DS Ustaz Azizan berharap pilihanraya kecil Kota Siputeh jadi kenyataan

ALOR SETAR, 28 Julai - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berharap Pilihan Raya Kecil (SPK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dapat diadakan dalam masa terdekat supaya rakyat kawasan itu mempunyai wakilnya segera bagi menyelesaikan beberapa kes tertunggak.
“Buat masa ini Kerajaan Negeri melantik Ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Hitam YB Ustaz Abd Ghani Ahmad sebagai ADUN angkat kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Kerajaan Negeri menerima notis daripada Mahkamah Rayuan yang dihantar kepada peguam yang dilantik Kerajaan Negeri untuk memaklumkan prosiding kes itu.

“Notis dari Mahkamah Rayuan yang memaklumkan esok (29 Julai) tarikh menetapkan prosiding kes Kota Siputeh dan kita akan menghantar Penasihat Undang-undang dengan peguam mewakili Kerajaan Negeri untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan itu,” katanya.

Ini kerana Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan prosiding pengurusan kes Kota Siputih hari Khamis (29 Julai) terhadap rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh berikutan penyandangnya Dato’ Abdu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut.

Menurutnya, pihak mahkamah akan membuat prosiding pengurusan kes terlebih dahulu dengan meneliti dokumen-dokumen sebelum menetapkan tarikh perbicaraan isu DUN Kota Siputeh.

Sehubungan itu, tambahnya lagi, sekiranya keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri saya bimbang perkara ini akan berlarutan kerana Barisan Nasional sudah tentu akan membuat rayuan sekali lagi bagi menangguhkan PRK diadakan.

“Mereka akan membuat rayuan supaya kes ini dilengah-lengahkan seperti mana apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan PRK diadakan, mereka membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu,” katanya.

Bagi Menteri Besar, lebih elok diadakan PRK kerana keputusan kes ini berada di tangan penduduk Kota Siputeh menentukan sokongan mereka terhadap mana-mana pihak.

Pada 23 November tahun lepas Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-kuasa Khas) Datul Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguh perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pasa 16 November apabila mengistharkan kerusi Dun Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan ADUN lagi.

Beliau turut mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan PRK bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Mufti Perlu Juarai Isu Berkaitan Ummah Dan Agama

IPOH, 29 Julai: PAS Perak menggesa para mufti menjuarai semua isu berkaitan umat Islam di negara ini dengan merujuk sumber al-Quran dan as-Sunnah tanpa memilih dan tidak dipengaruhi mana-mana sentimen politik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, hanya tindakan sebegitu yang mampu mengelak sebarang label negatif oleh rakyat terhadap mufti.

Menurutnya, label negatif terhadap mufti yang berlaku hari ini adalah akibat mereka dilihat hanya menjuarai isu-isu yang berkepentingan bagi pihak Umno BN dan senyap dalam isu-isu besar membabitkan pemimpin negara.

"Apabila mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat, tiba-tiba sekarang mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka.

"Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi Umno," katanya merujuk kepada kes menimpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Murfti juga, menurutnya dilihat hanya bersuara dalam isu murtad sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang juga memerlukan penjernihan semasa daripada ulama.

Rakyat katanya, mahu melihat mufti lebih dari itu iaitu turut memberi pandangan berhubung salah laku elit dalam sistem kehakiman negara dan agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

"Ini perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam negara ini untuk menuju negara yang diredhai Allah.

"Kecuali dalam isu murtad. Rakyat tertunggu-tunggu respons dan teguran mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin Umno, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan dan Terengganu 1999), kes perangkap seks dan rasuah oleh Umno dan SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin-pemimpin Umno, dan penggadaian kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei oleh Umno BN," katanya.

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, beliau juga melahirkan kekesalan terhadap 'sebahagian kecil' warga negara ini yang didakwanya terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau terhadap Mufti Perak.

Bagaimanapun dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh mufti tersebut, beliau menyarankan kepada Harussani menjernihkan segera suasana agar beliau tidak terus dipandang serong oleh masyarakat.

Ahli Majlis MPK Diarah Bercuti Atas Dakwaan Salah Laku

SHAH ALAM, 29 Julai – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ahli majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Exco bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Beliau berkata Tee akan bercuti bermula esok sehingga satu tempoh yang akan diberitahu.

