Panas!!! Pramugari Ini Dibelasah & Dibogelkan Suami Sendiri Di Depan Pintu Kediaman Mereka

LONDON – Seorang anggota polis menyerang isterinya sebelum membogelkannya di luar pintu rumah mereka selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Anggota polis itu, Andrew Liptrot melihat imej rakaman CCTV di dua buah pub sebelum bergaduh dengan isterinya, Karen.

Insiden itu didedahkan di Mahkamah Preston Crown Court yang mendengar perbicaraan berhubung tiga dakwaan menyerang Karen oleh Andrew.

Selepas melihat rakaman itu, Andrew menarik Karen yang merupakan pramugari syarikat penerbangan British Airways dan mengoyakkan pakaiannya.

“Saya tidak memakai pakaian dalam. Dia (Andrew) memegang lengan dan saya berasa amat takut. Dia memegang lengan saya dan memanggil saya dengan perkataan pelacur,” kata Karen di mahkamah.

“Dia mengheret saya ke pintu depan. Dia memberitahu saya untuk berdiri bagi membolehkan orang ramai melihat saya sebagai seorang pelacur,” tambahnya.

Seorang pegawai pendakwa, Peter Davies menyatakan Andrew kemudian membenarkan isterinya kembali ke rumah dan mengarahkannya masuk ke bilik tidur.


Davies berkata, dalam bilik tidur itu, Andrew memukul isterinya di bahagian punggung dan pelipis tetapi kemudian menghentikan serangan selepas Karen mula menangis.


Menurutnya, Andrew menyerang isterinya enam hari kemudian apabila dia enggan menjalin hubungan asmara.


Karen kemudian membawa dua anaknya ke rumah ibu bapanya dan menghubungi polis bagi mengadu kes serangan.


Andrew menafikan melakukan tiga serangan ke atas Karen di mahkamah itu.


- Agensi

Inilah Wajah Terbaru Abby Fana (Bertudung Litup) Yang Nekad Meninggalkan Jawatan Di TV3.. Jom Dengar Cerita Sebenar Dari Hajjah Abby!!!

Wajah terbaru Abby Fana dirakamkan jurugambar pada 25 Februari lalu.

KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

“Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

“Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI,” katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.

Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.

Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1.

“Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak,” katanya.

Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu.

Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat.

“Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang,” katanya.

Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.
Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Menyentuh mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu.

Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.

Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.

Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

Berapi!!! Ada Video: Sidang Media Dato' Phahrolrazi - Beliau Akui Wujud Jurang Perbezaan Pendapat Yang Serius Dengan DS Ustaz Azizan, MB Ku...



Phahrolrazi Mohd Zawawi.
ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. 



- Bernama

Panas!!! Anak Dara DS Shahrizat Kini Pemilik Farmhouse Supermarket di Singapura!!!


Wan Izzana Fatimah Zabedah - Kini bergelar jutawan segera NFC!

SKANDAL NFC: 
DANA RAKYAT TERDEDAH KEPADA RISIKO KERUGIAN PERNIAGAAN PASARAYA MEWAH DI SINGAPURA

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:

Dato’ Seri Salleh Ismail                                   S$666,667

Wan Shahinur Izran Salleh                               S$666,667

Wan Izzana Fatimah Zabedah                          S$666,667

(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.)

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untukmembiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini.

Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila rujuk Lampiran A), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 kelak.

Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernamaStar Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap.

Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls(pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35. 

Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM 2.2 juta sebulan.

Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut cita rasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal di belanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN 

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

Pendedahan!!! Ini Mudaratnya Telefon Bimbit Kepada Manusia Jika Disimpan Dalam Poket Atau Di Pinggang...

Pasti dan sememang nyer setiap orang mempunyai telefon bimbit dan sememang nyer setiap orang menyimpan telefon bimbit di dalam poket dan ade juga yang tersangkut kat tali pinggang. 

