Kes Roboh Surau : MB Ku Bidas Sikap Anak Tun Mahathir, UMNO Tiada Isu Dalam Hal Ini..

ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Kemelut Dalam Cawan Telah Selesai, Hasan, Nasha Temui TG Nik Aziz Dan Pimpinan Atasan Parti

Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menemui Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Sejauhmana Siasatan TPM Ke Atas SU Sulit Kanannya Yang Didakwa Terima Sogokan Besar... Jom Bongkar!!!

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menerima sogokan.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media pada hari ini mendakwa Setiausaha Sulit kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

“Bagi DPP Malaysia, dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Dalam hal ini, TPM perlu membersihkan namanya dengan bersikap berani dan telus menyiasat secara menyeluruh dakwaan tersebut,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan orang kepercayaan beliau.

Jika benar dakwaan tersebut, ujarnya TPM itu perlu mengambil tindakan tegas terhadap setiausaha sulit kanannya.

Ini, katanya sebagai suatu hukuman bahawa kedudukan sebagai orang penting dan di tempat strategik bukan boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Ia juga, tambah beliau sebagai peringatan bahawa amanah bukan suatu yang boleh dipandang ringan, melainkan ia perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

Jika dakwaan tersebut pula tidak benar, ujarnya TPM perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dakyah tersebut.

Menurtnya lagi, fitnah dan spekulasi tidak boleh dibiarkan berleluasa oleh pihak tertentu yang dengki kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang.

Belia berkata, budaya fitnah adalah budaya yang tidak sihat yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara ini.

Katanya, DPP Malaysia mengingatkan bahawa isu rasuah dan penyelewengan kuasa merupakan teras terhadap kejayaan atau kegagalan kepemimpinan negara.

Baginya, pemimpin yang berjaya bukan setakat diukur terhadap prestasi kerjanya semata-mata, lebih dari itu bagaimana pemimpin tersebut menunaikan amanah yang dipikulnya sebaik mungkin.

Ini, ujarnya termasuk mereka yang terlibat secara langsung sebagai pembantu dan pegawai pemimpin tersebut.

“Seseorang pemimpin akan dianggap gagal sekiranya beliau dan orang bawahannya terkait dengan pelbagai skandal yang memburukkan nama beliau dan parti pimpinannya meskipun hasil kerjanya cemerlang,” ujarnya.

Katanya, DPP Malaysia percaya rakyat Malaysia inginkan pemimpin negara yang benar-benar bersih, jujur dan ikhlas dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti terhadap rakyat dan negara.

“Sebaliknya rakyat jemu dan benci terhadap pemimpin yang mengharapkan sokongan rakyat, tetapi akhirnya mengaut keuntungan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.