Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Mufti Perak Nak Satukan UMNO Dan PAS... Apa Yang Terjadi Di Perak Suatu Masa Lalu, Ada Campurtangan Si Mufti Ini????

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari ini.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Bagi mencapai perpaduan, beliau berkata pemimpin yang beragama akan memahami erti perpaduan yang akan membawa ke arah kebaikan.

"Adakah agama menganjurkan kita mengamalkan sikap degil. Sifat degil merupakan satu perbuatan keji dalam agama kerana ia tidak menguntungkan rakyat. Mereka perlu sedar perkara ini," katanya.

Semasa merasmikan majlis tersebut, Harussani berkata sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

"Namun kini umat Islam bukan sahaja berbeza pendapat malah berpecah belah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran mereka," katanya.

Beliau berkata umat Islam kini, termasuk golongan akar umbi, pertengahan, pemimpin malah kumpulan agama telah tersalah menilai dan tidak tahu meletakkan keutamaan dan kepentingan mereka.

"Contohnya, bangsa lain mengutamakan pendidikan tetapi kita (umat Islam) mengutamakan hiburan. Dalam pendidikan pula, kita lebih mengutamakan akademik daripada agama Islam.

"Agama diutamakan sebagai pelajaran dan bukan sebagai didikan. Kalau dari segi pelajaran agama, orang Yahudi dan Barat sebenarnya lebih pandai mengenai agama Islam daripada kita sendiri," tegas beliau.

--Bernama

DS Anwar : Kenaikan Harga - Tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Perdana Menteru Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)?

Pun begitu, saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan) tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim, selaku Ketua Pembangkang Malaysia.

Er Jia - Anak Teh Beng Hock Hadir Di Perkuburan Nirvana Memorial Park

Air mata hampir kering untuk mereka yang dekat dengan mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setahun lalu.

Ibu Soh Cher Wei, buah hati Teoh, kelihatan sebak atas kehilangan lelaki muda yang sepatunya menjadi menantu keluarganya.

teoh beng hock grave nirvana memorial park 170710 05Tetapi anggota keluarganya dengan wajah sugul hadir ke tanah perkuburan Nirvana Memorial Park di Semenyih, tempat persemadian terakhir Teoh.

Kira-kira 150 orang hadir untuk upacara dua jam setengah itu, kebanyakkan sejak jam lapan pagi lagi.

Anak sulung Teoh - yang tak sempat dilihatnya - Er Jia buat kali pertama tampil dibawa ibunya Soh.

"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," katanya yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan.

Propaganda Mavi Marmara - Israel Terbit Filem Animasi


KUALA LUMPUR, 17 Julai:
Israel terpaksa mengeluarkan sebuah video animasi Mavi Marmara bagi menyebarkan propaganda mereka tentang kejadian serangan menurut kaca mata dan kehendak mereka.
Laman web http://www.lifeline4gaza.org melaporkan, ini kerana rakaman video asli tidak seiring dengan pembohongan mereka.

Video animasi yang dikeluarkan oleh Israeli Defense Forces (IDF) itu telah disebarkan melalui YouTube oleh @gangreentv.

IDF menggunakan grafik komputer berteknologi tinggi bagi menunjukkan keadaan di atas kapal Mavi Marmara ketika pasukan komando melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan di atas kapal tersebut.

“Usaha sedang dijalankan untuk menterjemah sepenuhnya paparan video berbahasa Hebrew ini,” laporan laman web itu dipetik.