Tapi korang tau tak akan kemudaratan berbuat begitu??

DEVRA Davis pengarah Pusat Onkologi Alam Sekitar Universiti Pittsburgh, Atlanta, berpendapat membawa telefon bimbit dalam poket atau memasangnya pada tali pinggang hanya akan ‘memanggang’ sum sum tulang anda.

Biarpun terdapat pelbagai pendapat yang bercanggah mengenai sama ada benar atau tidak telefon bimbit menyumbang kepada pembentukan sel kanser dalam tubuh, hakikatnya peralatan canggih itu sememangnya mengeluarkan radiasi.

Buat mereka yang gusar, pilihan yang ada antaranya termasuklah:

1. Gunakan pembesar suara

2. Gunakan set kepala

3. Gunakan bluetooth

4. Gunakan set telinga yang panjang

5. Beli telefon bimbit yang mengeluarkan radiasi yang rendah



SUMBER | DuniaJunko

Kecoh Giler!!! Sekitar Angkat Sumpah Jawatan EXCO Negeri Kedah Pagi Ini... Apa Sebenarnya Yang Dirungkai????


ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).

Terkini : Isu Khalwat Ust Dr Badrolamin : Pendedahan Ini Memilukan Para Blogger Musuh... Jom Terjah!!!


Badrulamin_Bahron
ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.


Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?


Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.


“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!


“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!


“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.


“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.


“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.


“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.


“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.


“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.


“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.


“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.


Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.


Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.


“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.


Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti...


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).


KALAU SEBELUM INI USTAZ DR BADROLAMIN BAHRON MEMBUAT PENAFIAN... KINI GILIRAN WANITA TERSEBUT....SEBAB ITU DARI AWAL LAGI KISAH INI DICETUSKAN SECARA SENSASI OLEH BARUA-BARUA UMNO DIALAM MAYA MAUPUN DIMEDIA ARUS PERDANA, RAKYAT SUDAH DAPAT MENANGKAP INI ADALAH PERMAINAN POLITIK LONGKANG UMNO.....

CUBA BUIT SIKIT MINDA KITA DAN TANYA AKAL LOGIK....LOGIKKAH SESEORANG BILA SEDANG MELAKUKAN PENZINAAN TETIBA PINTU BILIK HOTELNYA DIKETUK SELAMA LEBIH SETENGAH JAM....SELEPAS DIBUKA PASANGAN LELAKI MASIH LAGI BERTUALA MANDI....MASUK AKAL KE?....DALAM MASA SETENGAH JAM MASIH TAK SEMPAT NAK MENGENAKAN PAKAIAN BIASA?.....

SEHINGGA KINI PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG BELUM LAGI KELUARKAN KENYATAAN SEDEMIKIAN... USTAZ DR BADRUL AMIN SEMASA DISERBU SEDANG BERTUALA MANDI LEMBAB....LANGSUNG TAK DE!!!!!.. YANG ADA IALAH PEGAWAI-PEGAWAI JAIP HADIR DIHOTEL DI BALOK KUANATAN SETELAH DIMAKLUMKAN OLEH SUAMI WANITA ITU... SEMASA DATANG PASANGAN BERADA DILUAR BILIK....MEREKA MENYIASAT HANYA BERASASKAN KEPADA LAPORAN SUAMI WANITA... ITU SAJA....

WOIT!!! BARUA-BARUA UMNO... INGATLAH.. MEMFITNAH LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH..

"MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH"

Mahkamah Agung Indonesia Sahkan Hukuman 15 Tahun Penjara Terhadap Abu Bakar Bashir...





JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan.
Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda.
Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.
Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya.
Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.
Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.
Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP

Nurul Izzah Hampir Diserang Lalaki Berbaju Merah...

