Al-Fatihah: KPP JSJ Komersial PDRM Maut


KUALA LUMPUR 5 Feb [9.00 am] - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim (foto), maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu. Pemandu lori berkenaan dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk berehat. Akibat rempuhan itu, Mohd Hazam, 50 yang duduk di hadapan sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, Lans Koperal, Asminto Salimin, 27 yang turut cedera parah dalam kemalangan itu. Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah selesai bermesyuarat di Ipoh, Perak. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala Asminto dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Difahamkan, jenazah Mohd Hazam akan dihantar pulang ke kediamannya di No.1 Jalan TTJS, 3/1C, Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.