Doakan!!! Pelakon 'Ali Setan', Azmil Mustapha Tenat Di Hospital Putrajaya.. Moga Beliau Diberi Kesembuhan..


Azmil Mustapha kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengadu sakit dada kira-kira pukul empat petang semalam.

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi filem 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha dilaporkan dalam keadaan tenat akibat sakit jantung.

mStar Online dimaklumkan pelakon era 80-an itu kini berada di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya dekat sini sejak Khamis lalu.

Adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.