Para Pencari Kerja: Iklan Jawatan Kosong Yang Perlu Diisi Segera

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Julai 2010


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- PEGAWAI PENERBITAN N41
- PEGAWAI PENYELIDIK Q41
- PUSTAKAWAN S41
- AKAUNTAN W41
- PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
- SETIAUSAHA PEJABAT N27
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27
- PENOLONG AKAUNTAN W27
- JURUTEKNIK J17
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
- PEMBANTU PENYELIDIK Q17
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
- PEKERJA AWAM KONTRAK R1

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.lgm.gov.my/whatsnew/Iklan10072010.pdf

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat
secara online di : http://www3.lgm.gov.my/RIIS2/vacancy/Login.aspx?alert=9

TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN
- Pegawai Keselamatan - KP41
- Pegawai Laut - A41
- Pegawai Penyelidik - Q48 Q51 Q53
- Pegawai Pergigian - U41
- Pegawai Sains - C41
- Pembantu Akauntan - W17
- Pembantu Pembedahan Pergigian - U17
- Pengawal Keselamatan - KP11
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam - S27
- Penolong Pegawai Sains - C27

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.umt.edu.my/iklan/2010/

BORANG PERMOHONAN
http://www.umt.edu.my/iklan/2010/iklan_doc/J02%20-%20Borang%20Jawatan%20Kosong%20(Bukan%20Akademik)%20-%20Pin.%201.doc

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)

http://www.umt.edu.my

TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2010


Jawatan Kosong di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Jurutera J41
-Pegawai Tadbir N41
-Pegawai Teknologi Maklumat F41
-Pegawai Penguatkuasa N41
-Penolong Jurutera J29
-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
-Penolong Pegawai Tadbir N27
-Penolong Pegawai Perangkaan E27
-Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
-Penolong Pegawai Perpustakaan S27
-Penolong Akauntan W27
-Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C27
-Juruteknik Komputer FT17
-Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
-Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
-Pegawai Khidmat Pelanggan N17
-Pembantu Penguatkuasa N17
-Juruteknik J17
-Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

IKLAN JAWATAN KOSONG & CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di :
http://175.145.68.98/ejawatan/http://www.sisa.my

TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2010


Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia, Sabah - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PEGAWAI EHWAL EKONOMI
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
- PEMBANTU PENYELIDIK

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=2255

BORANG PERMOHONAN
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=1179

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5 & 6, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

http://www.koko.gov.my

TARIKH TUTUP : 23 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
(A) Penempatan : Kuala Lumpur (Kontrak)
1. GURU SEJARAH/GEOGRAFI DG41
2. GURU MATEMATIK TAMBAHAN/FIZIK DG41
3. GURU BAHASA INGGERIS DG41
4. GURU BAHASA ARAB DG41
5. GURU USULUDDIN/SYARIAH DG41
6. PEMBANTU AM PEJABAT N1

(B) Penempatan : Kuala Lumpur (Tetap)
1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN E17

(C) Penempatan : W/P Labuan (Kontrak)
1. PENGETUA DG44
2. GURU BAHASA MELAYU DG41
3. GURU BAHASA INGGERIS DG41
4. GURU MATEMATIK DG41
5. GURU SAINS TULEN DG41
6. GURU SEJARAH/GEOGRAFI/KEMAHIRAN HIDUP DG41
7. GURU USULUDDIN/SYARIAH DG41
8. GURU BAHASA ARAB DG41
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
11. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/muat-turun/category/3-.html?download=64%3Ap-2010

BORANG PERMOHONAN
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/muat-turun/category/3-.html?download=20%3A

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 10, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

Bagi pemohon yang berasal daripada Labuan, Sabah dan Sarawak, borang permohonan boleh dihantar kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN
BLOK 4, TINGKAT 12
KOMPLEKS UJANA KEWANGAN
PETI SURAT 80960
87019 LABUAN

http://www.maiwp.gov.my

TARIKH TUTUP : 23 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan, Perak (MPTI) - Julai 2010

Pemohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:

- PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mpti.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=12332&folderId=18301&name=DLFE-2202.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mpti.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=12332&folderId=18301&name=DLFE-2201.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN
PERAK DARUL RIDZUAN

http://www.mpti.gov.my

TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2010


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor (MDKT) - Julai 2010

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan:

- PENOLONG JURUTERA J29

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mdkt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=239d6459-dc77-4a99-a13f-00c4065efe85&groupId=21123

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdkt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bfd3dfac-22cb-4666-9f1a-acc4e3658126&groupId=21123

TARIKH TUTUP : 18 JULAI 2010

PAS kesal dengan kenaikan harga Di Waktu Kerajaan Umumkan Pertumbuhan Ekonomi 10.1% suku pertama 2010.. Apa Helah PM Najib Nie...

