Depa Celaru: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai Mahu Pengerusi UMNO Kedah Dibuang

Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.

Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.

"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.

Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".

Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.

"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.

"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.

Bersedia Untuk PRK DUN Kuala Nerang Kosong Lantaran Penyandangnya Muflis, Gagal Bayar Caruman KWSP


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.

Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.

Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

“Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat,” kata Shafie.

Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.

“Dulu saya pernah jumpa dengan beliau tapi perkara lain,” kata Shafie kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas melawat bilik media Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Jelas Shafie, parti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya kecil membabitkan kerusi DUN Kuala Nerang.

“Kalau perlu merayu kita akan buat tapi sekiranya perlu buat persediaan dengan keadaan berhadapan pilihan raya kecil kita akan adakan.

“Tiada masalah bagi kita, tapi saya harap tidak ada pilihan raya kecil,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

Parti Pemerintah Tidak Mahu Undang2 Islam Didaulatkan... Kata Menteri Islam: "Hanya Undang2 Inggeris Sesuai Di Malaysia"

KUALA LUMPUR: Hanya undang-undang Inggeris bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan dan diguna pakai di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohamed Nazri berkata keadaan itu merangkumi sekiranya ada "lakuna" atau ketiadaan peruntukan undang-undang tempatan mengenai perkara yang dipertikaikan.

"Pemansuhan pemakaian undang-undang lazim England (Common Law England), undang-undang Inggeris atau kaedah ekuiti melalui Akta Undang-undang Sivil 1956 [Akta 67] tidak menjadi isu atau keperluan yang mendesak," katanya.

Beliau menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu bila kongkongan undang-undang lazim England akan dimansuhkan melalui Akta Undang-undang Sivil 1956.

Mohamed Nazri berkata seksyen 6 Akta 67 mengecualikan pemakaian bahagian dua undang-undang Inggeris di bawah seksyen 3 dan 5 Akta 67 untuk perkara yang berkaitan dengan pemegangan (tenure), pemindahhakkan (conveyancing), jaminan (assurance of) atau pewarisan (succession) mana-mana harta tak alih atau mana-mana aset, hak atau faedah.

Berhubung dengan tatacara jenayah di Malaysia, beliau berkata kedudukannya adalah berbeza kerana undang-undang Inggeris tidak terpakai sekiranya terdapat lakuna sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung.

Mengenai pemakaian undang-undang Inggeris dalam hal komersil dan perdagangan di Malaysia, Mohamed Nazri berkata kebergantungan terhadap undang-undang itu adalah terhad meskipun sekysen 5 Akta 67 memperuntukkan pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di negara ini.

"Selain itu, usaha untuk mengadakan atau memperbaharui undang-undang perdagangan di Malaysia sentiasa berterusan melalui penggubalan undang-undang perdagangan seperti Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 [Akta 642], Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658], Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan Akta Persaingan 2010 [Akta 712]," katanya.

Menurutnya berdasarkan rangka perundangan pada masa kini serta undang-undang kes Malaysia yang mewujudkan prinsip perundangan setaraf dengan undang-undang Inggeris, Malaysia tidak lagi bergantung kepada undang-undang lazim England dalam menangani sesuatu isu undang-undang.

"Tiada keburukan sekiranya peruntukan sedemikian dikekalkan memandangkan pada masa depan berkemungkinan terdapat keperluan untuk memakai peruntukan tersebut sekiranya terdapat lakuna dalam undang-undang berkaitan apabila mahkamah hendak memutuskan sesuatu kes," katanya.

Menjawab soalan tambahan Nasharudin sama ada kerajaan berhasrat mempunyai Malaysia Common Law, Mohamed Nazri berkata ia tidak boleh dilaksanakan kerana tiada budaya penyimpanan rekod sebelum negara mencapai kemerdekaan.

"Kita tidak boleh memakai Malaysian Common Law kerana tiada rekod menunjukkan 100 tahun dulu kalau berlaku perkara ini, maka inilah penyelesaiannya," katanya.

