Gambar!! Pelakon Komedi Terkenal Nie Positif Dadah... Masih Belum Insaf Ker???

http://speakerpecah.blogspot.com

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek didapati positif dadah kanabis selepas seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu ujian pengesahan dadah tersebut kepada Mahkamah Majistret semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata, bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesahan dadah dikenali sebagai Thin Layer Chromatography (TLC).

Selain Saiful Apek, tiga lagi suspek lain iaitu Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 , Shaiful Baharom, 24 dan Noremy, 28, didapati positif dadah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Disoal Timbalan Pendawa Raya, Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan pada Jun 2010.

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya. 

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja.

Kesemua suspek dituduh melakukan kesalahn itu di Pejabat Bahagian Siasatan jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, kira-kira jam 11.00 malam, 12 Jun 2010.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apek serta tiga raknnya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan akan bersambung pada 10 Mei 2012 ini.

Panas!!! Tindakan Undang2 Terhadap Justin Bieber Akibat Gurauan Terlampau...


HOLLYWOOD: Justin Bieber berdepan dengan tindakan undang-undang kerana gurauan telefon.

Penyanyi remaja itu mengiklankan nombor telefon, dengan dua nombor terakhir dipadam di laman Twitternya dan meminta kesemua 19 juta peminatnya “menelefonnya sekarang.” 

Ketika berjuta-juta peminatnya cuba meneka dua nombor terakhir, dua warga Texas berkata mereka dihujani dengan panggilan daripada remaja perempuan setiap masa. 

Twitter itu dipadam dengan cepat tetapi kedua-dua pengadu itu berkata ia perbuatan bodoh dan panggilan tetap diterima.

Peguam yang mewakili dua pengadu, seorang wanita bernama Dilcie dan lelaki bernama Kent, berkata “tahap kesabaran anak guam mereka semakin menipis selepas menerima 1,000 panggilan dan mereka mahu diberi pampasan kerana gurauan itu.”

Mereka juga mencadangkan Bieber memohon maaf kepada dua pengadu itu, memberi mereka tiket konsert, wang tunai dan tawaran untuk projek online Kent. 

Justin memang terkenal kerana minatnya bergurau dan pernah muncul dalam rancangan “Punk’d” dan meyakinkan Taylor Swift dia secara tidak sengaja meletupkan sebuat bot yang digunakan untuk majlis perkahwinan. 

Sumber: news.com.au

Pendedahan Panas!!! Inilah Wajah Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka Yang Didakwa Minta Habuan Seks Dan Rasuah Wang Dari Wanita Melayu...


Zullias diiringi keluar dari mahkamah


AYER KEROH - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta wang rasuah dan habuan seks dari seorang wanita, dua tahun lalu.

Zullias Rasid Manan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar.

Bagi pertuduhan pertama, Zullias seorang bekas kakitangan Maim berjawatan Pekerja Rendah Am, didakwa dengan niat telah memperoleh satu suapan daripada seorang wanita, Siti Aishah Mohd Yusoff, sebanyak RM1,500 sebagai upah melakukan satu perkara bertentangan dengan prinsip kerjanya.

Suapan itu didakwa adalah sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes tangkapan kesalahan di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan tempat letak motosikal di

belakang Dataran Pahlawan, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meminta rasuah dalam bentuk perkhidmatan seks daripada wanita sama di sebuah bilik hotel di Ujong Pasir pada 13 Februari 2010.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili dua Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor, mencadangkan supaya ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menantikan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 April depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.