(Gambar Panas) Mengapa Datuk Siti Nurhaliza Bergambar Bersama Puan Nurul Izzah DS Anwar?? Jawapannya, Jom Terjah!!!


Masak la ko siti. Yang ko gegatal bergambar dengan nurul izzah buat apa? Satgi terkeluar seme citer pengikut yahudi la lesbian la anak dajal la sesat la freemason la talibarut israel la seme cukup. Almaklumlah sesiapa yang ada kaitan dan bergambar dengan pemimpin pembangkang kan tak boleh. 

 

Mengapa Selebriti Ini Sanggup Biarkan Bapa Yang Buta Kedua Matanya Di Pusat Jagaan Orang2 Tua?.. Jom Terjah!!!

'Jangan sebut tentang mereka' - Bapa selebriti pasrah
Samuin antara individu yang banyak membantu penghuni Rumah Ehsan termasuk Uncle Jai yang sangat dikenalinya.

KUALA KUBU BHARU – 24 September 2012 ini, genap dua tahun bapa kepada seorang selebriti popular di era 80-an, menghuni pusat jagaan orang-orang tua di Rumah Ehsan di sini.

Bapa berusia 75 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Uncle Jai’ itu bukan saja menghidap pelbagai penyakit malah, kini hilang penglihatan.

Menurutnya, bukan kerana kejahilan si anak sehingga dia dibiarkan menghuni pusat jagaan itu, tetapi mungkin kerana kesibukan kerja memaksa dua anaknya  yang sudah berkeluarga membiarkan Uncle Jai di rumah jagaan itu.

“Biarlah, jangan sebut sangat tentang mereka. Mereka mungkin sibuk dan banyak komitmen lain,” katanya.


Gempar: Tun Mahathir Boleh Disiasat Bersubahat Dalam Kes Pemecatan TPM


Tun-M

EKSKLUSIF Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.


Siapa Exco N9 Lepaskan Tembakan Ke Arah Seorang Lelaki Misteri?... Jom Terjah!!!


Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini!

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.


Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:


@anthonyloke
Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

 

Gempar!! (Gambar) Kes Dirempuh Keretapi, Badan Gadis Putus Dua di Sungai Petani.. Jom Terjah!!


Di Sungai Petani, seorang gadis yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di sini semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah K. Nalini, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah K. Rani, 22.

Sebelum kejadian pada pukul 12.45 tengah malam, adik- beradik yang bekerja di sebuah kilang di Taman Ria Jaya di sini menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria selepas berkunjung ke rumah rakan di Taman Pekan Baru.

Bagaimanapun, motosikal ditunggangi Nalini dirempuh dan diseret kereta api membawa muatan simen selepas mangsa dikatakan menyelinap di bawah palang penghadang landasan yang sudah ditutup.


-kosmo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.