PENYANYI kumpulan rock dan pasangannya (kiri) dibawa keluar dari mahkamah di Melaka, hari ini selepas dikenakan tahanan reman atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu.
- Foto Nashairi Mohd Nawi
AYER KEROH: Seorang vokalis kumpulan rock terkenal tanah air ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, dekat sini, jam 5.20 petang semalam.
Beliau yang berusia 42 tahun ditahan reman bersama isterinya yang berusia 41 tahun, mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a), akta sama.
Kebenaran menahan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad, kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Hasil serbuan itu, polis menemui 122 gram ganja dan satu gram syabu.
Turut bersama pasangan ini adalah seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun.
0 comments:
Post a Comment