TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Gambar: Inilah Kepala Babi Dan Simbahan Cat Merah DiGerai Cendol Dekat Masjid Sungai Bakap


SUNGAI BAKAP – Orang ramai di pekan Sungai Bakap kecoh apabila dikejutkan dengan simbahan cat merah manakala kepala babi digantung pada bahagian depan sebuah gerai minuman berhampiran Masjid Sungai Bakap, pagi, semalam.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu menyebabkan keadaan pekan itu menjadi sesak kerana dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku sebelum waktu subuh itu berpunca dari perselisihan faham.

“Hasil siasatan mendapati, sekitar jam 7.45 pagi, pemilik dihubungi oleh salah seorang ahli masjid dengan menyatakan gerai miliknya disimbah cat merah dan digantung kepala babi.

“Menurut pemilik gerai, tiga bulan sebelum kejadian, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dengan menyatakan dia tidak berpuas hati dan kurang senang terhadap perniagaan yang dijalankan dan percaya kejadian itu berpunca daripada ugutan panggilan telefon yang diterima,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi tempat kejadian.

Hasil kejadian itu, pemilik bersama anaknya membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Turut hadir pada tinjauan terhadap kes terbabit ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat.

Ayub berkata, pihaknya juga berharap perbuatan berkenaan tidak terus dilakukan oleh mana-mana pihak dan pasukan polis akan membanteras masalah itu dengan segera.

“Perkara ini bukanlah merupakan satu isu perkauman yang melibatkan agama seperti mana dihebahkan oleh semua pihak.

“Kita sedia maklum, kejadian ini berlaku berhampiran masjid dan isu babi adalah perkara sensitif bagi Islam. Justeru, diminta pihak tidak bertanggungjawab itu tidak akan mengulangi perkara sama kerana ia akan menimbulkan suasana tegang antara satu sama lain.

Menurutnya, jualan pemilik gerai berkenaan begitu laris di pekan ini dan pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan itu juga adalah daripada perasaan iri hati.

“Nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi pemilik pada tiga bulan lalu merupakan nombor telefon awam dan pihak polis juga memberi amaran keras kepada mana-mana kegiatan kongsi gelap supaya tidak mengambil alih tugas polis yang ingin menjaga keselamatan peniaga.

“Diharap, mana-mana peniaga atau orang ramai yang mengalami serta melihat kes ugutan, dapat melaporkan segera kepada pihak polis,” katanya.

Pemilik juga dimaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah kewangan dan tidak terlibat dengan mana-mana pinjaman.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan unsur ugutan dan ancaman.

Panas!!! Hubungan Cinta Almy Nadia dan Fizz Fairuz Retak dan Tangguh Perkahwinan Akibat Pelakon Ini? Jom Kita Terjah Siapa Pelakon Ini???

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam (Izreen), 26, yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Almy Nadia dan Fizz Fairuz mengaku pernah berkawan rapat dengan aktor tersebut.

Bagaimanapun, jelas Izreen hubungan tersebut hanyalah sekadar kawan biasa dan terjalin sejak dua tahun lalu ketika mereka dipertemukan berlakon dalam satu drama.

“Saya terkejut apabila terbaca tentang gosip tersebut sebab ia sama sekali tidak benar kerana saya dan Fizz Fairuz sudah lama tidak berhubung.

“Ya, memang saya pernah berkawan dengan dia beberapa tahun dahulu kerana kami ada berlakon dalam satu drama bersama tapi selepas itu masing-masing dengan hal masing-masing,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Izreen menjelaskan dakwaan gosip cinta tiga segi antara dia, Almy Nadia dan Fizz Fairuz seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali.

Dia juga dikatakan menjadi punca hubungan pasangan selebriti itu retak sehingga menyebabkan Fizz Fairuz menangguhkan perkahwinannya dengan Almy Nadia.

Fizz Fairuz

Jelas Izreen, khabar angin tersebut tidak benar dan secara langsung boleh mengeruhkan keadaan hubungan pasangan tersebut.

“Saya takut berita ini menjejaskan hubungan mereka, padahal saya langsung tiada kena mengena dalam perkara ini, saya tidak mahu digelar perampas.

“Begitu juga dengan Fizz, kami belum berjumpa lagi setakat ini dan kalau boleh saya tidak mahu disebabkan berita ini kami bermasam muka,” katanya yang bakal bergandingan dengan aktor tersebut untuk drama Stanza Cinta.

Tambahnya, disebabkan berita tersebut, banyak tohmahan dan gangguan telefon yang diterimanya daripada peminat yang tidak suka tentang perkara tersebut.

“Ada mesej dan gangguan telefon yang marahkan saya tentang perkara itu, padahal mereka tidak mengetahui perkara sebenar.

“Mungkin juga peminat-peminat mereka yang tidak suka perkara ini dan menganggap ia benar terjadi,” katanya.

Bongkar Dalang Pengedaran Video Lucah "Datuk T", 10 Ketua Kampung Buat Laporan Polis..



KUALA KUBU BARU 25 MEI : Semakin ramai pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Selangor menerima video seks Datuk T untuk menfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taktik kotor pihak tertentu untuk menghakis sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sepuluh ketua kampong baru di DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis setelah menerima rakaman fitnah itu dalam bentuk VCD menerusi pos, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili. TVS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.