Remaja 16 Tahun Trauma, Rakaman Aksi Seks Disebar

Aksi dirakam dalam telefon sebelum disebar

GRIK: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja ditipu teman lelakinya yang berjanji mahu menjaganya, sebaliknya menodai remaja itu dan kemudian menjadikannya 'habuan seks' kepada enam rakannya.

Aksi seks itu juga dirakam dan kemudian disebarkan kepada umum sekitar daerah ini melalui telefon bimbit menyebabkan mangsa berasa amat malu, sesal serta marah dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata dalam kejadian pada Jun lalu, remaja berkenaan yang berasal dari Lenggong mengikut teman lelakinya bersiar-siar dengan motosikal, pada satu malam.

“Selepas lewat malam, mangsa bagaimanapun tidak terus dihantar pulang ke rumah seperti dijanjikan sebaliknya dibawa ke sebuah rumah di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong. Enam rakan teman lelakinya menunggu di rumah itu.

“Mangsa diseret ke sebuah bilik dan dirogol teman lelakinya diikuti enam lelaki terbabit yang berusia antara 16 hingga 30 tahun, dan salah seorang daripadanya merakamkan aksi seks mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mahad Nor berkata, mangsa pada mulanya cuba melawan dan menendang lelaki yang merakamkan aksi seks itu tetapi gagal.

Rakaman aksi seks kira-kira tiga minit itu kini tersebar di kalangan orang ramai di daerah ini dan turut dilihat sendiri oleh mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong pada 4 Ogos lalu.

“Mangsa yang sudah tidak bersekolah selepas berhenti di Tingkatan Tiga kini trauma kerana aksi seks itu turut tersebar sehingga kepada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarganya.

“Polis berjaya menahan lima lelaki terbabit berusia antara 16 sehingga 30 tahun di beberapa lokasi di Lenggong pada 5 Ogos lalu tetapi dua lagi suspek berjaya melarikan diri. Polis percaya dapat menahan mereka tidak lama lagi kerana identiti mereka sudah dikenal pasti.

“Kelima-lima suspek ditahan reman mulai 5 Ogos hingga 11 Ogos ini. Polis turut merampas rakaman asal aksi seks terbabit daripada suspek sebagai bahan bukti,” katanya.

Mahad Nor berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan laporan perubatan mengesahkan dia dirogol beramai-ramai. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Langsung Dari Mahkamah Tinggi KL: Bicara Liwat II - Kenyataan Anwar berdasarkan fakta, kata Karpal

Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam affidavit terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif - bahawa mereka berdua mempunyai hubungan intim dan maklumat penting telah bertukar tangan - bukanlah satu tuduhan semata-mata, tetapi merupakan fakta.

Katanya, Anwar telah memperolehi maklumat tersebut (mengenai hubungan intim tersebut dan kebocoran dokumen dan maklumat) dari sumber yang boleh dipercayai.

Oleh itu, tegasnya lagi, kenyataan dalam afidavit tersebut adalah kenyataan fakta.

Ianya bukannya hanya cakap-cakap tetapi satu fakta yang belum dibantah dalam dua afidavit balas, tegas Karpal.

Kedua-dua afidavit tersebut, yang dikemukakan oleh DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai menyiasat Jude Blacious Pereira, menyangkal sebarang pengetahuan mengenai hubungan intim Saiful dan Farah dan juga menafikan dakwaan bahawa Farah dan Saiful tahu mengenai kertas siasatan dan dokumen-dokumen lain.

Karpal memohon kepada mahkamah dan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk menggunakan kuasanya memanggil Saiful dan Farah sebagai saksi.

Oleh itu, beliau memohon hakim mendapatkan kebenaran bagi mencapaikan keputusan yang adil.

Dan ianya, sambung Karpal lagi, hanya boleh diperolehi dengan memanggil Farah dan Saiful sebagai saksi untuk mengetahui kebenarannya.

Oleh itu, tegas Karpal, bagaimanakah kebenaran boleh diketahui sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil sebagai saksi.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan sama ada pihak pembelaan boleh memfailkan afidavit terhadap Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hanafiah Zakaria, yang dikatakan melakukan kesalahan syariah iaitu berpoligami.

