Gambar : Di Sinilah Allahyarham Pak Uda Disemadikan...


Petang tadi aku ditemani oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Gajah
(Sdr Adanan) menziarahi makam Allahyarham sahabatku Sdr Zami Ismail.
Kebetulannya tika itu anak kedua Allahyarham
Sdr Mohd Yamashita (Mat Bros) bersama isteri dan anak lelakinya ada sama.
Terasa amat sayu kehilangan sahabatku itu.
~Al-Fatehah

Man Kadir

Mufti Ini Mula Bersuara Untuk Protes Himpunan 9 Julai..

NONEMufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.

-Bernama-

Video: Adakah Video Ini Menyebabkan Datuk Johari Abdul Kantoi? Dikatakan Minta RM1 Juta, Datuk Johari Cabar Trio Datuk T



KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini.

Pendedahan!! Belanja Untuk Bil Elektrik PM dan TPM Sebulan Menyamai Menanggung 100 tahun Untuk Rumah Seorang Ahli Parlimen. Rakyat Disuruh Berjimat...


Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Mengapa Ahli Parlimen Jerai Dirakam Kenyataan Oleh Polis Di Parlimen?

Polis muncul dengan tidak disangka-sangka di parlimen hari ini bagi merakamkan kenyataan angota parlimen Pakatan Rakyat.

NONEAsisten supretenden polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor dilihat mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lounge anggota parlimen.

"Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS)," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen.

Menurut Azmin, mereka disiasatnya atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu.

Video & Gambar : Pemuda UMNO Berpakaian Merah "Patriot" Ancam Bakar Bangunan PKR - Polis Langsung Tiada Tindakan



Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.

Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview, disedut, sunting dan diterjemah dari teks asal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.