“Tee (gambar) sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis konvokesyen ke-9 Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Semalam, Tee dalam satu kenyataan menafikan beliau adalah ahli majlis MPK yang dimaksudkan itu.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan menghukum seseorang itu sehingga siasatan mendapatinya bersalah.

“Jika didapati bersalah kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Sementara itu, mengenai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga sedang membuat persediaan untuk mengambil tindakan serupa.

“Kita juga akan ambil tindakan terhadap Syabas kerana kegagalan memberikan perkhidmatan yang dijanjikan. Boleh jadi kita jumpa di mahkamah,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Lee Miang Koi berkata Syabas akan menyaman kerajaan negeri bagi menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air dan sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion. – Bernama

Apa Nak JadiNie... Pelajar Tingkatan Dua Rakam Adengan Lucah Di Surau Sekolah

KUCHING: Belumpun reda isu aksi panas artis Indonesia, Ariel dan Luna, orang ramai di negeri ini digemparkan pula dengan penyebaran adegan seks oral membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak.

Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.

Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.

Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah ke sekolah
lain di Kuching akibat terlalu malu, sementara pelajar lelaki terbabit masih menuntut di sekolah sama.

Katanya, ada pihak memuat turun rakaman itu ke internet menyebabkan ia kembali menjadi tumpuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah lama berlaku dengan tindakan tegas sudah diambil ke atas dua pelajar berkenaan.

Skandal PKFZ: Bekas Menteri Pengangkutan Didakwa Menipu, Dibebas Dengan Jaminan Bon Peribadi RM1juta

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.

Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua y

ang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

Kenapa Farah Azlina (Timb. Pendakwa Raya) Batalkan Perkahwinannya, Walaupun Tarikh Kahwin Lagi Seminggu?.. Ada Cerita Disebaliknya...

Pemindahan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dari Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan 'hubungan romantis' dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang kedua buatnya dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut sumber, beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat.

Bagaimanapun setakat ini belum dipastikan kali ini bahagian mana beliau akan dipindahkan berikutan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Selasa lalu.

Selain Bahagian Pendakwaan, Rayuan dan Perbicaraan, terdapat lapan lagi bahagian, termasuk Hubungan Antarabangsa, Penggubalan, Penasihat, Kajian, Semakan dan Reform Undang-undang, Sivil dan Pengurusan.

Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbranya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web
Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Pertunangan dibatalkan

Sebelum kejadian itu, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.

Sesetengah pihak juga dikatakan tidak senang dengan tindakan Abdul Gani yang memindahkan Farah Azlina dari Bahagian Pendakwaan sebelum siasatan terperinci dijalankan.

Adalah dipercayai Mohd Saiful yang dikatakan telah bertunang dengan seorang personaliti media mungkin mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan apabila “kena pada waktunya.”

Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Beliau mengambil alih tugas itu tetapi tidak terlibat dengan pendakwaan, kata Abdul Gani.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar bersambung Isnin ini dan isu 'hubungan romantis' Farah Azlina dengan Mohd Saiful dijangka akan menjadi tumpuan.

Ini berikutan surat dari peguam Anwar kepada Abdul Gani dan Peguam Cara II Negara, Datuk I Mohd Yusof Zainal Abiden, yang juga adalah ketua pendakwa -- menuntut penjelasan berhubung 'hubungan romantis' itu.

Kerajaan Negeri Akan Disaman Syabas... Lagi 18 Bulan Nasib Orang Selangor Tak dapat Hidup Rezab air Dah Tak Ada....

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

“Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.

Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

“Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.

“Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi,” katanya.

— Bernama

Lagi Langkah Terdesak UMNO Yang Silap....

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah “terdesak Umno-BN” yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.

“Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat,” kata Aziz (gambar) ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini.

“Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa,” katanya Aziz lagi.

Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam.

“Kita mahukan satu perkhidmatan awam yang berkecuali, kita berkompromi dengan aspek keberkecualian dengan mengeluarkan perintah baru ini,” kata beliau lagi.

Keputusan terbaru ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambah beliau lagi.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Mengulas lanjut mengenai aspek keberkecualian, Aziz tidak menolak kemungkinan elemen salah guna kuasa dengan memihak kepada parti-parti politik tertentu akan wujud dalam jangka panjang jika langkah baru ini dilaksanakan.

“Kini pun masalah ini sudah wujud, misalnya di universiti-universiti awam yang mengguna pakai AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), sangat jelas kewujudan salah guna kuasa di mana naib-naib canselor boleh menentukan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam politik atau tidak.