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen jadi RM 1.90 sen. Kenaikan ketika rakyat menghadapi tekanan hidup akibat daripada indeks pengguna makin meningkat.

PAS merasa pelik ketika pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dengan rasa bangga menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik dalam dekad ini . Kemudian mengumumkan pula kenaikan harga petrol dan gula. Apa makna kepada rakyat kalau kononnya pertumbuhan ekonomi sebanyak itu tetapi harga barang naik.

PAS berpandangan kerajaan pada hari ini terlalu dhaif dalam menguruskan ekonomi sehingga terpaksa menaikan harga petrol dan gula. Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan saman ekor.

Datuk Seri Najib mengumumkan dengan kenaikan harga gula dan petrol kerajaan dapat jimat wang RM24 bilion. Sepatutnya perkara ini dapat ditampung jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni. Laporan audit negara 2008 menyatakan akibat ketirisan negara rugi RM28 bilion dan Ketua Setiausaha Negara menyatakan negara rugi akibat rasuah sebanyak RM10 bilion setahun

PAS merasa bangga dengan kebolehan dan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri, dimana pemimpinnya siang malam memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat bukan membebankan rakyat. Dengan kemampuan yang minima pendapatan di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mampu mengurus tadbir dengan baik, contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol dan eletrik.

PAS menyeru kalau kerajaan BN sudah bangkrap idea untuk membantu rakyat, sila serahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk kami mentadbir. Biar rakyat boleh banding kemampuan Pakatan Rakyat dengan BN di negara ini.

PAS menyeru semua jentera penerangan PAS sila naikkan kain rentang di pelusuk kampung terutamanya sebagai tanda protes, supaya rakyat mengetahui untuk ajar pemimpin negara ini ialah dengan bahasa undi sahaja. Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Protes: Harus Fokus Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN)

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang akan bermesyuarat esok dicadangkan agar memberi fokus bantahan isu kenaikan harga barangan keperluan kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (gambar)berkata, Protes tidak perlu memfokuskan kepada bantahan kenaikan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini, tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan.

“Mungkin Protes itu sendiri perlu di
rebranding dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN),” ujarnya dalam blognya, http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com/.

Beliau berkata, antara contoh tuntutannya adalah mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Tambahnya, formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan.

“Keduanya, menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya, sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%,” ujarnya.

Keempat, tambahnya menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya menghapuskan rasuah sepenuhnya.

“Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita,” ujarnya.

Mengenai kenaikan harga barang 5 dalam 1, katanya ia dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya.

Katanya, kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik.

“Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal.

“Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya,” katanya.

Kasih Nek Wook (umur 108 tahun) terhadap Suaminya Begitu Membara..


TANAH MERAH - Buruk baik seorang suami, kasih isteri yang taat dan setia tidak mungkin berubah. Itulah yang dapat disimpulkan di sebalik keceriaan Wook Kundur, 108 meraikan kasih suami, Mohd Noor Musa, 38 yang kembali terpaut setelah setahun terputus.

Bagi Wook atau mesra dipanggil Nek Wook, kegembiraan menyambut kepulangan suami ke pangkuan setelah dibeb:askan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Besut, kelmatin tidak terluah dengan kata-kata.

:“Saya amat bersyukur, setelah suami bebas dari tahanan dan kini saya akan kembali tinggal bersama di rumah kami di Kuala Berang.

