Anggota polis didakwa tembak Aminulrasyid

SHAH ALAM, 10 Mei - Anggota polis Koperal Jenain Subi dikenakan tuduhan tengah hari ini berhubung kejadian menembak remaja Aminulrasyid Amzah di sini dua minggu lalu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Jenain yang didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 30 tahun.

Hakim M. Gunalan membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dan kes akan disebut semula 10 Jun ini.

Aminulrasyid mati ditembak selepas dikejar polis kira-kira enam kilometer awal pagi 26 April lalu dekat rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Dia sebelum ini didakwa mengundurkan kenderaannya dan cuba merempuh kereta polis.

Bagaimanapun rakannya Azamuddin Omar, 15, yang terselamat menafikan perkara itu.

Langsung Dari Mahkamah Pesekutuan: Liwat II

Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

12.45tgh: Peguambela mohon tangguh soal balas Saiful, ke esok, sedia buat hujah 'permohonan' br.

12.27tgh: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh seketika buat kali kedua selepas peguam belanya, Karpal Singh ingin membuat permohonan untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang diberikan kepada polis pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), atas alasan saksi utama itu tidak bercakap benar.


11.29pagi: Karpal mohon mahkamah rehat sebentar. Permintaan Karpal dibenarkan. Mahkamah berhenti rehat sebentar. Kesimpulan awal Karpal, Mohd. Saiful tidak bercakap benar.

11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.

11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.

11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.

Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.

Saiful berkata dia tidak tahu dan "mungkin doktor berbohong".

10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

10.45pagi: Saiful berkata dia tidak bertemu dengan Najib atau isterinya Rosmah Mansor sebelum pertemuan pada 24 Jun.

Saiful berkata dia berjumla ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun

selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan mengenai masalahnya.

10.40pagi: Saiful berkata dia berjumpa PM Najib pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

10.39pagi: Karpal meminta Saiful mengangkat sumpah dengan betul dan memintanya bercakap benar.

10.35pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan menolak permohonannya sebelum ini.

Sesi soal-balas ke atas Saiful.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.

Perbicaraan Anwar Bersambung Hari Ini...Ikutilah Maklumat Perbicaraan Terkini Dari Masa Ke Semasa...


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini dengan barisan peguam bela dijangka menyoal balas bekas pembantu khas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini.

Saiful merupakan pengadu dalam kes liwat itu.

Akhir Mac lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini untuk meneruskan prosiding kes tersebut.

Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb lalu setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik diri.

Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.

Justeru Mohamad Zabidin menetapkan 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun, 14 Julai hingga 23 Julai dan 2 Ogos hingga 30 Ogos untuk menyambung semula perbicaraan.

Anwar yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Saiful di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Permohonan Habeas Corpus Sultan Kelantan Diteruskan Hari Ini di Mahkamah Khas


KOTA BARU: Barisan peguam Sultan Kelantan akan meneruskan proses mahkamah bagi mendengar permohonan habeas corpus Tuanku Ismail Petra walaupun baginda kini sudah kembali ke Istana Mahkota, Kubang Kerian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Salah seorang peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Gobind Singh Deo berkata, proses berkenaan masih perlu diteruskan kerana terdapat beberapa isu penting yang perlu diselesaikan.

"Isu ini adalah lebih jauh daripada habis kerana ada beberapa tuduhan serius yang perlu dicari jalan penyelesaian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terbaru Istana Kelantan apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memberi perkenan supaya Tuanku Ismail dipindahkan kembali ke Istana Mahkota.

Sultan Kelantan berangkat meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang semalam dan tiba di Istana Mahkota sepuluh minit kemudian.

Turut sama mengiringi baginda ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Mahkamah Khas dijadualkan bersidang hari ini untuk mendengar permohonan habeas corpus Sultan Kelantan bagi mendapatkan kebenaran supaya dibawa keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi tiga hari lalu menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.

Kata Gobind lagi, pihaknya akan berada di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9 pagi hari ini bagi meneruskan prosedur berkenaan.