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

NONEKatanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

NONEPagi tadi, akhbar web PKRKeadilandailymelaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

Kegunaan Barli Untuk Putihkan Wajah.... Jom Pakat Minum Barli

Setiap wanita maupun lelaki mengidamkan wajah yang putih dan bersih. Dan ada banyak produk-produk di pasaran yang boleh dan mudah diperolehi untuk mendapatkan hasil sebegini. Apa kata kita cuba menggunakan bahan asli untuk memutihkan wajah.

Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapati di mana-mana pasaraya. Apa yang anda perlukan hanyalah barli, jus limau nipis dan air masak.

Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur.

Seboleh-bolehnya, amalkan setiap selama seminggu untuk melihat hasilnya.

Mudahkan?

Selamat mencuba!

Wanita Ini Menggigit Lidah Suaminya Yang Berusia 79 Tahun Hingga Putus Semasa Adegan Cium Selamat Malam... Macam Nie Pun Ada!!!

MILWAUKEE,  Seorang perempuan dari Wisconsin, Amerika Syarikat, yang berusia 57 tahun menggigit hingga putus setengah lidah suaminya yang berusia 79 tahun ketika berciuman. Perempuan tersebut,telah ditangkap atas dakwaan melakukan kejahatan.

Potongan lidah telah ditemukan dan lelaki itu dibawa ke sebuah hospital. Para doktor mencuba untuk menyambung kembali lidah yang terputus tersebut, kata polis Sheboygan, Milwaukee utara, Wisconsin.

Perempuan itu memberi tahu petugas kecemasan bahawa dia telah menggigit lidah suaminya sampai putus. Suami telah memberitahu  polis bahawa, isterinya menggigit lidahnya sewaktu dia mencium isterinya itu.Ciuman itu diberikan kerana untuk mengucapkan selamat malam.

Ketika polis hendak menahan perempuan tersebut ,dia sedang menyanyikan lagu-lagu Natal dan meniup terompet Tahun Baru. Suaminya mengatakan, isterinya telah bertindak aneh dalam beberapa hari terakhir ini.-(link)

Gaji Pemain Bola Sepak Ini Sebanyak Lebih RM4juta Sebulan.. Jom Terjah Siapa Pemain Hebat Ini???


Inilah pemain Bolasepak ternama dunia yang ketika ini mendapat pendapatan sebagai pemilik gaji tertinggi di dunia. Cristiano Ronaldo (12 juta euro {RM48.376juta} per tahun), Wayne Rooney (11,5 juta Euro per tahun), Lionel Messi (11 juta Euro per tahun), Yaya Toure (10,8 juta Euro per tahun), Samuel Eto’o (10,5 juta Euro per tahun), Bastian Schweinsteiger (9,7 juta Euro per tahun), Zlatan Ibrahimovic (9 juta Euro per tahun). 


* Pemain tengah Bayern Munchen Bastian Schweinsteiger saat ini menerima gaji sebesar 9,7 juta Euro per tahun.


* Striker MU saat ini menerima gaji sebesar 11,5 juta Euro per tahun.


* Striker Real Madrid Cristiano Ronaldo saat ini menerima gaji sebesar 12 juta euro per tahun. Foto: AP Photo/Armando Franca


* Pemain Barcelona Lionel Messi Saat ini menerima gaji sebesar 11 juta Euro per tahun. Foto: AP Photo/Luis Hidalgo


* Pemain Barcelona Yaya Toure saat ini menerima gaji sebesar 10,8 juta Euro per tahun.


* Penyerang AC Milan Zlatan Ibrahimovic saat ini menerima gaji sebesar 9 juta Euro per tahun.AP Photo/Alexander F. Yuan


* Penyerang Inter Milan Samuel Eto'o saat ini menerima gaji sebesar 10,5 juta Euro per tahun.

Tuduhan Pecah Amanah Skandal NFC : PM Haji Najib Mahu Lepas Tangan Dalam Skandal Ini... Apa Muslihat Sebenarnya??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, terpulang kepada peguam negara untuk mendakwa pengarah-pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) atas tuduhan pecah amanah.

