
Kejadian 4.10 petang itu dipercayai berpunca daripada satu letupan tong gas di dalam sebuah kedai runcit namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran premis ditutup sempena perayaan Deepavali.
![]() |
Tom Cruise melakukan sendiri aksi lagak ngeri di bangunan Burj Khalifa di Dubai, baru-baru ini. – AGENSI |
Tom Cruise dilapor memanjat bangunan tertinggi di dunia di Dubai, bagi menjayakan aksi lagak ngeri untuk filem terbarunya, Mission Impossible: Ghost Protocol.
Aktor tersebut dilihat memanjat pencakar langit Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 828 meter (2,717 kaki).
Criuse yang digantung dengan abah-abah dari bahagian paras pemerhati di tingkat 124 pencakar langit tersebut, berjaya melakukan aksi berbahaya itu bersama seorang lagi pelakon.
Aktor berusia 48 tahun itu, melakonkan semula watak ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Ethan Hunt buat kali keempat bermula dengan filem pertama Mission: Impossible pada 1996.
Cruise sering melakukan sendiri lagak ngeri bagi filem-filem aksi lakonannya dan beberapa bulan lalu dia dilihat melakukan ‘flying fox’ tanpa memakai baju bagi satu babak aksi dalam sebuah filem.
Jalan cerita Mission Impossible: Ghost Protocol masih belum didedahkan. Apa yang diketahui, pelakon-pelakon filem tersebut seperti Cruise, Ving Rhames dan Simon Pegg akan digandingkan bersama Jeremy Renner dari The Hurt Locker's dan Josh Holloway dari Lost.
Filem tersebut yang ditulis bersama J.J. Abrams dan diarahkan pakar animasi serta pengarah Brad Bird, bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Disember tahun depan. – AGENSI
SINGAPURA: 'Spiderman' Perancis Alain Robert melakar satu lagi kejayaan untuk dirinya hari ini selepas dia mencipta sejarah memanjat Singapore Flyer, Roda Ferris terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay di sini.
Warga Perancis berusia 48 tahun itu mengambil masa kurang daripada 40 minit untuk menyudahkan panjatan keseluruhan Roda Ferris setinggi bangunan 42 tingkat itu, sambil diperhatikan oleh orang ramai dan media antarabangsa.
Robert, yang menjadi terkenal kerana kemampuan luar biasanya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa bangunan, sangat gembira kerana berjaya memanjat dengan lancar.
Untuk aksinya hari ini, Robert mendapat kelulusan pihak berkuasa Singapura tetapi dengan syarat beliau perlu menggunakan peralatan keselamatan semasa memanjat.
Bercakap kepada pemberita selepas berjaya melakukan panjatan itu, Robert berkata memanjat Roda Ferris tidak memberi sebarang risiko kepadanya kerana beliau menggunakan peralatan keselamatan kecuali keadaan roda yang basah disebabkan hujan renyai pada sebelah petang.
Robert berpendapat memanjat Menara Berkembar Petronas di Malaysia pada 2009 lebih mencabar dan berbahaya kerana beliau tidak memasang peralatan keselamatan pada ketika itu.
Untuk panjatan hari ini, katanya ia adalah suatu pengalaman baru kerana ini adalah pertama kali beliau tidak memanjat bangunan dan pemandangan latar langit bandaraya itu dari atas roda amat mengagumkan dan menarik.
Mengenai masa depannya, Robert, yang ditahan di 12 negara berlainan kerana memanjat secara haram berkata, beliau merancang untuk memanjat lebih banyak bangunan pencakar langit di sekitar Eropah, China dan Amerika Syarikat, tetapi dengan kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan.
Katanya perbincangan sedang dilakukan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan beliau memanjat beberapa bangunan pencakar langit di China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.
"Ia adalah salah satu impian saya untuk memanjat bangunan tertinggi di dunia mempunyai ketinggian 828 meter, Burj Khalifa, di Dubai sebelum saya meninggal dunia," kata Robert.
- BERNAMA
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.