Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Inilah Rupa Penyanyi Rock dan Pasangannya Ditahan Reman Dakwaan Miliki Ganja


PENYANYI kumpulan rock dan pasangannya (kiri) dibawa keluar dari mahkamah di Melaka, hari ini selepas dikenakan tahanan reman atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu.

- Foto Nashairi Mohd Nawi

AYER KEROH: Seorang vokalis kumpulan rock terkenal tanah air ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, dekat sini, jam 5.20 petang semalam.

Beliau yang berusia 42 tahun ditahan reman bersama isterinya yang berusia 41 tahun, mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a), akta sama.

Kebenaran menahan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad, kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Mengikut fakta, pasangan ini ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3, dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, susulan makluman awam.

Hasil serbuan itu, polis menemui 122 gram ganja dan satu gram syabu.

Turut bersama pasangan ini adalah seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun.

‘Bread And Butter’ Punca Amarah Rakyat Terhadap Penguasa

Oleh ZULKIFLI YAHAYA




Kebangkitan rakyat Tunisia mengejutkan dunia. Kezaliman Presiden Zainal Abidin dikatakan punca kepada sebuah kebangkitan besar rakyat menggulingkan pemimpin negara.

Jika kezaliman dikatakan menjadi punca rakyat bangkit secara bersepadu, mengapa ia tidak berlaku di beberapa negara Arab yang lain yang juga diperintah secara diktator? Bahkan Sadam Husein yang zalim itu, tidak berjaya dijatuhkan oleh rakyat sendiri. Ia dijatuhkan oleh kuasa luar. Presiden Syria Hafiz Al-Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan rakyat di Hamma, namun kerajaannya tidak tumbang melalui kesepaduan kuasa rakyat.

Presiden Zainal Abidin tidak memulakan kezaliman terhadap rakyat Tunisia pada tahun 2010, sebaliknya sejak 23 tahun yang lalu. Hanya baru sekarang dia dijatuhkan. Ertinya zalim saja tidak cukup untuk sesebuah kuasa dijatuhkan.

Kejatuhannya mula bersemarak dari peristiwa seorang peniaga buah Mohamad Bouazizi membakar diri kerana kesempitan hidup. Dia dilarang berniaga di tepi jalan oleh pihak penguasa, sedangkan sumber pendapatannya yang sedikit itulah diguna untuk menyara keluarga. Api yang membakar Bouazizi rupanya turut membakar hati seluruh rakyat Tunisia yang sedang dihimpit tekanan ekonomi. Isunya ialah tekanan ekonomi rakyat, soal makanan dan perut yang lapar.

Terdapat ramai pemimpin gerakan Islam di Tunisia tapi mereka tidak mampu mengembeling kuasa rakyat menumbangkan kerajaan yang zalim, melalui cara yang sah atau sebaliknya. Kerajaan zalim itu tidak tumbang melalui semangat Islam ataupun semangat isme ciptaan manusia. Namun ia boleh tumbang gara-gara isu ‘bread and butter’.

Terbaru, Mesir turut menerima tempias kebangkitan rakyat menentang kerajaan. Semuanya berpunca dari tekanan ekonomi yang teruk melanda rakyat. Ikhwanul Muslimun boleh dianggap sebagai ‘guru’ kepada semua gerakan Islam di dunia tapi isu ‘bread and butter’ rupanya lebih berkesan menggerakkan rakyat bangkit di jalanraya, berbanding semangat Islam yang dipasak oleh Ikhwanul Muslimun di kalangan rakyat. Perut yang lapar mampu membuat manusia bertindak di luar kenormalan.

Sejak Revolusi Bolshevik di Russia, banyak sudah kerajaan-kerajaan di atas dunia ini yang jatuh kerana isu tekanan ekonomi yang dirasai rakyat bawahan. Kezaliman pemerintah mungkin jadi punca, tetapi isu ‘bread and butter’ yang menyempurnakan kejatuhan.

Hari ini dunia sekali lagi sedang dilanda krisis ekonomi atau lebih tepat lagi isu kenaikan harga barangan makanan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (Food and Agricultural Organisation, FAO) memberi amaran bahawa dunia sedang menghadapi krisis kenaikan harga barang. Kenaikannya melonjak ke aras tertinggi bulan lalu, memecahkan rekod krisis kenaikan tahun 2007-2008.

Pertubuhan itu membayangkan bahawa krisis harga makanan tersebut akan meningkatkan krisis ekonomi dan politik di negara-negara membangun. Krisis seterusnya dijangka merebak ke negara-negara Eropah.

Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak mengimport makanan dari luar lebih cepat terasa. Kini kenaikan harga barangan terutamanya makanan sudah tidak terbendung lagi. Ia dijangka berlarutan untuk beberapa tahun. Orang biasa pun menggunakan lebih 50 peratus dari pendapatannya untuk makanan. Orang miskin lebih lagi, mereka mengguna lebih 80 peratus untuk makanan. Habis di mana sumber yang mereka akan gunakan untuk keperluan lain seperti pengangkutan, pendidikan, pakaian, utiliti dan sebagainya?

Setiap orang yang berbelanja di pasar akan keluar dengan dahi berkerut. Tiada apa sangat yang boleh dibeli dengan sehelai wang kertas RM50. Ia cuma lebih baik sikit dari wang Jepun cap pokok pisang. Semua ini adalah satu penyeksaan terhadap rakyat jelata.

Tidak semua rakyat terasa bila orang politik bercerita mengenai PAS berkawan DAP, non Muslim masuk masjid, wakil rakyat lompat parti, baling kerusi dalam mesyuarat agung parti dan sebagainya. Tapi soal kesempitan akibat kenaikan kos hidup akan dirasai semua orang sekalipun orang politik tidak bercerita.

Rakyat Malaysia boleh diberitahu bahawa kenaikan harga barangan makanan adalah disebabkan faktor luaran. Isu global konon-kononnya. Tapi rakyat yang saban hari dimomokkan dengan kehebatan kerajaan BN menjana ekonomi tidak sudi untuk mendengar alasan yang dibuat dalam dua piawaian; bila ekonomi hebat itu kerja BN, jika teruk itu angkara pihak luar. “Kenaikan harga barang pun tak reti nak kawal, jadi kerajaan apa? lebih baik turun bagi orang lain naik.” Begitulah antara kata-kata yang tersusun di forum alam maya.

Mahu tidak mahu, kenaikan harga barangan terutamanya makanan akan memberi impak yang sangat mendalam terhadap penolakan rakyat terhadap BN selaku pemerintah. Sementelahan pula BN sudah terlalu lama memerintah melebihi rekod Zainal Abidin di Tunisia dan Hosni Mobarak di Mesir.

11 kali pilihanraya umum, rakyat kuat menyokong BN lantaran mereka berada di zon selesa. “Buat apa nak tukar kerajaan, ekonomi tiada masalah.” Pilihanraya ke 12, BN hampir tertolak. Antara puncanya ialah kenaikan harga minyak dan barangan.

Ekonomi kini lebih teruk berbanding tiga tahun lalu. BN sedar bahawa retorik ‘ketuanan Melayu’ saja tidak cukup jika rakyat kelaparan. Sebab itu Najib sanggup berhabis-habisan untuk membeli sokongan rakyat.

Bagi Pakatan Rakyat, jika isu ‘bread and butter’ jadi pemangkin terbaik rakyat menolak BN, tunggu apa lagi, gunakan sebaik-baiknya itu tersebut, pemangkin terbaik untuk menamatkan hayat BN.

Jom Lihat Sembahyang "Ultraman"

Zizie Ezette Isteri Kedua Bung Mokhtar Ditahan Diwad Tanpa Suami Disyaki Demam Denggi

Zizie Ezette

PETALING JAYA: Aktres popular Zizie Ezette Abd Samad, 32, (Zizie) kini ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, selepas disyaki menghidap demam denggi.

Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, dia dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu selepas mengalami demam yang teruk semalaman.

"Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri.

"Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital," katanya sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa.

Walaupun masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada doktor, beberapa simptom seperti muntah, sakit sendi, keluar bintik-bintik merah di kulit dan cirit-birit yang dialaminya itu menjurus kepada demam denggi.

"Selepas pemeriksaan darah semalam, doktor memberitahu simptom yang saya alami ini menjurus kepada demam denggi. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi daripada doktor.

"Saya kena tunggu sehingga esok atau lusa untuk pengesahan sama ada benar-benar dijangkiti demam denggi atau sebaliknya," katanya yang percaya mendapat penyakit itu ketika bercuti ke Filipina bersama suaminya, baru-baru ini.

Regim Hosni Mubarak Masih Berdegil Untuk Undur - Rakyat Teruskan Protes : Video & Gambar2 Terkini














KAHERAH 2 Feb. – Presiden Hosni Mubarak dalam ucapannya semalam berkata, dia akan berundur pada pilihan raya yang dijadualkan pada September akan datang.

Bagaimanapun beliau akan terus berada di pejabatnya untuk bertemu para penunjuk perasaan bagi memenuhi tuntutan mereka sepanjang tempoh itu, lapor televisyen Arab.

Laporan berita itu bagaimanapun tidak menyebutkan sumbernya. - Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.