Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Kenapa Datuk Zaid Pilih 16 Disember Untuk Keluar Dari PKR


Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.

Bercakap kepada wartawan pagi ini, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.

Zaid berkata tindakan meninggalkan PKR terpaksa diambilnya berikutan episod pemilihan parti di mana beliau telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

Bukan penakut

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

“Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat,” katanya.

Pada sidang medianya, Zaid juga berkata sekalipun hujan atau ribut, petir, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sama ada sebagai calon bebas ataupun di bawah parti baru.

"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Jika kami gagal menubuhkan parti baru, walaupun sukar untuk gagal kerana Malaysia ada banyak parti, saya akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Tetapi politik adalah permainan yang sunyi, jadi adalah lebih baik jika dapat bertanding dengan rakan-rakan di bawah tiket yang sama,” katanya.

Menurut Zaid, meskipun diberi amaran oleh ramai peminat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa karier politiknya akan hancur atau terkubur, namun baginya ia tidak penting.

“Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini,” katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.