Hangat!!! Permohonan Blogger Mesra UMNO, Papagomo Pinda Pembelaan Ditolak Mahkamah Tinggi Hari Ini.. Jom Terjah!!

Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kes dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.