Kenapa Datuk Misbun Sidek Tarik Balik Surat Perletakan Jawatan???


PETALING JAYA: Isu perletakan jawatan jurulatih badminton Datuk Misbun Sidek berakhir hari ini apabila beliau menarik balik surat perletakan jawatannya bertarikh 31 Disember lepas dan bersetuju untuk berkhidmat semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh berkata, perkara itu dimaklumkan Misbun menerusi surat yang dihantar ke rumahnya tiga atau empat hari lepas.

Beliau berkata BAM akan menawarkan kontrak baru kepada Misbun dengan terma-terma tertentu, dan
menurutnya pada dasarnya semua perkara itu sudah pun dibincang dengan Misbun. - Bernama

Pelakon Popular Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun Bersalah Rogol Pembantu Rumahnya....

Shiney Ahuja dikerumuni wartawan berhubung kes rogol pembantu rumah.

MUMBAI: Sebuah mahkamah di India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun ke atas pelakon Bollywood, Shiney Ahuja,37, selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada Jun 2009.

Selain rogol, pelakon itu turut didakwa mengugut dan mengurung pembantu rumahnya itu.

Hakim PM Chouhan mendapati pelakon itu bersalah selepas mendengar keterangan daripada pihak polis, tidak hanya merujuk kepada pengakuan mangsa sahaja sebagai bukti, lapor agensi media Press Trust, Rabu.

Pelakon yang pernah memenangi anugerah di Bollywood itu bagaimanapun membantah hukuman tersebut dan akan merayu di Mahkamah Tinggi Mumbai, menurut peguamnya, Srikant Shivade kepada wartawan.

Mahkamah melakukan persidangan secara tertutup dan pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.

Ahuja yang membintangi beberapa filem Bollywood termasuklah Hazaaron Khwaishein Aisi (A Thousand Desire), Gangster dan Life In Metro.

September tahun lalu, seorang pembantu rumah berusia 20 tahun telah mengadu dirogol dan minta ia dilaporkan kepada polis melalui seorang wanita yang membawanya bekerja dengan bintang filem tersebut.

Akibat laporan itu, Ahuja telah direman untuk siasatan sehingga dia terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Selepas keluar dari penjara, dia sempat membintantgi filem terbarunya.

Ahuja merupakan pelakon terbaru di India yang ditahan sejak beberapa tahun lalu selepas Sunjay Dutt yang didapati bersalah kerana membeli senjata melalui satu sindiket pengeboman berani mati pada tahun 2007.

Sebelum itu pada tahun 1993, pelakon Salman Khan juga didapati bersalah kerana memburu haiwan yang dilindungi di India. - AFP

JPN Memberi Kad Pengenalan Kepada Mereka Yang Diragui, Benarkah Ada Penyelewengan??

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) hari ini mahu kerajaan menjelaskan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjalankan kerja-kerja pendaftaran di luar waktu pejabat dan bukan di pejabat mereka.

Beliau merujuk satu laporan polis yang dibuat di Salak Tinggi yang mendakwa JPN beroperasi luar waktu pejabat di balai orang ramai untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka diragui.

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, ianya dibimbangi berlaku penyelewengan lebih-lebih lagi keadaan negara dalam fasa menjelang pilihan raya umum ke 13.

"Adakah menjadi satu amalan biasa pejabat atau kakitangan JPN bekerja di luar waktu pejabat di tempat tertentu untuk mengeluarkan kad pengenalan, ataupun ia satu operasi khas menjelang pilihan raya yang ke 13 nanti," soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara sama turut dibangkitkan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang mendakwa turut berlaku di kawasan parlimen beliau.

Katanya, beliau mendapat maklumat terdapat usaha menukar alamat warga Sabah yang tinggal di tempatnya ke beberapa kawasan di Shah Alam.

Tambahnya lagi, operasi penukaran itu dibuat pada waktu malam di Bangunan Umno Shah Alam dengan borang pertukaran itu telah siap diisi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan itu bagaimanapun berkata, JPN sememangnya mempunyai operasi luar waktu pejabat iaitu sebahagian program outreach jabatan itu.

Namun katanya, program itu hanya dalam ruang lingkup menerima permohonan dan memberi khidmat nasihat kepada orang ramai bukan mengeluarkan kad pengenalan.

"Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kad pengenalan juga tidak pernah diberi kepada individu semasa operasi luar pejabat," maklumnya kepada Dewan Rakyat.

Berhubung kes di Salak Tinggi yang dibangkitkan Salahudin katanya, beliau memuji tindakan membuat laporan polis itu dan akan memastikan perkara itu disiasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.