Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Tak Payah Layan Apa-apa Biarpun Orang Nak Membunuh.. TG Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan yang menyentuh isu peribadinya termasuk ugutan membunuh dilaporkan dalam laman sosial Facebook.

Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella, lapor Bernama.

Ketika ditanya pemberita Nik Aziz hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.

"Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya)," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-'Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap Nik Aziz itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.

Hebat Perdana MenteriKu... Obama teringin berjumpa denganNya... Tapi Mengapa Di US Tidak Di KL

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu hari ini bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Saya tidak tunduk kepada beliau sepertimana didakwa oleh parti pembangkang.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," katanya.

Menurut Najib beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu.

Najib menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu, lapor Bernama.

Beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan penyokong pembangkang yang menurut beliau akan berkampung di situ untuk mereka-reka cerita danmemutarbelitkan fakta menjelang pilihan raya kecil ini.

Perdana Menteri berkata rakyat sepatutnya memberi tumpuan untuk membina masa depan mereka.

"Lagipun, kita semua tahu apa yang mampu dilakukan BN, telah lakukan dan akan lakukan untuk semua," katanya.

Di majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi 10 surau dan RM40,000 masing-masing bagi lapan sekolah agama Islam di situ.

Mengenai konsep 1Malaysia, perdana menteri berkata semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama atau sama ada mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak akan mendapat manfaat daripada konsep tersebut.

"Ia umpama seperti berteduh di bawah satu bumbung, terlindung daripada bahang matahari dan hujan. 1Malaysia ialah ikatan perpaduan bagi kita semua," katanya.

Najib berkata beliau mengilhamkan konsep itu kerana terdapat keperluan untuk semua untuk saling berkompromi jika mahu negara terus menikmati pembangunan pesat dan lebih makmur lagi.

"1Malaysia adalah satu ikatan yang tak boleh dirungkai, dimaki hasut atau dibawa ke hala tuju yang lain," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di majlis yang sama di bandar Sungai Merah, Najib berkata BN patut menjadi pilihan "demi harapan dan masa depan lebih terjamin."

Turut mengiringi beliau ialah calon BN Robert Lau Hoi Yew, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN.

Najib berkata beliau, Taib dan semua menteri dan wakil rakyat BN akan memberikan sokongan padu kepada Lau (kanan), yang lebih mesra dengan gelaran Robert Lau Junior di kalangan penduduk, dalam menjalankan tanggungjawab jika dipilih.

Beliau juga berkata Sibu mempunyai potensi untuk membangun lebih pesat lagi berdasarkan kemahiran keusahawanan yang dimiliki penduduknya.

"Penduduk Sibu, terutamanya kaum Foochow, memang terkenal dengan kemahiran berniaga, mahir dalam perdagangan, sedia untuk bekerja keras dan semangat kental mereka untuk berjaya, yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya.

Semua kualiti itu, kata Najib, ditambah pula dengan komitmen dan keupayaan BN untuk melaksanakanya, selaras dengan bandar itu untuk membangun dengan lebih pesat lagi.

Najib berkata anggota Parlimen Sibu dan timbalan menteri pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew merupakan contoh terbaik semangat Foochow yang dipaparkan melalui khidmatnya kepada rakyat, bandar, negeri dan negara.

"Mendiang merupakan seorang daripada pemimpin yang benar-benar komited untuk memperbaiki kehidupan penduduk Sibu dan pentadbiran BN.

"Saya hanya mendapat tahu baru-baru ini bahawa beliau sebenarnya sakit semasa beliau mengiringi saya melakukan tinjauan mesra di Sibu Central Market dalam lawatan saya kira-kira sebulan setengah lepas. Namun beliau tetap mengiringi saya," katanya.

Semangat mendiang akan terus hidup dalam diri penggantinya, Robert Lau Junior, yang akan menunjukkan komitmen sama untuk berkhidmat kepada rakyat, katanya.

Najib juga berkata beliau menjadikan Sungai Merah sebagai perhentian pertamanya dalam melakukan tinjauan mesra itu kerana beliau mahu memberi pengiktirafan terhadap sumbangan kaum Cina yang merupakan penduduk awal di kawasan itu dalam membangunkan bandar itu khususnya, dan negeri dan negara amnya.

Bandar itu yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sini, merupakan kawasan pendaratan pertama kaum Foochow di bawah pimpinan ketua mereka Wong Nai Siong pada 1901, dan kaum Heng Hua apabila mereka tiba dari China pada awal abad lepas.

Dari sini mereka kemudiannya berpindah ke kawasan lain di negeri ini.

Terdahulu, sejurus tiba di sini, Najib menghabiskan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan ratusan penduduk yang datang menyambut ketibaan beliau.

Beliau juga sempat menikmati kopi di dua buah kedai kopi.

Serah Wilayah: Perlu Penjelasan Kerajaan




KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti memberi penjelasan mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Setakat ini, yang memberikan ulasan agak panjang hanyalah (bekas Perdana Menteri, Tun) Abullah (Ahmad Badawi). Kita mahu penjelasan telus dan berterus-terang dari kerajaan, bukan sekadar ulasan Ahli Parlimen Kepala Batas," katanya.

Beliau menuntut kerajaan Najib menghentikan sikap tidak bertanggungjawab dan terus membisu mengenai hal itu walaupun sudah beberapa hari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perkara itu.

"Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

"Ini bukan setakat kehilangan khazanah negara malah kehilangan wilayah dalam negara ini," katanya.

Sebab itulah, kata Mohamad yang juga Pengerusi Mobilisasi Demokrasi PAS, kerajaan mesti memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Rakyat juga mesti diberitahu apa yang dilakukan oleh anggota kabinet ketika perkara itu berlaku.