Pihaknya telah melakukan persediaan rapi bagi tujuan berkenaan.

"Kami bekerja siang dan malam untuk menyediakan proses perundangan ini," katanya.

Cabaran MB Disambut... Esok Terdedahlah Sapa Yang Seleweng & Rasuah di KSSB... Tunggu.....



KUALA LUMPUR, 10 Mei — Ahli Parlimen PKR Kapar, S. Manikavasagam (kiri) menyahut cabaran Menteri Besar Selangor dan akan mendedahkan nama tiga pegawai atasan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang didakwanya amalkan rasuah, esok.

“Saya dengar Tan Sri Khalid mahu saya mendedahkan nama-nama itu, saya terima cabaran Tan Sri Khalid... saya akan umumkan nama-nama itu hari Selasa (esok)... tunggu tempoh 72 jam (yang diberikan) berakhir,” kata Manikavasagam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata beliau, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad juga ada menghubunginya semalam untuk mendapatkan butiran berhubung kes tersebut.

“Malah, saya juga ada memberitahu Nik Nazmi bahawa saya akan membantu dalam kes ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mula mencari beliau dan dijangka menemuinya pagi ini.

“Saya dicari SPRM sejak pagi tadi (semalam). Saya memberitahu mereka (pegawai SPRM) boleh datang ke pejabat saya pagi esok (pagi ini),” kata Manikavasagam sambil menambah, suruhanjaya itu mahu mengambil keterangan daripadanya berhubung pendedahan terbaru ini.

Bagaimanapun Manikavasagam menegaskan, beliau tidak akan mendedahkan maklumat kepada SPRM selepas beberapa aduan yang dibuat sebelum ini tidak memperlihatkan kesan.

“SPRM boleh datang untuk jumpa saya, tetapi kali ini saya tidak akan memberikan bukti-bukti berhubung kes ini. Dulu mereka pernah soal siasat saya sampai awal pagi bagi kes-kes yang saya tidak pernah membuat aduan. Apa sudah jadi dengan kes-kes itu?

“Mereka layan kes-kes menyentuh kami (Pakatan Rakyat) dan Barisan Nasional berbeza, saya tahu mereka hendakkan maklumat kes ini, mahukan maklumat untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor... saya tidak akan layan mereka kali ini,” tegasnya.

Petang semalam, Menteri Besar Selangor meminta Ahli Parlimen Kapar itu agar mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta yang didakwanya mengamalkan rasuah.

Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Khalid, memberi tempoh 72 jam kepada Menteri Besar agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Beliau yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu

supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ringgit setiap bulan.

Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang kepada umum.

Tempoh 72 jam itu berakhir esok.

Khalid memberitahu, Manikavasagam tidak harus bimbang untuk menyampaikan maklumat mengenai sebarang bentuk penyelewengan yang disyaki supaya kerajaan negeri dapat menjalankan siasatan.

Manikavasagam mengulangi bahawa kata dua itu bukan bertujuan mengugut atau menjejaskan imej kerajaan negeri tetapi mahu membetulkan “rumah sendiri” dalam usaha membanteras rasuah di kalangan pemimpin dan pegawai Pakatan Rakyat.

“Saya cuma mengambil kata-kata Ketua Umum (Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mana-mana pegawai dan pemimpin parti yang amalkan rasuah, walaupun menerima tanah suku ekar, akan diambil tindakan.

“Jadi, saya pegang pada kata-kata Datuk Seri Anwar. Oleh itu saya berharap Menteri Besar akan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai beliau,” kata beliau.

Manikavasagam juga berkata, kata dua itu bukan bayangan beliau akan keluar PKR dalam waktu terdekat.

“Tidak, tidak... saya tidak akan keluar parti. Saya tidak berlawan dengan Menteri Besar. saya cuma mahu membersihkan rumah saya (parti dan kerajaan) terlebih dahulu,” katanya.

Chelsea muncul juara Liga Perdana England



LONDON, 10 Mei - Chelsea muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.