Selebriti Yang Juga Tauke Gelang Baru Dapat Gelaran Dato' Dari Sultan Pahang, Tapi Kenapa Sebelum Ini Dah Heboh Ada Gelaran Dato' Pada Pangkal Namanya??

Bila baca info ini baru tahu yang selama ini AC Mizal belumlah secara rasmi mendapat gelaran Dato'. Sebab melalui akaun twitter AC Mizal terpampang nama profilnya Dato' AC Mizal.

Eizlan Yusof dan AC Mizal bakal dapat gelaran Dato'
Selepas ini terjawab sudah persoalan sama ada AC Mizal benar-benar terima anugerah Dato’ seperti di dakwa selama ini. Selain dari AC Mizal difahamkan pelakon Eizlan Yusof juga dikhabarkan bakal dianugerahkan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Eizlan Yusof dan AC Mizal dapat gelaran Dato' dari Sultan Pahang

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran tersebut akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur.

Gambar dari   mforum.cari.  berjaya mendapatkan beberapa keping foto sekitar raptai untuk majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Pahang. Baca lagi di  rotikaya  dan  myartis 

Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS.... Kenapa???

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki".

Bongkar!!! Timbalan Menteri akui terima deposit, tapi...

Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.