Terdahulu, mahkamah yang sama petang ini menolak permohonan pihak pembelaan untuk memanggil saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif untuk menjawab dakwaan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan romantik.

Anda Mungkin Maut, Jika Abaikan Benda2 Ini...

Kajian Mengenai Lanyard, Tin Minuman dan Belt-Stopper



Kajian ini adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapat tajaan atau dorongan mana-mana pihak.

Hasil kajian dan rumusan mengenainya tidak pernah diterbit atau disiarkan di mana-mana sebelum ini dan dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia!

Saya tidak memerlukan puluhan ribu malah ratusan ribu atau jutaan ringgit, semata-mata untuk melakukan kajian ini, tetapi kajian ini kelak saya percaya akan digunakan oleh banyak pihak untuk mereka mungkin mendapatkan puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit itu…!!!

Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

Nota: Luangkan Masa Isi ruangan Poll melalui Nuffnang di sidebar kanan blog mengenai kajian ini.

1.Lanyard/tali gantung name-tag

Selepas membaca artikel ini, anda pergi ke kereta anda. Lihat lanyard yang anda gantung melalui cermin pandang belakang itu. Harganya murah, tak sampaipun RM5 satu dan biasanya anda mendapat secara percuma dari majikan anda.

Menggantung lanyard menjadi trend kepada ramai pemandu kerana beberapa sebab:

i-supaya anda tidak terlupa/tertinggal di rumah-maka anda akan gantungnya dan akan

memakainya sebaik keluar dari kereta

ii-sebagai tanda riak kepada orang yang terlihat name-tag anda bahawa anda bekerja kakitangan syarikat A yang gah itu.

iii-sebagai isyarat kepada pemandu di sebelah anda , “saya ingin berkenalan, this is my name-tag. Carilah saya , nama saya anda boleh lihat…”

Tetapi, tahukah anda, ia mungkin merupakan pembunuh senyap, atau penyebab kemalangan?

Lanyard itu jika terutamanya digantung dengan talinya terlalu panjang ke bawah sehingga melepasi paras stereng kereta, ia mampu membelit stereng kereta anda ketika keadaan-keadaan tertentu seperti ketika anda mengambil selekoh tajam atau kenderaan anda terhentak akibat terlanggar lubang atau bonggol jalan.

Atau juga ketika anak anda bermain-main dengan lanyard itu ketika anda memandu sehingga akhirnya ia membelit streng kereta. Akibatnya, anda gagal mengawal kenderaan anda, akhirnya akan menyebabkan kemalangan.

2.Tin/botol minuman

Lihat atau lakukan ‘spring-cleaning’ di dalam kereta anda. Lihat di bawah tempat duduk. Bermacam-macam sampah akan anda temui. Tumpuan diberikan kepada botol atau tin minuman. Dengan harga setin Coke sekitar RM1.50, ia juga mampu membunuh anda.

Begitu juga, ketika memandu, anda akan meletakkan tin atau botol minuman di tepi sebelah pintu pemandu, atau ruang yang disediakan biasanya berhampiran gear.

Tetapi, tahukah anda, tin atau botol itu, pernah jatuh di atas lantai kereta dan bergolek ketika anda memandu. Apakah risikonya?

Tin atau botol itu akan bergolek sehingga ke bawah pedal minyak atau pedal brek kereta anda. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat mengawal kereta kerana brek atau pedak minyak tersekat akibat botol atau tin minuman telah menyekatnya.

Di dalam laporan kes-kes kemalangan terutama kemalangan maut, kita biasa membaca sebegini:

“Kereta dipandu tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik”

Ye, kereta itu hilang kawalan, tetapi apakah penyebab kepada hilang kawalan itu? Memandu laju? Bergaduh ketika memandu?

Belum ada bukti secara saintifik menunjukkan bahawa lanyard dan tin minuman adalah penyebab kemalangan.

Tidak mungkin kita akan mendapat jawapan kerana pemandu kereta telahpun maut dalam kemalangan itu…

Jadi, lanyard dan tin minuman itu tetap menjadi misteri…

3.Belt-stopper

Dari semurah RM3 hingga puluhan ringgit seperti ada berbagai logo dan karektor kartun, belt-stopper juga mampu meragut nyawa manusia ketika kemalangan. Macam tak lojik bukan?