"Adakah mereka menjadi pak turut sahaja kepada tindakan Abdullah yang ketika itu menjadi Perdana Menteri?

"Apa Najib buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara sedangkan ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri?

"Sebahagian besar anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri masih lagi berada dalam pentadbiran Najib kini. Apa mereka buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara ini dari terlepas ke tangan Brunei?" beliau mempersoalkan.

Rakyat, katanya, mesti menuntut Najib bertanggungjawab ke atas perkara itu, begitu juga semua anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.

"Jika mereka enggan bertanggungjawab atas kehilangan khazanah dan wilayah negara, rakyat mesti bangkit bersama mengajar mereka tentang erti tanggungjawab," tegas beliau.

Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.

Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.

Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.

"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya.

Sumber: HarakahDaily

DUN Kuala Nerang Johan Zon 2 Kejohanan Liga Bolasepak Piala MB di Stadium Mini Hijau Kuning


Alor Setar - Kejohanan Liga Bolasepak antara DUN Piala MB diteruskan pada hari ini untuk zon 2. Bertempat di padang Kompleks Hijau Kuning, sebanyak enam DUN lagi mengadu kekuatan iaitu DUN Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Bukit Pinang, Derga dan Alor Mengkudu.

Permainan bermula seawal jam 8 pagi lagi yang akhirnya menemukan dua pasukan terkuat dipentas akhir, iaitu Kuala Nerang dan Bukit Lada.

Setelah bertarung lebih 90 minit masa permainan keudukan masih lagi tidak berpihak kepada mana-mana pasukan. Bermain dalam masa tambahan ternyata kedua pasukan sama kuat dan sama handal sehingga tamat permainan masih lagi terikat tanpa jaringan. Ini memaksa penentuan pemenang dengan sepakan penalti.

Menepati ramalan awal,akhirnya pasukan DUN Kuala Nerang muncul juara dengan aggregat 3-1.

Yb Ustaz Nasir Zakaria dan Yb Ustaz Izzat Shauki telah berada di padang sejak awal lagi untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Hadiah telah disampaikan oleh Yb Dr Ismail bin Salleh.

TPM Dinasihatkan Berehat Kerana Dehidrasi.. Letih Sangat Pemimpinku Ini... Nak Cuti Pun Kena Doktor Nasihatkan.. PRK Sibu Bagi PM Selesaikan..


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Setiausaha Akhbar beliau Datuk Ainon Mohd berkata Muhyiddin telah berehat di hospital sejak Khamis dan dibenarkan keluar hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri akan kembali menjalankan tugas beliau minggu hadapan. - BERNAMA

*******************************************************

Najib Tiba Di Sibu

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan singkat ke bandar Sibu dan kawasan sekitarnya termasuk Kem Infrantri Briged Kesembilan, yang sebelum ini dikenali sebagai Rascom, di Jalan Ulu Oya, esok. Najib, yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, disambut ketibaannya di lapangan terbang Sibu oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalannya Tan Sri Dr George Chan, orang kenamaan negeri dan pemimpin masyarakat.

Beliau akan memulakan jadual padatnya dengan melawat bazar Sungai Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Perbandaran No 3 sebelum ke Kelab Kesatuan Melayu (MUC)di Kampung Bandong di sini.

Kemudian beliau menghadiri jamuan tengah hari di Kem Rascom dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada bekas anggota keselamatan Sarawak.

Konsep Rascom dibubarkan secara rasmi 15 tahun lepas selepas ia berjaya mencapai objektifnya memerangi komunis menerusi gabungan orang awam, polis dan tentera, yang diumumkan oleh bapa Najib dan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Razak Hussein di Kuching pada Mac 1972.'

Perdana Menteri kemudian akan menyampaikan hadiah bagi satu kejohanan tempatan di Kelab Golf Sibu sebelum melawat Kolej Laila Taib di Jalan Airport Lama di sini untuk menyampaikan biasiswa kepada beberapa pelajar.

Beliau juga akan melawat tapak pembinaan bangunan baru SK St Mary di Jalan Awang Ramli Amit di sini.

Pada sebelah petang, beliau akan menghadiri majlis perasmian dan pelantikan jawatankuasa eksekutif pertama Sibu Culture Art Association di sini, yang diketuai oleh Presidennya Datuk Lau Cheng Kiong.

Najib akan mengakhiri lawatan seharinya, lawatan keduanya ke Sibu tahun ini, dengan Sesi Bertemu Rakyat di Dataran Bandaran Sibu, di mana Malam Kebudayaan Satu Malaysia diadakan.

Sementara itu, dalam program berasingan, Rosmah dijangka bertemu pemimpin wanita Barisan Nasional (BN) Sibu di Hotel RH di sini. - BERNAMA

TG HAJI HADI : Tegur Pemimpin Parti Biar Beradab



oLEH : Khairul Azlam


MARANG, 1 Mei: Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, hari ini.

Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

H1N1: Ketua Jurulatih, Rashid Sidek Disyaki Dalam Saringan Awal... Moga Cepat Sembuh...


KUALA LUMPUR: Hanya berbaki lapan hari sebelum kejohanan Piala Thomas bermula, suasana menjadi cemas dalam skuad kebangsaan berikutan masalah kesihatan yang dialami ketua jurulatih negara, Abdul Rashid Mohamed Sidek dan pemain beregu, Mohd Fairuzizuan Tazari.

Rashid dalam ujian saringan awal disyaki diserang virus Influenza A(H1N1), sehari selepas anaknya berusia 15 bulan disahkan positif virus itu.

Ketika ini beliau dikuarantin di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.