Nazri berkata Singapura, India dan Australia adalah negara komanwel lain yang menggunakan undang-undang lazim England.

- BERNAMA

Kenapa Facebook Sekat Anti Menara 100 Tingkat di Kuala Lumpur?


Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.

azlanMeskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen '1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet.

“Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru,” kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat.

Facebook menerbitkan kenyataan ringkas: "
Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use"atau diterjemahkan sebagai hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan.

Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu.

Hari Ini Penuh Bermakna Buat Presiden PAS - 20 10 2010


Hari ini, 20 10 2010:

Warga Sedaka Sejahtera mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke 63 buat Tuan Guru Presiden PAS.

Semoga Tuan Guru dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin kami.

Allahu Akbar!!

UMNO Bakal Menangisi Kehilangan 50 Kerusi Parlimen PRU 13 - PR Bakal Melangkah Ke Putrajaya

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.


Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap di perhimpunan agung pergerakan tersebut hari ini, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.

Sementara itu, berhubung isu ekonomi, Khairy mempersoalkan kenapa terdapat anggota parti itu yang takut dengan gusar dengan ekonomi berteraskan merit melalui Model Baru Ekonomi (MBE),

Maaf, apa saya dapat dari DEB

"Mengapa kita perlu gusar apabila mereka yang berkebolehan, yang genuine, diberi peluang untuk ke depan? Apakah kita terlalu dengki dengan bangsa sendiri yang rajin dan berbakat sehingga kita sanggup menghalang kejayaan mereka?

"Adakah kita umpama ketam di dalam bakul yang menarik turun sesama sendiri?" soal Khairy bertubi-tubi.

Beliau juga mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.

"Apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, mereka jawab: 'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai.

"Tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30 peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, realiti itu menuntut kerajaan membuat perubahan melalui MEB yang didakwa sebagai "pengemaskinian terhadap cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB dapat diatasi".

Gambar & Video : Samseng UMNO Halang Dan Mencederakan Pengawai Penyelaras Pejabat MB PP Kerana Edarkan Buletin Kerajaan


Haji Anuar Hashim, Pegawai Perhubungan di Pejabat Ketua Menteri berkata sikap penyokong UMNO yang menyerang seorang Pengawai Penyelaras kurang bijak dan tidak bertamaddun.

Pada 18 Okt 2010, sekumpulan penyokong UMNO yang berjumlah lebih dari 50 puluh orang telah cuba merosakkan rancangan Pegawai Penyelaras, Latif Abdullah dan Ustaz Roshidi untuk mengedarkan terbitan buletin Kerajaan Pulau Pinang, Suara CAT.

Seorang dari mereka yang dikenali sebagai Zuri telah menumbuk Latif di pipi kiri dan kanan. Walaupun Latif cuma bersabar, dia diserang lagi dengan tendangan lutut. Anggota polis yang bertugas menjaga lalu-lintas di jalanraya telah cuba merenggangkan keadaan. Di dalam pergelutan itu, Latif telah terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, butang baju dia tertanggal dan kakinya luka.
Latif telah membuat laporan polis dan dia ditemani anggota polis ke hospital untuk pemeriksaan.

Haji Anuar dan Latif berharap Adun DUN Bertam akan memberi nasihat kepada penyokong UMNO mereka supaya jangan bertindak kasar begini di masa hadapan.

PAS Umum Calon PRK Galas Khamis Nanti

PAS akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata nama calon itu akan diumumkan di sini dan calon itu merupakan seorang tokoh yang disukai oleh penduduk Galas.

"Kita ada ramai calon dalam senarai pemilihan," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Okt ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.

Bernama difahamkan antara pemimpin tempatan yang disebut bakal menjadi calon PAS ialah Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas, Pandak Panjang Ey dan Timbalan yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad.

Selain itu, nama Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein, Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong dan Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad turut disebut-sebutkan dalam senarai itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.