Lebih 100 Orang Penduduk Serbu Balai Polis Teluk Bahang 'Protes' Tindakan Polis

BALIK PULAU: Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

“Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

“Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara,” ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan.

Hentikan bantuan OKU: Pemimpin BN bidas Mong

Tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mengarahkan Jabatan Pertanian menghentikan pemberian subsidi kepada seorang pekebun pro-pembangkang yang cacat dibidas oleh rakan-rakan BN,

Ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan), yang pada mulanya mensyaki surat arahan yang ditandatangani oleh Mong itu adalah palsu, berkata pada laman Twitter hari ini bahawa perbuatan berkenaan adalah "politik lama" dan "salah".

"(Tindakan) Mong adalah salah. Beliau perlu menarik balik surat itu. Itu cara politik sangat lama. Bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kurang Upaya mesti melampaui hubungan politik," kata Abdul Rahman.

Turut bersependapat dengan beliau, adalah Ketua Pemuda Gerakan Selangor Liew Pok Boon yang menyatakan rasa terkejutnya dengan arahan, Mong, yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lalu.

"Kami terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan seperti ini," kata Liew dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa setiap warganegara yang layak berhak mendapatkan bantuan, tanpa  mengira pegangan politik mereka.

Pada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (kiri) berkata, kerajaan tidak akan membenarkan insiden serupa untuk berterusan.

"Saya percaya kerajaan persekutuan tidak akan melakukan perkara-perkara seperti ini,” kata Koh sambil menambah bahawa beliau perlu menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Selain pemimpin BN, tindakan Mong juga dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahli parlimen Selayang, William Leong menggesa layanan tidak adil serta penindasan ke atas penyokong pembangkang dihentikan.

Jumaat lalu,pekebun itu Frusis Lebi  membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Mong (kanan) ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Walau bagaimanapun, menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Katanya, beliau menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

Inilah Video Penuh Sidang Media YB Dato' Phahrolrazi, Adun Pengkalan Kundor Semalam Berkaitan Penerimaan Lantikan Jawatan EXCO Kedah

Ada lagi sambungannya... Minta Maaf kerana masalah teknikal, admin akan cuba
uploadkan lagi sekiranya masalah teknikal ini boleh diatasi...

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (tengah) mengadakan sidang media
KUALA LUMPUR: Krisis pentadbiran kerajaan PAS Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh akur dengan arahan PAS Pusat untuk menerima lantikan sebagai exco.

Pendirian berkenaan diumumkan menerusi sidang media di Alor Setar sebentar tadi.
Terdahulu, difahamkan persetujuan itu dibuat berdasarkan keputusan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui parti itu.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco. Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," katanya seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada Isnin.

PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan yang dicapai pada mesyuarat hampir empat jam di Alor Setar pada Sabtu lalu bahawa Phahrolrazi dan Ismail perlu menerima lantikan sebagai exco.
Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus menerajui kerajaan negeri.

Sementara itu Azizan, ketika dihubungi oleh wakil akhbar The Star berkata, beliau juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan PAS pusat.

Ditanya bagaimana beliau akan bekerjasama dengan Phahrolrazi dan Ismail, Azizan menjawab:

”Bukan saya yang menolak mereka keluar. Mereka yang memilih untuk tidak menerima semula (pelantikan itu). Jawatankuasa Pusat yang memutuskan supaya mereka dilantik semula. Jadi adalah lebih baik untuk Jawatankuasa Pusat yang uruskan soal mereka.”

Pada masa yang sama, Azizan juga mengalu-alukan pembentukan sebuah jawatankuasa pemandu untuk memantau perjalanan kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

Jawatankuasa Pemandu Dibentuk Pada Isnin Depan... Moga Yang Keroh Kembali Jernih...

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Isnin 12 Mac  ini bagi membentuk jawatankuasa pemandu yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS.

Jawatankuasa ini pula hanya bersifat advisery (penasihat) sahaja  dan bukannya mempunyai kuasa dari segi pentadbiran.

Ekoran itu, PAS kesal dengan tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang diumumkan PAS semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, jawatankuasa bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.

Media hari ini melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.

Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

Saya kesal dengan laporan sesetengah media hari ini ekoran pengumuman pembentukan jawatankuasa pemandu semalamn. Ia berlaku samada kerana tidak faham atau sengaja memutar belitkan fungsi sebenar jawatankuasa pemandu ini.

Ini kerana kuasa tertinggi disesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula Jamaah Menteri atau kebinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.

Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.

Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja.

Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini.

Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini.

PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu ini.



Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Video & Gambar2 Sekitar Kemalangan Maut Bas Terbalik Dalam Perjalanan Pulang Dari Genting Highlands


Video Kemalangan Bas Pelancong Di Genting Highland 2012. Dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang membawa 22 penumpang itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, jam 7.55 pagi.


 
Bas Persiaran membawa pelancong dari India kemalangan di Genting Highlands Bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara, dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.

Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang serta dua pemandu bas yang juga warga tempatan, tersepit selepas bas yang disewa daripada Syarikat Star
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kebanyakan mangsa yang parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian.

PANAS!!! Pengacara dan Pelakon Popular Ini Sanggup Menampar Isteri Sendiri Lantaran Enggan Tidur Bersama Semasa Berbulan Madu Di Luar Negara

Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin.

SHAH ALAM: Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya demi anak sulung mereka, Zahrah Shanley yang berusia sembilan bulan.


Jimmy berkata, semua perkara yang dilakukannya termasuk “naik turun” mahkamah adalah demi anaknya itu dan masih berharap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya.


"Sudah tentu saya masih sayangkan isteri saya dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan kami.


"Paling penting adalah untuk Zahrah, anak kami," ujarnya kepada mStar Online.

Jimmy ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Isnin.


Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi gagal kerana keengganan isterinya berbuat demikian.

Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosiding di mahkamah.

Nursuhaila

"Ikutkan hati biarlah kemelut rumah tangga kami menjadi rahsia di antara kami tetapi cara untuk diselesaikan secara baik nampaknya tidak menunjukkan hasil," katanya.


Bercakap mengenai kesnya yang mendapat perhatian dengan pelbagai pendedahan, kata Jimmy, ia adalah harga yang perlu dibayar olehnya kerana bergelar seorang selebriti.


Sementara itu, Jimmy enggan mengulas mengenai anaknya dan memberitahu telah menyerahkan kepada mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak).


Ujarnya, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan mengenai soal anak.


Pada prosiding yang diadakan Isnin, Jimmy mengaku pernah menampar isterinya semasa bercuti untuk berbulan madu di Koh Samui, Thailand selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga.


Nursuhaila yang turut hadir pada sesi berkenaan turut memberitahu mahkamah sudah tawar hati terhadap suaminya itu.


Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.


Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.