MB Selangor Cukup Marah, Bila Mana Orang Melayu Tipu Melayu : Isu Kemelut YBK



ULU BERNAM 5 APR: Tindakan tegas Kerajaan Selangor terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan mengambil semula tanah itu menyelamatkan aset berkenaan dari tergadai di bank, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa disedari umum, beliau berkata, nilai tanah yang dicagar kepada bank, nilainya menjangkau lebih RM100 juta.

Khalid berkata demikian pada majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Sungai Tengi bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan media arus perdana berikutan kemelut YBK dengan kerajaan negeri.

"Saya, orang tak jaga duit saya marah. Orang tak jaga harta, saya marah. Bukan harta dia, harta rakyat. YBK bagi tanah dapat RM15 seekar. Selepas itu tak jaga, bila saya periksa tanah yang kerajaan negeri dulu bagi, diurusniagakan.

"Tak tahu dapat untung atau tidak. Rupa-rupanya sudah dicagar kepada bank melebihi RM100 juta," katanya pada Majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi, Ulu Bernam.

Beliau dengan tegas dan lantang membidas sikap sesetengah orang Melayu yang hanya pandai menindas kaum mereka yang miskin dan merampas hak yang sepatutnya dinikmati mereka.

Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri pula dituduh menjadi punca pembangunan pendidikan tidak dapat dilaksanakan atas tanah berkenaan sedangkan cadangan itu tidak pernah muncul ketika tanah itu terbiar dan hampir tergadai.

"Esok, tak adalah tanah-tanah itu. Bank bukan orang miskin yang punya. Itu sebab saya pertahankan. Sudah ramai kata saya marah pada orang Melayu, tetapi saya marah orang Melayu tipu Melayu," katanya.

MP Petaling Jaya Utara pertikai Kontrak RM6.47b Bekal Makanan Tentera

Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM6.47 bilion kepada sebuah syarikat tempatan untuk membekalkan rangsum (catuan makanan) segar kepada anggota tentera, demikian menurut portal 'MyProcurement' yang baru diwujudkan oleh kerajaan.

Mengulas mengenai perkara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, portal berkenaan mungkin memberikan maklumat salah kerana kontrak itu tidak mungkin bernilai sebanyak itu.

"Jumlah ini cukup untuk beli empat buah kapal selam. Tapi saya cenderung untuk percaya ada kesilapan meletakkan titik perpuluhan," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

PortalMyProcurementmerupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pua melahirkan kekecewaannya terhadap portal MyProcurement yang didakwanya tidak mengandungi maklumat lengkap dan berguna kepada rakyat.

Satu lagi contoh yang diperhatikannya ialah kontrak untuk membekalkan perisai badan kepada tentera bernilai RM82.3 bilion tanpa menyebut butiran lain.

"Itu yang saya perhatikan sepintas lalu sahaja," katanya lagi yang meminta kerajaan supaya benar-benar mencontohi kerajaan Singapura dalam membina portal pemerolehan seperti itu.

Katanya lagi, portal GeBiz oleh Singapura mempunyai lebih banyak maklumat, termasuk jumlah pembida dan juga bidaan alternatif oleh setiap pembida berkenaan.

Beliau mempertikaikan sama ada kerajaan bersungguh-sungguh untuk membina portal berkenaan.

Tony juga mempertikaikan 38 kontrak yang dimuatkan dalam laman tersebut, yang tidak menyebut nama syarikat terbabit.

"Portal ini juga tidak menyediakan maklumat asas seperti tarikh tender, tarikh dianugerahkan, dan bilangan (kontraktor) yang mengambil bahagian," katanya.

Tambahnya, masalah paling besar dalam sistem perolehan kerajaan ialah kontrak yang diberikan secara rundingan terus.

"Kontrak seperti ini biasanya diberikan secara kroni kepada ali baba, menyebabkan bukan sahaja pembaziran tetapi juga projek yang berstandard rendah atau gagal," katanya.

Ribut Di Kuala Ketil : Lebih 200 Buah Rumah Rosak Teruk







BALING: Lebih 200 buah rumah di sekitar pekan Kuala Ketil dekat sini rosak teruk akibat dipukul ribut malam tadi.

Antara kawasan perumahaan yang terbabit ialah Taman Desa Bidara, Taman Dato Muslim, Kampung Batu Pekaka, Pekan Lama, Kampung Kubang Hong, Kampung Tanjong Puteri dan Kampung Sisik Lantai.

Seorang mangsa ribut, Saripan Karsono, 62, dari Taman Desa Bidara, berkata beliau bersama lapan anggota keluarganya terselamat daripada maut apabila rumahnya dihempap tiga batang pokok dalam kejadian ribut itu.