Belt-stopper direka supaya menjadi penahan kepada tali pinggang keledar supaya ia tidak ‘menjerut’ perut dan pinggang pemandu/penumpang kereta . Ia akan melonggarkan tali pinggang keledar supaya kononnya pemandu dan penumpang tidak menjadi rimas atau rasa ‘terperangkap’. Wanita amat gemar menggunakan belt-stopper terutama ibu mengandung dan mereka yang tidak mahu tali pinggang keledar itu ‘menjerut’ buah dada mereka.

Tali pinggang keledar hanya akan berfungsi apabila terdapat ‘sentakan’ atau ‘rentapan’ padanya dengan kadar yang cepat, laju atau mengejut. Ketika kemalangan, mangsa akan tertolak ke hadapan, dan ketika itulah tali pinggang keledar akan berfungsi dan menguncinya sekaligus menahan mangsa dari melambung atau ter’lajak’ sehingga mengenai stereng ataupun cermin hadapan.

Menggunakan belt-sotpper’ akan menyebabkan terdapat ruangan di antara tali pinggang dengan badan mangsa menyebabkan tiadanya daya ‘sentapan’ atau ‘rentapan’ bagi memberhentikan pergerakan tali pinggang itu. Ini sekaligus boleh ‘membatalkan’ penguncian tali pinggang itu menyebabkan mangsa terus terhumban ke hapadan.

Kajian ini juga mungkin tidak pernah dilakukan oleh pegawai penyiasat kemalangan.

Apabila ketiga-tiga bahan disebutkan di atas, bertindak secara serentak ketika anda menekan brek ketika kecemasan, ini akan berlaku:

Tali lanyard akan melilit stereng kereta, botol dan tin bergolek ke arah pedal minyak, clutch dan brek, manakala tali pinggang keledar tidak akan berfungsi kerana di'bebaskan' oleh belt-stopper.

Saya ulangi - Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

SUMBER - Terima kasih sahabat....

Felda Disaman Peneroka - Penipuan Dan Pecah Amanah Jual Beli Kelapa Sawit

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

Inkues kematian Teoh Beng Hock : "Proses Mahkamah Disalahguna ..." Lawyer Gobind

Misteri menyelubungi sambungan inkues kematian Teoh Beng Hock dengan para peguam menemui koroner Azmi Mustapha Abas dalam kamarnya.

NONEDifahamkan, perjumpaan tersebut adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan dokumen.

Bagaimanapun, 15 minit kemudiannya, peguam Gobind Singh Deo meninggalkan bangunan tersebut dan kelihatan berang.

Apabila ditanya, beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan, kecuali berkata: "Ini adalah salahguna proses mahkamah..."

Gobind tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata beliau perlu masa untuk bercakap dengan keluarga Teoh.

Beliau kemudian pergi berbincang dengan anggota keluarga Teoh yang diwakilinya.

Sementara itu, seorang penyokong yang memegang gambar Teoh, menjerit "Bunuh!" dan enggan bergerak untuk memberi laluan kepada laluan kenderaan di situ.

Pada jam 11.45 pagi, para peguam lain kelihatan keluar dari kamar koroner.
NONEInkues tersebut telah ditangguhkan kepada 18 Ogos, manakala koroner pula telah memutuskan untuk tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini.

Mereka ialah Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdullah, yang telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.

Bagaimanapun, koroner dikatakan telah memutuskan bahawa "tidak perlu" untuk memanggil mereka sebagai saiksi.

Ini bermakna pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka memberi keterangan apabila inkues itu disambung.

Pelakon Terkenal 'Antara Dua Darjat' Meninggal Dunia... Al Fatihah

SINGAPURA 9 Ogos - Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini pagi ini.

Menurut ahli keluarganya, Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua

di kondominiumnya di Yishun pada kira-kira 5.50 pagi.

Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup" Allahyarham Bat Latiff.

Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan

peminatnya dilahirkan di Singapura pada tahun 1935, dan pernah berlakon bersama seniman agung Allahyarham P.Ramlee dalam filem “Anjuran Nasib” arahan B. S. Rajhans pada 1952.

Melalui filem ini Mariam telah memenangi gelaran 'Bintang Pujaan Wanita

Malaya Kedua' oleh Filem Raya Magazine pada 1953 dan juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu tahun lepas.

