
ZULKIFLI Noordin (kanan) menunjukkan isyarat bagus ketika menerima watikah calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pengumuman nama calon di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam

WANGSA MAJU: MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.
KOTA BHARU: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.