TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Updated - Pendedahan Panas: Produk Syarikat Ramly Burger Pakai DNA Babi... Inilah Bukti2nya!! Haru Biru La Kalau Macam Nie....Rupa2 Sabotaj Pihak Lain, Penafian Telah Dilakukan, Siapa Dalangnya?

BIAR BETUL!!!“, itulah perkataan pertama yang muncul dalam kepala otak aku bila terbaca tentang perkara ini. Syarikat Ramly Burger pun pakai DNA babi gak ker?


Mulanya susah aku nak percaya. Tapi bila lepas teliti surat-surat yang dilampirkan, lidah aku terkelu.


Aduhh…apa nak jadi la dengan dunia ni. Dah takde benda lain ker nak guna, sampai guna babi weyy? Apasal babi ni special sangat yerk? Asyik-asyik babi, babi, babi….



Aku dah lah suka makan hot dog brand Ramly ni…Uweekkk, bile teringat nak termuntah. Nampaknya aku kena buang habis semua stok yang ada kat dalam peti ais tu.


Sila Teliti Surat-surat berikut :



 



Sekarang, aku nak tuntut pihak Syarikat Ramly Burger untuk beri penjelasan tentang perkara ini. Kalau tak, kami BOIKOT!

******************************************

Alhamdulillah Inilah Penafian Yang Telah Dibuat

Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,




DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Gambar & Video: Ketua Wanita UMNO Malaysia Makin Dihimpit Skandal NFC - RM5juta Dana Awam Dighaibkan... Jom Terjah!!!

PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 
 
Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.”

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.


“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman.

“Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Saifuddin (gambar) juga berkata, PKR bertegas bahawa proses anugerah projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.



“Ini telah menjadi penyakit dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.

“Oleh itu, PKR mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha,” katanya.


JuRaGan : Kesian gua tengok pencacai disekeliling Kak Jat waktu ucapan ketua mereka ini,mereka menjerit melolong berikan sokongan sedangkan Kat Jat RM250 juta sudah disapunya..Cakap pun merapu,nafi pun tidak,menerangkan pun tidak,menjawab pun tidak..menjerit dan melolong macam pelesit,kalau inilah value yang ada pada ketua Wanita Umno,alamat pelingkuplah BN PRU 13 niii..Hancusss Umno,Islam Selamat!!

 *****************************************


Merapu,meroyan,menjerit,meloya aku tengok!!!langsung takde point apa dia cakap!!! Asyik nak bela diri sendiri je.Sebut nama Allah reti,pakai tudung elok2 tak reti plak.Malu la wei !!!
Yang sorak tu sorak je la,keluarga dia rembat duit untuk projek yang gagal tu,korang tengok je hishhh.Ni bukan aku yang cakap tapi laporan rasmi dari Ketua Audit Negara.Satu lagi,aku merayu jangan diselak kain tu geli lak aku kih..kih..kih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.