Memey dan Norman bakal menimang cahaya mata lelaki pada Februari depan.
PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan memberitahu suaminya, Norman Hakim adalah insan paling teruja apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak lelaki.
Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.
"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.