"Ketika ribut melanda, kami sekeluarga berkumpul di bahagian pintu untuk menyelamatkan diri jika sesuatu berlaku, tiba-tiba bumbung rumah roboh akibat ditimpa pokok halban dan diikuti pokok petai dan kemudiannya pokok asam jawa sebesar pemeluk juga menghempap bahagian bumbung rumah saya," katanya.

Katanya, mereka hanya berpelukan dan meminta bantuan jiran sebelum keluar dari rumah selepas hujan reda.

Seorang lagi mangsa Rahimah Bahari, 36, dari Taman Desa Bidara berkata sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan oleh ribut dan semua perkakasan elektrik di rumah itu rosak kerana ditimpa hujan lebat.

"Saya tidak sempat menyelamat perkakas eletrik kerana tiada di rumah semasa kejadian," katanya.

Berbulu Ayamkah Musang Itu?




CERITA 1 - Suatu masa dulu, saya pernah dengar cerita mengenai ‘seseorang’ yang berumah di Masjid Rusila Terengganu. Dia sangat rajin beribadat. Berpakaian melebihi ala orang PAS. Ekor serban dan jubahnya labuh dan hebat.

Orang PAS sangat percaya kepadanya, apatah lagi dengan penampilannya yang sebegitu. Banyak kepercayaan diberikan kepadanya sehingga banyak rahsia yang terdedah.

Namun akhirnya orang itu tersilap langkah. Waraknya terbongkar disebabkan kejahilannya. Niatnya yang serong mendedahkan siapa dirinya. Dia solat sunat selepas solat Subuh. Akhirnya orang tahu dia adalah pengintip.

Orang hanya mengenalnya setelah banyak rahsia terdedah, banyak kepercayaan diletakkan kepadanya dan banyak dokumen jatuh ke tangannya.

CERITA 2 - Suatu masa dulu juga, saya pernah dengar cerita mengenai ‘seseorang’ yang menjadi salah seorang staf di Pejabat Perhubungan Negeri Jelapang Padi.

Setiap hari dia hadir ke pejabat, bekerja, mengendalikan dokumen, menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengannya bersama staf lain.

Dia kelihatan lebih PAS daripada orang PAS. Setelah banyak yang diketahuinya mengenai PAS negeri berkenaan, dia akhirnya tersilap langkah. Rahsianya terbongkar dan dia disingkir.

Semua itu berlaku setelah banyak rahsia terdedah dan banyak perkara yang tidak patut dia tahu diketahuinya.

CERITA 3 – Suatu masa dulu juga, bukan saya mendengarnya tetapi mengalami sendiri. Seseorang yang menjadi salah seorang exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, bukan di zaman saya menjadi ketuanya, bukan juga di zaman orang sebelum saya menjadi ketua, tetapi zaman sebelum itu.

Orang ini sangat aktif dengan dewan pemuda, sanggup membuat apa sahaja untuk pemuda bahkan sanggup berbelanja sebanyak mana yang diperlukan. Sebut sahaja, dia antara orang awal menyumbang.

Sampai ke satu tahap, namanya tercatit sebagai salah seorang calon dalam pilihanraya.

Namun, rencana Allah mengatasi rencananya. Rencana orang itu terdedah. Akhirnya dia menerima hukuman di atas perbuatannya itu.

Mengapa dengan ketiga-tiga cerita itu?

Membaca tulisan Kickdefella dalam blognya kebelakangan ini, mendedahkan banyak perkara mengenai PAS Kelantan dan kerajaan negeri, saya terasa bahawa Kickdefella agaknya memainkan peranan seperti ketiga-tiga orang di atas.

Dan, tidak mustahil orang seperti itu masih wujud juga dalam PAS masa kini. Awas!

Blog Sahabat: http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Notis Rujuk Anwar ke JK Hak Parlimen Telah Diserah Kepada Speaker : Nazri



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyerahkan notis kepada speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Ditemui di bangunan parlimen tengahari ini, Nazri berkata beliau telah menyerahkan notis pagi ini untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Awat Saman Sikit Sangat - Utusan Malaysia Disaman RM29 juta oleh MP Indera Mahkota


KUALA LUMPUR, 5 April — Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memfailkan saman fitnah RM29 juta terhadap Utusan Malaysia berhubung rencana yang mendakwa beliau telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan awal bulan lalu.
Kes saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika dihubungi Azan mengesahkan yang beliau telah memfailkan kes saman fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Akhir bulan lalu, Azan yang juga bekas timbalan pengerusi PKR Pahang membuat aduan polis berhubung laporan Utusan yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari PKR.

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lalu.

