Syahdu dan Pilu Di Airport: Pengacara 30 Minit Ustaz Don Berangkat ke Tanah Suci Bersama Keluarga Dan pra-produksi Untuk Program ‘Umrah Bersama Ustaz Don’



Kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, pendakwah muda terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berlepas dengan sekumpulan jemaah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.


Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi syahdu sebaik sahaja Ustaz Don membaca doa sejurus sebelum berlepas.

Panas!!! Penyenaraian FELDA : Dokumen Misteri Mulai Tersebar.. Ku Li Yakin Peneroka Berisiko Akan Hilang Hak...




Semalam, ketika upload satu gambar yang juga adalah salah satu dokumen yang terkandung dalam 66 [ atau 88, kurang pasti berapa helai sebenarnya ] dokumen perjanjian peneroka felda dengan felda, terdapatlah beberapa individu2 yang agak bangang memberikan komen bahawa dokumen tersebut adalah ;

1. Fitnah.

2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.

3. Takde bukti itu dokumen benar.

4. Tipu

Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2 aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.

Sekarang neh, meh kita bincang isu neh dalam2. Jangan dok pongpang cakap orang nak mendengki korang dapat rm15k atau apa. Takde masa aku nak DENGKI kejayaan korang dapat rm15k pun. Sedangkan rafizi cakap korang boleh dapat rm50k. Orang nak tolong korang dapat rm50k, korang cakap orang nak dengki korang dapat rm15k? 

Gambar2: Inilah Kerja Perkasa Di Pulau Pinang - Demo Mereka Cukup Selamat, Sanggup Kalung KM dalam "Upacara Pengebumian".. Jom Terjah!!!



Sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

NONEDiketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, kira-kira 30 orang berkumpulan di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Sepanjang perjalanan dengan motosikal, mereka membaling poster Lim ke jalan raya dan menyambung perhimpunan 15 minit lagi di Komtar.

Video Hot - Bila Mana Ibu Kandung Sendiri Menerajang Bayinya... Zalim Sangat Ibu Ini!!!




KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman wanita memukul bayinya.


Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai. 

“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

Saksikan video ini....

PAS Tolak Penubuhan Panel Bebas Siasat Insiden Bersih 3.0.. Kerajaan Ada Muslihat!!


Mahfuz berkata Suhakam merupakan pihak yang sepatutnya melaksanakan siasatan ke atas insiden Bersih 3.0. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menolak penubuhan panel bebas menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu kerana melihat ianya hanyalah helah menutup kesalahan kerajaan sewaktu menyuraikan peserta perhimpunan Bersih 3.0
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, kerajaan seharusnya menggunakan badan bebas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat insiden keganasan sewaktu Bersih 3.0 tempoh hari memandangkan kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar terhadap badan tersebut.

Penting: Jangan Sampai Hilang Fokus - 8 Tuntutan Harus Dipenuhi Kerajaan



KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.

"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.

BERSIH 3.0 - Inilah Hasilnya, Makin Tertekan Di Pihak Kerajaan.. Depa sanggup Buat Apa sahaja Demi Mengekalkan Kuasa...


Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara esok.

Menurutnya, keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Keputusan itu juga menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu pertemuan selama sepuluh minit hari ini.

NONELangkah itu juga diambil memandangkan Dewan Negara sedang membahaskan dua lagi pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas tiga pindaan di peringkat Dewan Rakyat sebelum ini, katanya.

"Kita lihat banyak penolakan (terhadap rang undang-undang itu). Ia jadi berserabut (dengan dua lagi cadangan pindaan di peringkat Dewan Negara).

"(Oleh itu) kerajaan buat keputusan untuk menarik balik rang undang-undang itu," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.