula jadi dengan niat yang ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak," luah anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.




Ucapnya lagi, tahun 2011 hanya ingin difokus kepada dirinya dan bukannya untuk orang lain. Hatinya juga semakin tenang kerana tidak perlu memikirkan apa kata orang terhadapnya.



"Sebelum ini saya ambil pusing apa pandangan orang kepada saya, secara tidak langsung ia membuatkan saya tertekan dan sentiasa berfikiran negatif. Tetapi sekarang saya tidak kisah orang mahu bercakap apa sekalipun, asalkan saya bahagia dan gembira dengan kehidupan saya. Saya hanya mahu fikir tentang diri sendiri sahaja," bicaranya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.