Bekas pelayan restoran sebelum menceburi dunia perfileman, Mariam pernah berlakon dalam filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

Antara pelakon yang seangkatan dengan Mariam ialah Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

Allahyarham meninggalkan enam anak daripada dua perkahwinan. - Bernama

Persidangan Perwakilan UMNO Bkt. Bendera - Laporan Polis Dibuat Dedahkan Kecelaruan

Laporan polis menyusul selepas melabuhnya tirai Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bendera semalam, sedikit sebanyak mendedahkan "kecelaruan" yang berlaku di sebalik "kegemilangan" persidangan tersebut. Sungguhpun kesemua jawatan dimenangi tanpa pertandingan, namun sesetengah pemimpin mula meluahkan ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan yang dikuasai bekas Ketuanya, Ahmad Ismail.

Anugerah "Wira Bangsa" dikurniakan kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail (gambar kanan, tengah) untuk mengenang jasa beliau yang sanggup untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam Bahagian, sebaliknya masih setia kepada perjuangan parti dan bangsa.

Demikianlah kata-kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri, dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bendera yang diadakan di Hotel Eastin, Bayan Baru, semalam.

Persidangan yang ditangguhkan dua kali sebelum ini telah menyaksikan semua jawatan dimenangi tanpa pertandingan. Jawatan Ketua UMNO Bahagian masih lagi kekal di tangan Abdul Jalil Ariffin dan Timbalannya pula ialah Mohd Salim Bari. Manakala jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Ismail Abu Bakar.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian buat laporan polis

Bagaimanapun, persidangan yang diraikan dengan penuh adat istiadat Melayu yang gilang-gemilang itu telah dicemari dengan laporan polis yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera, Rose Akmar b. Ahmed di Balai Polis Butterworth.

Menurut Akmar lagi, beliau bersama beberapa penyokong membuat laporan tersebut untuk melahirkan rasa kecewa beliau di atas tindakan UMNO Bahagian Bukit Bendera yang tidak menurut prosedur dalam melaksanakan persidangan bahagian.

"Laporan polis sebelum ini telah dibuat oleh empat perwakilan pada 9 Julai yang lalu. Namun begitu pihak bahagian masih lagi tidak mengendahkan segala laporan yang dibuat," jelasnya.

Rose Akmar mempertikaikan, "Mereka tidak mengikut peraturan dalam Perlembagaan parti. Cawangan saya iaitu Kampung Mutiara hanya menerima notis persidangan pada 6 Ogos sedangkan persidangan pada 8 Ogos. Apakah ini mengikut perlembagaan parti?"

Akmar: UMNO Bukit Bendera bercelaru

Akmar juga berkata, tindakan yang diambil adalah bagi membuktikan bahawa UMNO Bahagian Bukit Bendera masih lagi berada dalam suasana bercelaru.

Manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Air Itam, Zainol Shaikh Ariffin (gambar kanan) yang turut hadir berkata, sepatutnya notis persidangan diberikan dalam masa 14 hari, tetapi ini tidak berlaku.

"Mereka tidak mengguna pakai perlembagaan parti yang ada. Mereka hanya menggunakan apabila ianya untuk kepentingan mereka sahaja," sambungnya.

Zainol berkata,"Kami bukan saja tidak dimaklumkan mengenai persidangan ini malah cawangan yang tidak menyokong mereka akan dipinggirkan."

Tidak terima notis mesyuarat

Sementara itu, Ketua Pemuda Cawangan Kampung Mutiara, Rose Azaley pula mendakwa bahawa dalam persidangan pemuda UMNO Bahagian baru-baru ini, mereka juga tidak menerima notis mesyuarat.

Rose Azaley (gambar kiri) berkata, "Laporan polis juga telah kami buat bagi meminta supaya keadilan bagi pihak cawangan-cawangan yang ditindas ini. Namun begitu sehingga ini tiada tindakan yang diambil."

"Sekiranya ini adalah tingkah laku yang ada pada kepimpinan UMNO bahagian, maka ia bukan saja merugikan penyokong yang sedia ada, malah ia membuktikan betapa seriusnya keretakan yang berlaku dalam UMNO Bahagian Bukit Bendera sendiri," tegasnya lagi.