:“Walaupun sebelum ini dia ditahan di atas kesalahan menagih dadah, namun saya tetap sayangkannya dan amat menghormatinya sebagai suami saya,” katanya yang ditemui di rumah kediaman peninggalan keluarga suaminya di Kampung Chat Rimau dekat sini.

:Nek Wook berkata, kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah pudar walaupun terpaksa berjauhan ketika suaminya menjalani hukuman di pusat pemulihan.

:“Kini suami telah kembali ke pangkuan saya dan saya berharap agar rumah tangga kami akan bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.

:Katanya, selama 12 bulan lapan hari dia (suami) tiada bersamanya, Nek Wook mengambil keputusan tinggal bersama anak saudaranya di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok kerana bimbang akan keselamatannya selepas dua kali rumahnya di Kuala Berang, Terengganu dimasuki pencuri.

“Kini kediaman kami kosong akibat barang-barang dalam rumah termasuk televisyen, periuk dan pelbagai perkakas telah dicuri,” katanya.

Katanya, kini dia mengharapkan agar ada pihak yang sudi membantu kerana rumah kediamannya itu yang didiami bersama suami hampir roboh.

Sementara itu, Mohd Noor berkata, dia kini sedar dan amat berterima kasih di atas sifat tabah isterinya yang tidak jemu-jemu menjenguk dan memberikan nasihat kepadanya.

“Saya sedar dan akui kesilapan dan mengharapkan agar selepas ini saya dapat memulakan hidup baru bersama isteri dan berjanji akan menjaga isteri saya serta mendekatkan diri dengan agama,” katanya. -SH

PM Najib tak wajar ketuai Perbendaraan, urusan dana lemah : Ku Li

Ku Li berkata Perdana Menteri tidak wajar memegang portfolio berasingan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen “check-and-balance” dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.

Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam.

Menjawab soalan yang dirujuk kepada kontroversi yang timbul berkaitan dengan Felda baru-baru ini, Razaleigh berkata, ia sepatutnya boleh dielakkan jika agens-agensi kerajaan seperti Felda diletakkan di bawah penyeliaan rapi Kementerian Kewangan.

“Pada masa-masa lalu, Kementerian Kewangan mengamalkan prosedur ketat dalam soal pelaburan. Keputusan pelaburan dilakukan oleh kami (Kementerian Kewangan)... tetapi kini dilakukan oleh agensi masing-masing,” katanya.

Amalan seorang perdana menteri turut memegang portfolio menjadi tradisi sejak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dan diwujudkan dua kerusi menteri kewangan.

Di bawah pendekatan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak turut memegang portfolio Kementerian Kewangan.

Jelas Razaleigh, Felda yang sepatutnya berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri memutuskan apa yang perlu dilakukan di Felda,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

Kelmarin, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mahu Parlimen menyiasat penyalahgunaan dana oleh Felda yang dikaitkan dengan kemerosotan rezab tunai lembaga itu.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak juga akan bertemu dengan Razaleigh supaya mengetuai perkara ini di Parlimen.

“Kita akan menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk memimpin perkara berkaitan Felda di Parlimen kerana berliau adalah seorang ahli politik veteran dalam Kabinet dan juga terlibat dalam pembangunan Felda,” kata Mazlan.

Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

Kini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti pihak pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia Berhad bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM964 juta akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu.

PAC tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia.

Bagaimanapun minggu ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mempertahankan Sime Darby dan Pos Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan.

Mengulas pendiriannya, Razaleigh berpandangan bahawa perdana menteri tidak seharusnya memegang sebarang jawatan selain sebagai ketua Kabinet.

“... ini bukan amalan yang baik, perlu ada unsur sekatan dan imbangan,” kata Razaleigh.

Razaleigh juga berpendapat banyak agensi kerajaan seperti Felda dan syarikat-syarikat lain seperti Sime Darby kini berhadapan dengan krisis kewangan sebab tidak berada di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.

