Polis siasat kematian pelajar RMC sebagai kes bunuh

Polis akan menyiasat kes kematian seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) awal pagi ini sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

Peguam dan 2 Yang Lain Tarik Balik Aduan Terhadap KM S'wak

Tiga rakyat Sarawak hari ini menarik balik laporan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas pihak SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.

Tiga pengadu itu - Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming - mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

"Mereka memberikan alasan tiada peruntukan undang-undang bagi membolehkan salinan diberikan (kepada pengadu). Tetapi bila kami soal kembali mereka gagal menunjukkan peruntukan berkenaan," kata Ahmad Nazib.

Ahmad Nazib, James dan Ting hadir di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian bagi melaporkan dakwaan-dakwaan terhadap Taib yang tersiar dalam sebuah laman web beralamat www.sarawakreport.org.

Aduan mereka diambil oleh timbalan pengarah SPRM negeri Yip Pit Wong sendiri, tambah Ahmad Nazib yang juga seorang peguam.

Ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Nazib (kiri) berkata mereka memutuskan untuk tidak meneruskan laporan itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai bertugas bahawa kes itu "berprofil tinggi".

"Kita tidak mahu terdapat usaha pengubahsuaian atau apa-apa terhadap laporan itu," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazib menambah, sebagai rakyat Sarawak yang prihatin, mereka akan kembali lagi dengan aduan bertulis berhubung aduan yang sama - sama ada di SPRM cawangan yang sama atau di ibu pejabatnya di Putrajaya.

"Kita akan hantar semula dan dapatkan cop penerimaannya," jelasnya sambil memberitahu tarikh dan masanya akan diberitahu kemudian.

Ditanya tentang kewibawaan maklumat yang menjadi asas dakwaan laporan mereka, Ahmad menjawab: "Kami tidak tahu. Tetapi ia sudah menjadi berita".

James pula menjawab soalan yang sama berkata: "Sebab itu kami minta siasat."

Apa Dah Jadi... Pemuda Umno juga protes lesen judi sukan bola .. Jom Join GMJ

TAWAU, 24 Jun — Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di sini hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

“Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

“Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam,” katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka Berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

“Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno),” katanya. — Bernama

‘Pusat tak hukum pengikut wahabi, tapi jadi isu peribadi’

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pentadbiran Najib menafikan dakwaan yang pihaknya memulakan tindakan menghukum pengikut fahaman wahabi, sebaliknya apa yang berlaku sekarang lebih mirip agenda peribadi seorang ulama kerajaan terhadap pihak-pihak tertentu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan tidak pernah mengaitkan pengikut fahaman wahabi dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

“Jemaah Islamiyah dan fahaman wahabi telah disalah tafsir, menyebabkan kedua-duanya dikaitkan dengan keganasan.

“Saya tidak fikir adalah betul untuk melabel mana-mana pihak atau organisasi dengan fahaman wahabi, dengan mengatakan ia ada kaitan dengan keganasan,” kata Saifuddin ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menjawab soalan ketika sesi soal jawab lisan, beliau memberitahu, oleh kerana hujah dalam isu ini jelas maka tidak wajar melabelkan empat orang yang terlibat dengan wahabi atau pengganas.

Ketika Saifuddin menjawab demikian di Dewan Rakyat, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan nama dua pemimpin politik termasuk Presiden PAS dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

“Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat,” kata Zamihan.

“Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

The Malaysian Insider difahamkan selain Asri, Zamihan turut mengaitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan JI.

Zamihan juga mempersoalkan bagaimana boleh berlaku “kebocoran” perbincangan sesi taklimat itu sedangkan ia adalah sulit dan menyifatkan dakwaan itu sebagai rekaan untuk menimbulkan salah faham.

Dalam penjelasannya, Saifuddin mendakwa Zamihan mempunyai agenda peribadi dengan bekas menteri besar Perlis.

“Orang yang memberikan taklimat ini mempunyai isu peribadi dengan Shahidan... bagaimana isu peribadi ini berubah menjadi isu keselamatan nasional.

“Saya bimbang ini akan berubah menjadi Islamophobia,” kata Saifuddin.

Sehubungan itu timbalan menteri memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak akan membenarkan isu ini menjejaskan kebebasan intelektual dan akademi negara ini.

- TMI

Sejauhmana Kebenarannya... Dato' Siti Nurhaliza Pinjam Tekun Untuk Niaga

Nak Beli No Plate Kereta Sampai RM66,550 Mampu, Nak Berniaga Barang Make Up Pinjam Tekun

s

Oleh Satu Hala

Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni.

Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza.

Kononnya cintan maut habislah tu kan.

Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama.

Gasaklah hal Rozita Che Wan tu.

Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza.

Parasit adalah perkataan paling tepat.

Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti.

Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul.

Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini.

Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank.

Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar balik dia rendah dan murah, nak tumpang ambik kesempatan jugak tu.

Tekun tu biarlah untuk orang-orang Melayu yang baru nak merangkak dalam dunia perniagaan dan tidak ada duit yang banyak.

Ini, orang macam Siti Nurhaliza dan suami yang boleh berbelanja beli jam ratus-ratus ribu, nombor plate puluh-puluh ribu pun ada hati nak mohon jugak.

Memang parasit.

Sekali lagi penulis hendak tanya, ada keperluan ke untuk orang-orang seperti ini memohon?

Pengajaran di sini ialah kerajaan perlu tegas dalam memastikan dana Tekun yang semakin mengecut itu tidak disalurkan kepada golongan peniaga atau individu yang sebenarnya berkemampuan.

Jangan orang seperti Siti Nurhaliza ini pun hendak diberikan pinjaman jugak.

Tak tercapailah matlamat Tekun kalau macam tu.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.