Katanya, tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti secukupnya untuk peguam negara supaya jika kes itu dibawa ke mahkamah, pendakwaan kes itu dapat diterima mahkamah, lapor Bernama.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan.

"Saya tidak boleh membuat andaian apa akan berlaku dalam kes ini, sebab ia adalah merupakan budi bicara Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita. Hanya beliau sahaja yang berhak buat keputusan," katanya.

Semalam, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis akan mencadangkan kepada peguam negara untuk mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dalam ucapannya ketika menghadiri majlis makan tengah hari bersama penduduk Sekinchan, Najib berkata kewujudan dan masa depan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah terjamin dan tidak boleh dipertikaikan sesiapa kerana ia telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Katanya, pindaan pada Seksyen 21(2) Akta Pendidikan yang dibuat beliau semasa menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1996 telah menjamin kedudukan sekolah-sekolah itu.

Kerajaan juga akan terus membantu pembangunan sekolah-sekolah ini, di mana dalam Belanjawan 2012 kerajaan telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan juga sekolah-sekolah agama, katanya.

"Kita akan terus bantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibangunkan, di samping menaikkan kualiti pendidikan sekolah kebangsaan," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada majlis yang sama, Najib juga mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta untuk pembinaan blok baru 18 buah bilik darjah SJKC Yoke Kuan dan menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan blok baru itu.

Dalam lawatannya ke sini, perdana menteri juga menyerahkan kunci rumah kepada seorang penerima bantuan khas, Chia Hau Lan.

- Bernama


Apa Sebenarnya? JAIP Pula Dituduh Bersekongkol Dengan Penangkapan Khalwat Ustaz PKR Ini...

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam.

Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau. Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu
tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau. 
 "Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya. 
Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.


JAIP bersubahat atas tangkapan Ustaz Badrulamin



"Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.


Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa", tambahnya. Difahamkan kumpulan lelaki yang bersikap ala samseng itu berhenti memukul beliau apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.


Namun mereka masih tidak membenarkan beliau keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahannya yang ketika itu berada berseorangan di dalam bilik. "Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.


Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya", tambahnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Bersuara Isu Perlantikan EXCO Yang Bakal Diumumkan MB Kedah..

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan PAS sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui, Sabtu.

Phahrolrazi merupakan antara exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac, berkata beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata sebagai ahli PAS, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai exco.

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula exco, beliau berkata tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan.
Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. 

- BERNAMA

MB Ku YAB Ustaz Azizan Jawab Isu Pemilihan Exco Kerajaan Negeri... Sebenarnya Inilah Puncanya..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Azizan (kanan) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.
  
"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.
  
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.
  
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
  
Phahrolrazi Mohd ZawawiDua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.
  
Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.
  
Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- Bernama

Panas!!! PAS Kedah Tengah Kalut Sangat2 Nie... Perlukan Talian Hayat Untuk Terus Memerintah Kedah, Benarkah?

 
 
ALOR SETAR: Dakwaan kemelut dalaman PAS Kedah sebagaimana pendedahan oleh pihak media hakikatnya tidak semua benar bahkan segala andaian belum tentu akan berlaku, demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujarnya, Pemuda PAS Kedah yakin Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak akan menyelesaikan perkara yang cuba digembar-gemburkan media itu dengan baik dan bijaksana.

“Saya minta semua ahli PAS dan rakyat bertenang serta tidak mudah menerima setiap perkara yang diperbesar-besarkan media,” ujarnya ketika diminta Harakah mengulas desas desus tersebut.

Tegas beliau, Pemuda PAS Kedah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ustaz Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Media arus perdana kebelakangan ini giat memberikan gambaran negatif kepada Kedah dengan terbaru membuat dakwaan kononnya PAS Kedah sedang bergolak, berkrisis dan berkemelut menjelang angkat sumpah jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 28 Februari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.