Presiden MCA Berani Melawan Cakap Timbalan Perdana Menteri - TPM Ditempelak Suka2 Ajer Isu Di PRK Tenang


One Malaysia... Islam dihina, Kemenangan diutamakan.



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan terus menimbulkan agenda negara Islam PAS sebagai satu isu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang memandangkan ia merupakan tugasnya sebagai presiden parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Chua berhenti daripada mengkritik tindakan calon PAS Normala Sudirman yang enggan berjabat tangan dengan orang bukan muhrim.

Chua berkata Muhyiddin sepatutnya memberitahu demikian kepadanya melalui saluran dalaman parti.

Media tidak perlu memberitahu perkara itu kepadanya, kata Chua lagi dalam satu sidang media lewat petang semalam.

Tambahnya, isu negara Islam yang diperkatakan itu bukanlah satu isu baru atau direka-reka oleh MCA.

Chua menjelaskan, ia berdasarkan perlembagaan PAS yang jelas ingin menubuhkan satu negara Islam dan beliau bertanggungjawab menjelaskan agenda sebenar parti Islam itu kepada masyarakat Cina.

Chua dan ketua pergerakan wanita Gerakan Tan Lian Hoe sebelum ini mencemuh tindakan Normala yang enggan berjabat tangan dengan bukan muhrim.

Tindakan Normala itu disifatkan sebagai satu langkah ke arah pemerintahan negara berasaskan Islam.

Ia juga menerima cemuhan daripada naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang antara lainnya berkata langkah yang diambil Normala itu mencerminkan ideologi konservatif PAS.

Bagaimanapun, Muhyiddin mahu isu berkenaan tidak diperpanjangkan lagi kerana BN tidak sepatutnya mengeksploitasi tindakan Normala itu.

Akhbar Sinar Siar Blogger Papagomo Penipu Besar - Puteri UMNO Dedahkan..

Sebenarnya blogger kaki fitnah yang langsung tak takut dengan kuasa Allah ini tak perlu lagi ReJaM© perkenalkan kepada pembaca. Blogger ini sememangnya suka membuat fitnah yang bukan-bukan demi meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Siapakah blogger yang dimaksudkan? Siapa lagi kalau bukan papa gomo!

Baru-baru ini difahamkan Papa Gomo telah menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, kononnya penyokong PR telah mengasari Puteri UMNO. Tujuan Papa Gomo berbuat demikian semata-mata untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus meraih sokongan untuk Barisan Nasional di PRK DUN Tenang.

Malangnya, Puteri UMNO sendiri tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh blog fitnah Papagomo tersebut, lantas mendedahkan fitnah tersebut kepada wartawan Sinar Harian. Di bawah ini petikan akhbar tersebut sila klik untuk membesarkan imej.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.