Gambar2 Aksi2 Telampau Oleh Photographer... Kepuasan Maksima Yang Dimahukan, Amat Menggemparkan

Photographer tak kesah kalau diorang terbuat aksi yang terlampau time shoot photo, yang penting hasilnya. meow

Tapi, agak2 la kan...


















Gambar!!! Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Terima Tajaan Bateel Asia RM600,000 Sempena Perkahwinannya 4 Mei Nanti...


Alhamdulillah. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sudah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
Pasangan ini bakal mengikat tali hubungan sebagai suami isteri di sebuah majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 ini & bakal berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi Scha al-Yahya dan Awal Ashaari bakal di’adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012.
Menariknya, majlis perkahwinan & juga pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bakal diedarkan kepada tetamu bernilai RM600,000. 
Astro Ria akan bertindak sebagai penyiar rasmi untuk kedua dua majlis pernikahan & persandingan untuk pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya.
Majlis pernikahan akan di’siarkan secara langsung menerusi Saluran 104 dan resepsi perkahwinan akan di’rakam untuk siaran episod khas.

Panas Giler Nie!!! Jadual Pengiraan Gaji DG41 - Inilah Jumlah Yang Hampa Akan Dapat Bulan April Nanti... Banyaknyer!!!

Hampa klik gambar untuk paparan jelas

Berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam bagi yang menjawat berada di Gred DG41. Gaji di atas adalah berdasarkan kiraan sebelum dan selepas kenaikan gaji 13% yang diumumkan PM Haji Najib baru-baru ini.

Bukan itu sahaja malah, perkiraan yang dibuat juga berdasarkan kepada Kenaikan Gaji Tahunan. Harus diingat tidak semua penjawat awam akan menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang sama. Jika sekiranya KGT anda pada bulan April (jika ada) maka gaji yang anda akan terima pada bulan April 2012 termasuk kenaikan Gaji 13% adalah seperti pada ruangan yang berwarna UNGU. Jika tidak (tidak ada KGT) maka gaji yang anda akan dapat pada April adalah pada ruangan KUNING!


Sumber: http://informations-the.blogspot.com/2012/03/edisi-hangat-jadual-pengiraan-gaji-dg41.html
http://informations-the.blogspot.com/2012/03/edisi-hangat-jadual-pengiraan-gaji-dg41.html#axzz1qJHw2CUE

LIVE Dari Parlimen: Berapakah Peruntukan Lulus Segera Lawatan PM Haji Najib?

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Perdana Menteri diminta menyatakan senarai kesemua peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari - Mac 2012 semasa lawatan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke negeri-negeri.

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini yang mula bersidang jam 10.00 pagi.


Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status peruntukan menaiktaraf Hospital Parit Buntar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 yang lalu semasa Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Berapakah peruntukan dan bilakah projek naik taraf hospital ini akan dilaksanakan.

Mohd. Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menggunapakai sebanyak RM873.4 juta duit "Dana Khas Terengganu" untuk membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara akan membayar balik duit tersebut kepada Kerajaan Terengganu.

Siti Zailah Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia pada makanan import seperti daging, hasil pertanian dan makanan yang masih tinggi kadar importnya.

Datuk Taib Azamudden Md Taib (Baling) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah perkembangan modul pengajian baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenal pada tahun 2011.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Lebuh Raya Pantai Timur akan dibina sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.

Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tahap penyiapan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara, berapa jumlahnya dan berapakah kos pembinaannya.

Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai ke semua peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari - Mac 2012 semasa lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri ke negeri-negeri.

Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Khazanah Nasional telah mendakwa membuat keuntungan dengan menjual kepada DRB-Hicom pada harga RM5.50 sesaham sementara ketika Khazanah membeli dari PETRONAS dengan harga RM8.00 sesaham.

Mohd. Nasir Zakaria (Padang Terap) minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan terkini yang dilakukan oleh FELDA dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit bagi memastikan KPG berada di paras sekurang-kurangnya 23 peratus.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana mekanisme perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dan apakah perlaksanaannya benar-benar mematuhi syari'ah.



LIVE dari Sedaka Sejahtera

Fasha Sanda Dan Anak Bekas MB Perak Telah Berkahwin Di Thailand?

KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.
Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.
Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!
Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.
Kosmo!: Apa perkembangan terbaharu Fasha sekarang ini?
FASHA: Boleh dikatakan jadual kerjaya saya agak sibuk sehingga bulan Mei ini. Yang terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriati Omar.
Kemudian saya akan terbabit pula dengan drama yang berjudul Seindah Sakura slot Akasia di TV3 sebanyak 24 episod dan sepanjang bulan Mac nanti saya akan menjalani penggambaran di Paris, Perancis.
Betul ke desas-desus Fasha dan Jejai akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini?
Sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana pada masa itu saya memang akan sibuk dengan penggambaran. Jadi, saya menafikan bahawa kami berdua akan berkahwin sempena hari jadi saya nanti.
Bagaimana pula dengan dakwaan Fasha dan Jejai sudah berkahwin di selatan Thailand ?
Itu pun tidak benar kerana kami berdua memang belum mendirikan rumah tangga lagi dan buat apa kami hendak bernikah di sana. Saya menganggap semua cerita yang timbul itu adalah sekadar spekulasi semata-mata.
Saya sedar dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun ini, memang ramai peminat yang mahukan saya segera berkahwin. Mungkin itu adalah salah satu punca yang menyebabkan cerita saya akan menamatkan zaman bujang selalu tersebar.
Adakah Fasha dan Jejai sememangnya sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?
Buat masa ini saya tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi saya akui sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Bila sudah tiba masanya untuk berkahwin, saya akan umumkan kepada semua orang.
Adakah Fasha akan membuat satu sidang akhbar khas untuk umumkan tarikh perkahwinan nanti?
Saya tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana merasakan ia tidak perlu. Apabila saya umumkan tarikh perkahwinan kami berdua, saya akan menghubungi semua rakan-rakan media yang rapat dengan saya sama ada melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas.
Bagaimana pula dengan perkembangan bisnes Fasha sekarang ini?
Sudah tentu saya sangat bersyukur kerana perniagaan salun Chinta saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Biasanya kalau tidak sibuk dengan jadual penggambaran, saya akan ke salun empat kali seminggu untuk memantaunya.
Ada perancangan untuk membuka cawangan pada masa akan datang?
Sebenarnya saya pernah berangan-angan untuk membuka cawangan di Johor Bahru. Ia adalah lokasi yang cukup istimewa kerana saya dilahirkan di situ dan mendapati peminat saya yang paling ramai adalah dari Johor Bahru.
Boleh komen sedikit tentang pencalonan anda untuk Anugerah Bintang Popular 2011 ini?
Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong saya selama ini. Pastinya saya tidak sangka akan tercalon buat kali ketujuh untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular memandangkan semakin ramai artis baharu yang muncul sekarang ini.
Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kontroversi, tetapi peminat sekarang sudah pandai untuk menilai dan mereka tetap memberikan sokongan untuk saya terus berjaya dalam bidang saya ceburi sekarang ini.
sumber: kosmo.com.my

Spiderman NIe Buat Kerja Giler Kat Indonesia Pulak Dah.... Menara Bakrie Jadi Sasarannya...

Siput Boleh Menghantar Email
JAKARTA – Warga Perancis yang diberi nama jolokan, Spiderman, Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam.
Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.
Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.
Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.
Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.
Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.
Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu.
Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv.
Antara bangunan yang pernah dipanjatnya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat. – Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.