Sebak Dan Pilu: Inilah Ucapan Terakhir Yang Ku Ikuti Dari YAB TS Ustaz Azizan Razak, Selepas Selesai Hari Penamaan Calon.. Jom Ikuti!!!


Ini ucapan terakhir yang sempat ku ikuti dari Tan Sri Ustaz Azizan, Pesuruhjaya PAS Kedah di Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Parlimen Jerai selepas selesai proses penamaan calon di siang hari.

Terkini!! (Gambar2 & Video) Airmataku Menitis Lagi: Jenazah TS Ustaz Azizan Disembahyangkan Ribuan Manusia Dengan Diimamkan Anak Sendiri... Jom Saksikan!!!





Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.




Kemaskini!!! Sayu Dan Memilukan : TS Ustaz Azizan Abdul Razak Telah Kembali Ke Rahmatullah Jam 11.10 Pagi.. Takziah!!!


Innalillah hi wainna ilai hi rohjiun...

Dari Allah kita datang dan kepada allah kita akan dikembalikan....

Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali kerahmatullah jam 11.10 pagi tadi...


Al Fatihah


"Wahai Allah, ampunilah pemimpinku Ustaz Haji Azizan, naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya."




update: diberitakan akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena bersebelahan makam Allahyarham Dato' Ustaz Fadhil Noor petang nanti.

sekarang dalam proses menguruskan jenazah oleh pihak hospital sultanah bahiyah..lepas zohor akan dibawa ke markas pas jln langgar untuk rakyat ziarah

Solat Jenazah Ustaz Azizan akan diadakan selepas solat Asar di Markaz PAS Pokok Sena, Langgar. Pengkebumian jenazah di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.


Tahniah!!! (Gambar2) Adam AF dan Fiza Elite Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz Pagi Ini.. Jom Terjah!!!

Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
adam afSelamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Gempar!!! Ketua Pemuda PAS Malaysia Tewas Pertandingan Jawatan Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Indera Mahkota.. Jom Terjah!!!

Nasrudin Hasan kalah bertanding jawatan peringkat PAS kawasan

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan yang disebut-sebut akan dipertaruhkan merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan kepimpinan parti itu November nanti tewas dalam pemilihan jawatan di peringkat kawasan.

Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.

Terkini!!! Tan Sri Ustaz Azizan Masih Koma Dan Dalam Pemantauan Rapi.. Pakat2 Berdoa Moga Kembali Pulih...


ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi.

“Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi.

Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.