Dalam laporan itu Azan mendakwa akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk timbalan pengerusi negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.
“Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya Ahli Parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

“Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya,” kata beliau sebelum ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

Tolong Habaq Sat... Kilang Roti Tang Mana Nie.. Ada Bersih Ka..

PAS gesa Majlis Raja-Raja campurtangan Bagi membatalkan Kontrak APCO Worldwide



PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya campurtangan untuk membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco Worldwide.

Timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, tindakan kerajaan mengadakan kontrak dengan Apco "seolah-olah menjemput penceroboh untuk menjejaskan kedaulatan negara'.

"Setelah kita membawa perkara ini ke dalam parlimen dan selepas pendebatan dilakukan, kita bawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut," katanya.

Nasharuddin juga menyifatkan tiada penjelasan konkrit daripada kerajaan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan sekali lagi bahawa ia adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Kira-kira 10 ahli parlimen PAS hadiri mengiringi Nasharuddin termasuk dua naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

JAMUAN MENCARI DANA MEMBIAYAI PERBICARAAN 72 ORANG MANGSA KEZALIMAN BN


Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat akan menganjurkan Majlis Makan Malam bersama Hj Mohammad Sabu, En. Lim Guan Eng dan Sdr Hanifa Maidin pada hari Isnin, 17 Mei 2010, jam 8.00 malam bertempat di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.

Kepada seluruh simpatisan tolonglah menyebarkan iklankan ini, tujuan Majlis Jamuan ini diadakan adalah untuk membiayai 3 perbicaraan yang telah beberapa kali berlangsung melibat 72 orang mangsa kerakusan BN.

Mereka telah terlibat dalam Demonstrasi Bersih Pilihanraya, Protes Kenaikan Minyak
dan Tangkapan Rombongan Pengantin di Tol Tambun sedang didakwa di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkahmah Jawi.

Kopun dijual dengan harga RM50.00 dan RM100.00 seorang atau RM500 semeja dan RM1,000.00 semeja. Sila dapatkan kopun melalui Setiausaha PAS Kawasan di kawasan masing-masing atau berhubung terus dengan YB. Mohd Nasir Mustafa, Pengarah Program atau mereka yang tertera nama di contoh kad di atas.

Selamat menderma dan hadir bersama dalam program yang diadakan.

Sekian, terima kasih.


ARIS AWANG.
Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi
PAS Pusat.

P94: Calon Pakatan Rakyat Akan Diketahui Esok... Cepatnya Umum!! BN Belum Dapat Ilham Lagi...



Spekulasi siapa yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diketahui selewatnya hari Selasa ini.

Ketika berucap di Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sg Tengi semalam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon yang dipilih kelak adalah yang terbaik bagi membawa bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 25 April depan.

Secara berjenaka Anwar berkata berbanding dengan Pilihan Raya Umum 2008 di mana parti menghadapi masalah mencari calon yang berkaliber dan bersesuaian senario kini sudah berubah.

"Kita akan umumkan nama calon satu, dua hari lagi. Sekarang keadaan sudah berubah, calon lebih ramai daripada pengundi.

Dulu masa pilihan raya umum 2008 susah nak cari calon yang sesuai, sebab tu ada yang lompat. Saya minta maaflah pasal hal ini kerana masa tu kita pilih mana yang ada. Tapi tidak apa ini menjadi satu pengajaran kepada kita.

"Ada baiknya sekarang ramai calon kerana ini bermakna ramai calon yang layak, yang bagus-bagus semua," kata Anwar kepada lebih 500 penduduk Sg Tengi yang memenuhi Dewan Felda Sg Tengi dimana majlis diadakan.

Turut hadir pada majlis penerangan tersebut termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta kepimpinan KEADILAN peringkat pusat dan negeri.

PRK diadakan berikutan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak 25 Mac lalu.

Allahyarham mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu laporan Bernama menyatakan Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April.

ADUN Titi Serong Diserang Denggi : Rawatan di Hospital Columbia Taiping.


Gambar terbaru selepas ditempatkan didalam wad sekitar jam 7.30 malam tadi.


Saya sekarang berada di bilik 97 di Hospital Columbia Taiping kerana didapati positif demam denggi. Sejak kelmarin saya mula demam dan membatalkan perjalan ke Ipoh dan ceramah di manjoi.

Begitu juga hari ini saya semakin rasa tidak selesa dan badan rasa sakit-sakit. Lalu saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar. Apabila dilakukan pemeriksaan darah didapati positif denggi. Begitu juga anak kedua Khairul Anwar Lim juga didapati positif denggi dan kami ditempatkan dalam bilik yang sama di sini.

Saya tidak pasti berapa hari berada disini. Semuga saya cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.