Hero Bollywood terkenal, Salman Khan, kini berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah membunuh seorang gelandangan di Mumbai dalam insiden langgar lari pada waktu malam pada tarikh 28 September 2002.
Mempunyai pengaruh yang amat kuat, Salman yang sebelum ini dipuja kerana karismanya sebagai hero pada mulanya didakwa atas kecuaian ketika memandu tetapi ia telah ditukar kepada homisid salah(wajib salah) namun Salman telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.