“Jangan beritahu saya yang naib canselor tidak boleh menentukan sama ada permohonan seseorang untuk menyertai aktif dalam PKR, PAS diluluskan atau tidak, sudah pasti Umno,” kata beliau dengan menambah, persekitaran politik semasa jauh berbeza ketika negara merdeka.

“Sekarang kita ada jumlah yang ramai, yang berminat untuk aktif berpolitik,” kata beliau dengan merujuk bilangan yang berpendidikan cukup tinggi berbanding lima dekad lalu di mana negara bergantung kepada golongan pendidik semata-mata.

Sehubungan itu tegas beliau, golongan pendidik yang berminat untuk aktif berpolitik seharusnya berhenti dari perkhidmatan perguruan.

“Saya tidak tahu apa kajian yang dibuat dan apa alasan yang digunakan dalam mengambil keputusan ini, tetapi (Menteri Pelajaran) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjawab perkara ini,” katanya.

“Ini satu perkara yang nampak tidak betul, keputusan ini membawa mesej bahawa ia akan memburukkan perkhidmatan awam,” kata Aziz yang turut menekankan bahawa beliau hairan dengan makluman Ketua Setiausaha Negara yang gagal menangani isu Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus.

Katanya lagi, pengumuman yang dibuat oleh Mohd Sidek, yang sudah pasti dibuat atas keputusan Kabinet, telah menghakis prinsip keberkecualian dalam perkhidmatan awam.

“Mutu perkhidmatan awam patut diperkasakan, bukannya dihakis,” katanya lagi.

Ketika ditanya bukannya langkah terbaru ini akan menguntungkan kesemua parti politik negara ini, Aziz berkata, “atas kertas mungkin betul”.

Bagaimanapun tegas Aziz, beliau melihat kerajaan pusat mengambil tindakan ini kerana kemungkinan berhadapan dengan masalah ketandusan pemimpin yang berkualiti.


Jika YB Lunas Tak Hadir 12 Syawal Nanti ke Mahkamah, Waran Tangkap Boleh Dikeluarrkan...

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes tuntutan permohonan pengesahan nikah yang difailkan oleh isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh.

Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab menetapkan tarikh itu selepas Sharifah Mohd Jahaya, 40, yang mewakili dirinya sendiri memaklumkan bahawa pihak responden, iaitu Mohammad Radzhi Salleh yang juga suaminya tidak hadir, semalam.

Difahamkan, Mohammad Radzhi tidak hadir ke mahkamah kerana notis permohonan dan afidavit tidak dapat diserahkan kepada responden.

Mahkamah memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada responden supaya hadir pada hari sebutan semula, setelah mahkamah menolak permohonan notis menyerahkan saman secara penyampaian ganti oleh pemohon.

Mahkamah akan menyerahkan notis secara kendiri, dan sekiranya responden gagal hadir pada hari berkenaan, mahkamah akan memutuskan semula sama ada perlu dikeluarkan waran tangkap kerana mahkamah tetap mahu responden hadir pada hari sebutan kes.

Kes dikendalikan di bawah Seksyen 6 Enakmen Aturcara Mal Islam 1979 Negeri Kedah.

Pasangan ini bernikah pada 23 Oktober 2008 di Thailand berwalikan jurunikah bertauliah dari Wilayah Songkhla dan kini dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.

Sharifah ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, responden enggan hadir di mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka, justeru dia membuat permohonan sendiri untuk menjaga kebajikannya sebagai isteri.

“Saya mahu daftarkan pernikahan ini di Malaysia supaya nasib saya dan anak kelak terbela, sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Selebihnya saya tidak boleh ulas kerana tidak mahu mengganggu perbicaraan kes kelak,” katanya.

Thailand Yang Kacau Bilau Pun Boleh Dapat Pelaburan Lebih Tinggi Dari Malaysia


Sedar atau tidak, Thailand yang huru hara dan melalui rampasan kuasa tentera nampaknya berjaya menarik pelaburan asing JAUH LEBIH TINGGI dari Malaysia. Selama ini UMNO kerap memainkan fitnah kononnya pembangkang suka buat huru hara, rupanya Thailand yang huru hara berjaya mengaut pelaburan asing yang lebih tinggi dari Malaysia.

Ini jelas menunjukkan penipuan UMNO selama ini. UMNO kerap mengatakan pelabur asing tidak akan masuk ke MAlaysia sekiranya ada demonstrasi dan tunjuk perasaan berterusan. Hakikatnya, UMNO takut rakyat berdemo memprotes tindakan UMNO mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.


