BERAPI!!! Berita Utusan Online Laporkan: "Teresa Kok Ditampar Lepas Ceramah", Peliknya Tetiba Berita Tu Dipadamkan, Jom Terjah!!!


PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan ceramahnya sebentar tadi.

Teresa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi ceramah berkenaan manakala lelaki terbabit berjaya melarikan diri. - UTUSAN ONLINE

Namun begitu apabila link dibuka, berita tersebut telah dipadam... Kenapa berita tersebut dipadam, bimbang disaman… atau mungkin Utusan membuat rujukan daripada blog macai Pro UMNO...

LAPORAN LANGSUNG Dari Mahkamah Rayuan : Rayuan Pihak Pendakwaan Terhadap Pembebasan DS Anwar.. Jom Terjah!!!


Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG

11am Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

“Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.

Mahkamah berhenti rehat 15 minit.

PANAS!!! Kes Rayuan Liwat II Bermula Hari Ini, Usaha DS Anwar Tangguhkan Prosiding Gagal Lagi... Jom Terjah!!!


Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim gagal dalam usaha pada saat akhir untuk menangguhkan prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan pembebasannya dalam kes Liwat II.

Anwar memohon penangguhan prosiding mahkamah esok sementara menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan kali ketiganya untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.