Ahmad Ismail yang telah digantung sebagai Ketua UMNO Bahagian pada 2008 yang lalu berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Jawatankuasa Bahagian bagi mengadakan pemilihan baru.

Namun begitu, beliau telah menarik diri pada minggu lalu setelah mendakwa bagi memantapkan perpaduan parti dan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Sebelum ini, Ahmad Ismail mencetuskan kontroversi dengan dakwaan "kaum Cina dan India sebagai pendatang yang menumpang di Tanah Melaya", malah bertelagah secara terbuka dengan parti komponen Barisan Nasional, Gerakan di Pulau Pinang.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

Abu Bakar Bashir Ditahan Dakwaan Subahat Dengan Penganas

abu-bakar-bashir


JAKARTA, Indonesia, 9 Ogos - Seorang peguam berkata, guru agama terkenal Indonesia, Abu Bakar Bashir ditahan atas dakwaan bersubahat dengan pengganas.

Muhammad Ali berkata, anak guamnya telah ditahan awal pagi tadi kerana didakwa bersubahat dengan jaringan kumpulan militan baru Indonesia di wilayah barat Aceh.

Bashir dikenali sebagai mengetuai rangkaian militan Jemaah Islamiah (JI) yang turut dikaitkan dengan al-Qaeda - kumpulan militan yang bertanggungjawab terhadap kejadian pengeboman Bali pada tahun 2002 hingga menyebabkan 202 terbunuh.

Dia menghabiskan beberapa tahun di dalam penjara kerana penglibatan itu namun dibebaskan pada tahun 2006.

Ali berkata, penahanan pagi tadi dilakukan di daerah Ciamis, barat jawa.

- AP

Langsung Dari Mahkamah Tinggi KL: Bicara Liwat II

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bermula dengan pihak pendakwaan memohon mengetepikan pertuduhan.

Ketua pembangkang itu memfailkan permohononan bagi menyokong afidavit pada 2 Ogos ekoran tuduhan bahawa timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mempunyai 'hubungan'.

Anwar mendakwa bahawa hubungan itu, seperti juga pertuduhan melibat - yang kedua untuknya dalam 10 tahun - menyalahi proses mahkamah.

Anwar membuat laporan polis minggu lalu meminta pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Peguam Negara Abdul Gani Patail pada 27 Julai mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan. Beliau juga ditukar ke bahagian lain selepas dakwaan itu timbul.

Pihak pendakwaan dalam afidavit balasnya menafikan mengetahui terhadap hubungan antara kedua-duanya.

Manakala peguam Anwar, Karpal Singh pada Jumaat berkata pendakwaan akan memohonan memanggil Saiful dan Farah bagi menjawb dakwaan itu memandangkan pihak pendakwaan didakwa gagal menjawab isu tersebut secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG

9.33am: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan sesi.

9.43am: Karpal memohon Farah dan Saiful dipanggil supaya mahkamah dapat menentukan kebenaran dakwaan hubungan mereka berdua.

"Belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel DPP mempunyai hubungan dengan saksi utama," kata Karpal.

Katanya, tugas hakim ialah menentukan kebenaran apabila tiada afifavit dibuat daripada Saiful dan Farah.

Peguam terkenal itu mempersoalkan tindakan Saiful yang bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan beliau diliwat "tetapi enggan hadir ke muka pengadilan"

9.58am: Pihak pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abidin menyifatkan tuduhan itu sebagai "dakwaan kosong".

"Persoalannya sama ada Saiful menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat," beliau memberitahu mahkamah.

"Kita ada di sini afidavit daripada DPP Mohd Hanafiah Zakaria and pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan - berdasarkan pengetahuan mereka - bahawa dokumen, pertemuan dan maklumat (telah bocor)," katanya.

Yusof berkata pendakwaan tidak menjawab afidavit itu dan perkara itu harus ditamatkan.

Karpal bagaimanapun mempertahankan apa yang dikatakan Awar bahawa beliau menerima makluman itu daripada beberapa sumber.

10.20am: Mahkamah akan menentukan keputusan untuk permohonan pihak pendakwaan pada 2.15 petang ini.

