Hangat!!! Tun M Waktu Bermasalah, PM Haji Najib Jadi PANGLIMA Pertahankan Tun, Kini Lain Pulak? Jom Terjah!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sendiri dahulu pernah menjadi ‘panglima’ mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Mei, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sendiri dahulu pernah menjadi ‘panglima’ mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

Datuk Seri Najib Razak yang hebat digasak pengkritik hari ini menggesa penyokongnya di Pahang menjadi “panglima” baginya dalam mempertahankan dirinya supaya agar beliau boleh "menyelesaikan masalah" negara.

Katanya, beliau sendiri dahulu pernah menjadi “panglima” mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

SUKAR!!! Benarkah Ustaz Ahmad Awang Hadapi Kesukaran Kempen Tanding Jawatan Presiden PAS? Jom Terjah!!!

Baru memulakan kempen penerangan, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran sama ada secara langsung atau tidak.

Kata beliau, ketika mengadakan majlis penerangan ada sesetengah ahli PAS datang secara sembunyi-sembunyi kerana bimbang dituduh melanggar arahan pihak atasan.

"Ada di sesetengah tempat apabila kami datang mereka (ahli PAS) beritahu mereka hadir secara berahsia sebab mendapat arahan daripada pimpinan negeri supaya jangan hadir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

TERKINI!!! Inilah Punca2 Presiden PAS, Tegaskan PAS Sedia Tamatkan Kerjasama Dengan DAP.. Jom Terjah!!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat susulan kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Mei, 2015.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.