Bayangkan, sepanjang 4-5 tahun lepas, bukan sahaja berlaku demonstrasi, kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan undang-undang darurat kerana keadaan begitu tidak terkawal. Malahan, IMF telah menganggarkan pertumbuhan ekonomi Thailand mencecah 7% pada tahun 2010, yang mana dalam tahun yang sama berlaku demonstrasi besar-besaran yang menyebabkan Lapangan Terbang Thailand terpaksa ditutup dan kota Bangkok lumpuh.

Para demonstran bukan sahaja menutup Lapangan Terbang Bangkok, mereka juga menyerbu Parlimen Thailand. Jangan kita lupa, kebangkitan rakyat Pattani di Selatan Thailand yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Di Haatyaai, pergi ke mana-mana kampung Melayu, semua orang bersenjata. Pakai kain pelikat pun, mereka bawa pistol. Pergi surau pun bawak pistol. tapi, pelaburan di Thailand kedua tertinggi di ASIA Tenggara. Pada enam bulan pertama 2010, pertumbuhan ekonomi Thailand berada pada tahap 10%.

UMNO TAKUT RAKAYT PROTES AMALAN KORUPSI MEREKA

Hakikatnya UMNO takut dengan tindakan rakyat menentang cara mereka menggunakan kekayaan negara untuk mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Mereka takut jika rakyat turun ke jalanraya, mereka tidak dapat meneruskan aktiviti mereka mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

Pelabur asing mahu melabur di negara yang membawa keuntungan kepada mereka. Mereka tidak boleh melabur di negara di mana kehakiman negara boleh dipergunakan sewenangnya oleh parti pemerintah untuk memfitnah Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat yang kedua.

Kalau kehakiman dan sistem undang-udnang di Malaysia tidak boleh dipercayai, bagaimana pelabur hendak melabur di Malaysia?

Jelas, selepas 1997, UMNO telah gagal menukar ekonomi Malaysia menjadi lebih berdaya maju dan lebih daya saing. Hasilnya, pelabur asing menarik pelaburan mereka di Malaysia.

Apa yang UMNO buat selepas 1997 hanya menggunakan wang rakyat untuk menyelematkan kroni2 dan UMNOPUTRA yang telah bankrap dan menuju ke dalam gaung. "COntigent Liability" sahaja yang ditanggung oleh rakyat Malaysia selepas MAhafiraun menyelamatkan kroni2 beliau berjumlah RM800 juta (kalau tidak silap saya).

PELABUR ASING BENCI AMALAN KORUPSI UMNO

Pendek kata, perangai UMNO mengkayakan kroni2 ini dilihat oleh para pelabur asing. Melihat perangai UMNO tidak berubah-ubah, maka para pelabur asing membuat keputusan meninggalkan Malaysia.

Bayangkan, sekarang ini, bilangan pelaburan yang keluar dari Malaysia JAUH lebih tinggi berbanding jumlah pelaburan yang masuk.

Mengikut Idris Jala dan juga NEM serta RMK10 Najib, harapan Malaysia untuk keluar dari "middle income economy" kepada "high income economy" adalah bergantung semata-mata kepada pelaburan asing.

Barang diingat, duit minyak kita akan habis sekitar 2011. Pekerja2 di Petronas sekarang ini boleh memberitahu para pembaca bahawa Petronas sudah pun memulakan operasi mengurangkan pekerja.

Ertinya, sekiranya kemasukan pelabur asing terus menjunam sebegini, kemungkinan besar Malaysia akan bangkrap jauh lebih awal dari 2019.

Tiada jalan lain untuk menyelamatkan Malaysia kecuali UMNO dihumban ke Laut Cina Selatan secepat mungkin.

Semoga UMNO dimatikan Allah SWT secepat mungkin. AMINNNN!!!!

Tulang Besi

TM Liga Super: Kenari Terbang Tinggi Lagii... Nampaknya Dah Makin Terlambat...






KEDAH 3 - 0 PAHANG

T-TEAM 1 - 2 SELANGOR

KELANTAN 4 - 1 KL PLUS

JOHOR 0 - 4 JOHOR FC

PERAK 0 - 1 K.LUMPUR

P.PINANG 0 - 3 N.SEMBILAN

KEPUTUSAN 27/07/10

PERLIS 2 - 4 TERENGGANU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.