Hebatnya Kerajaan Selangor, Idea Pembangunan Kampung Baru, Amat Memberi Keuntungan Kepada Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Kerajaan negeri Selangor mencadangkan penubuhan Kampung Baru Land Trust (KBLT) sebagai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru di mana tanah akan ditukar kepada unit saham tanpa mengira lokasi tanah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setiap pemilik tanah akan mendapat dua jenis saham menerusi tabung tersebut iaitu Saham A yang membenarkan pemilik tanah menjual tanah kepada orang Melayu dan Bumiputera sahaja dan Saham B yang dinilai mengikut potensi pendapatan dari ruang penyewaan hasil pembangunan yang dirancang.

“Jika penduduk Kampung Baru bersetuju dengan cadangan ini, baru kita boleh jayakan, apa yang penting perlu ada kesepakatan dari semua pemilik tanah supaya pembangunan dapat dilakukan secara total dalam memastikan pulangan maksimum,” katanya dalam pembentangan pelan alternatif tersebut kepada kira-kira 200 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata sekiranya cadangan penubuhan tabung amanah itu dipersetujui oleh semua pemilik tanah Kampung Baru, PKNS akan menganjurkan pertandingan bagi mendapatkan cadangan terbaik dari dalam dan luar negara bagi merangka pelan pembangunan yang terbaik untuk Kampung Baru.

Beliau berkata perunding atau syarikat terpilih akan menyediakan pelan pembangunan untuk diimplementasi kemudian dan KBLT akan ditubuhkan dan saham-saham diagihkan kepada pemilik-pemilik tanah bagi memastikan mereka mendapat pulangan dari program pembangunan itu.

Abdul Khalid berkata beliau juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam membangunkan Kampung Baru kerana kerajaan negeri, walaupun tidak mempunyai tanah di Kampung Baru, hanya mengemukakan cadangan.

Kabinet baru-baru ini meluluskan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kini sedang merangka rang undang-undang perbadanan tersebut yang dijangka akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

Sementara itu, Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo’’Lo Mohd Ghazali berkata satu memorandum akan dihantar kepada Raja Nong Chik setelah kesepakatan diterima supaya kementerian mengambil kira pandangan pemilik tanah mengenai penubuhan tabung tersebut apabila kementerian merangka rang undang-undang perbadanan itu.

— Bernama

Sapa2 Nak RM50K Dari Keluarga VK Linggam.. Tangkap Pembunuh Adiknya..

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Keluarga peguam Datuk V.K. Lingam menawarkan ganjaran RM50,000 kepada pemberi maklumat yang dapat membawa kepada penangkapan suspek dalam kes pembunuhan adik lelakinya Rajendram Velupillai, di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Puteri Puchong, Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Lingam berkata mereka sekeluarga berasa sangat sedih dan terperanjat dengan pembunuhan Rajendram, 52, yang terkenal sebagai seorang yang alim dan gemar melakukan kerja-kerja di kuil.

“Kami sekeluarga dengan ini menawarkan RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kepada polis sehingga tertangkapnya suspek yang terlibat dalam pembunuhan Raj (Rajendram),” katanya.

Menurut laporan, Rajendram dipercayai mati kira-kira pukul 3 pagi selepas dipukul tiga lelaki rentetan pertengkaran di sebuah kuil. Laporan itu yang memetik sumber berkata tiga lelaki berkenaan menuduh Rajendram mencuri duit tabung kuil dan mula memukulnya.

Semalam, media melaporkan polis telah menahan seorang suspek berusia 30 tahun dan sedang mengesan dua lagi yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

Mengulas mengenai tuduhan terhadap Rajendram, Lingam berkata pihak pengurusan Kuil Avdiar Muniswarar di Bandar Puteri Puchong telah mengesahkan mendiang tidak terlibat.

“Mereka mengesahkan Raj tidak terlibat dalam sebarang kecurian membabitkan sumbangan kepada kuil sepanjang tempoh dua minggu setengah mendiang tinggal di sana.

“Mereka juga mengesahkan kutipan kuil sepanjang tempoh itu kurang daripada RM50, dan dikendalikan sepenuhnya oleh bendahari kuil,” katanya.

Lingam berkata mereka sekeluarga mahu melihat mereka yang terlibat dalam pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

— Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.