Pengasas Petronas ini berkata, pentadbiran Najib seharusnya mengkaji semula amalan ini bagi membolehkan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab penuh ke atas penggunaan dana kerajaan.

“Ketika masa saya (sebagai Menteri Kewangan), saya mengawal (penggunaan) wang, kesemua kontrak.

“Ketika itu, kesemua ketua (jabatan dan agensi awam) memberi saya taklimat apa yang mereka hendak lakukan dengan wang di pelbagai kementerian,” kata Razaleigh sambil menambah walaupun ia kelihatan birokrasi tetapi penyeliaan dapat dilakukan dengan baik.

Menurut pemimpin politk veteran ini, ketika era kepimpinan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir, Kementerian Kewangan mempunyai kawalan ke atas perbelanjaan kesemua kementerian.

Jelas beliau, jika sesebuah kementerian hendak melantik kontraktor bagi sesuatu projek, mereka perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan kementerian akan memastikan sistem tender terbuka diamalkan sebelum projek diluluskan.

“Dan, apa sahaja diputuskan oleh Kementerian Kewangan perlu melalui Parlimen... sudah pasti dulu lebih terbuka kerana menteri kena melaporkan kepada Parlimen, kepada Kabinet,” katanya lagi.

Bagaimanapun menurut beliau, kini setiap kementerian boleh membelanjakan apa yang mereka mahukan.

“Tiada mekanisme yang betul untuk memastikan sekatan dan imbangan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika beliau menjadi menteri kewangan negara tidak berhadapan dengan masalah hutang.

“Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa kita tidak membazirkan wang rakyat,” kata beliau lagi.

Rakaman seks Ariel disebar anggota Peterpan, kata polis

JAKARTA, 17 Julai — Video adegan seks melibatkan anggota Peterpan Nazriel “Ariel” Irham dan beberapa teman wanitanya, yang juga selebriti terkenal Indonesia, disebarkan di alam siber bulan lalu selepas dicuri dari komputer riba penyanyi itu.

“Rakaman video itu diposkan oleh RJ yang bekerja dengan kumpulan muzik Ariel, dia itu editor muzik,” kata jurucakap polis kebangsaan Inspektor Jeneral Edward Aritonang dipetik Jakarta Globe.

“RJ memperoleh rakaman-rakaman itu daripada komputer riba Ariel tanpa kebenaran atau pengetahuan Ariel,” katanya.

Edward berkata polis masih menyiasat motif RJ bertindak demikian, tindakan yang mendapat perhatian dunia.

“RJ merupakan suspek yang ke-10 dalam kes ini, yang disyaki mengedarkan video kepada umum. Kesemua suspek kini diletakkan dalam tahanan polis,” katanya.

Edward juga menafikan tekanan publik sebagai faktor utama polis tidak konsisten dalam membuat keputusan untuk menahan Luna Maya.

Laporan sebelum ini menyebut Luna Maya ditahan malam kelmarin.

“Adalah benar bahawa Luna sepatutnya ditahan Khamis lalu kerana tidak bekerjasama dengan polis tetapi kami membatalkan penahanan kerana kami ada pertimbangan lain. Kami tidak akan terpengaruh dengan tekanan publik. Kami bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Edward juga menolak kontroversi yang tercetus ekoran pandangan beberapa pakar bahawa Luna Maya dan pengacara program gosip Cut Tari hanya merupakan mangsa dalam kes.

“Mereka boleh mengatakan yang mereka hanya mangsa tetapi kami boleh membuktikan daripada adegan-adegan dalam video bahawa mangsa mengetahui apa yang berlaku,” kata beliau dosir Ariel, Luna Maya dan Cut Tari lengkap.

Luna Maya dan Cut Tari telah memohon kepada umum ekoran kontroversi baru ini.

Awal minggu ini Cut Tari mengaku dia merupakan wanita dalam adegan seks melibatkan Ariel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.