TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Gambar2 Terkini Banjir Besar Melanda Utara Kedah Lebih 15,000 Dipindahkan, Banyak Jalan2 Utama Ditutup










Gambar Sumbangan Sahabat Facebook - Mohd Fuad Md Lazim & Mat Kilau


ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam.

Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya, berkata sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.
Sementara itu, beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.

Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14 meter).

Di Padang Terap antara kawasan yang terbabit ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45 meter (paras bahaya 36 meter), Sungai Kubu di paras 15.50 meter (paras bahaya 13.02 meter) dan Sungai Naka di paras 31.97 meter (paras bahaya 33 meter).
Di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu, air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut:

Daerah Kubang Pasu (Jalan Pauh–Changlun; Jalan Bukit Wang–Malau; Jalan Jitra–Kelubi; Jalan Jitra–Kodiang; Jalan Kampung Betung–Kampung Kanyau; Jalan Kampung Darat–Kampung Belihal; Jalan Jitra–Bukit Wang; Batu 4 Jalan Changlun–Kodiang; KM28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra); KM10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun); Jalan Ulu Pauh–Changlun; dan Jalan Tanah Merah–Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap (Jalan Kuala Nerang–Padang Sanai; Simpang Jelutung; Jalan Semilang; Jalan Kampung Rambutan–Kuala Kajai; Jalan Kilang Gula Padang Terap–Kampung Pokka; Jalan Kampung Banggol–Padang Sanai; Jalan Kampung Padang Cenderai–Kampung Baru Ladang; Jalan Kampung Tanjung Kiri–Kampung Tanjung Kanan; Jalan Kampung Tualak; dan Jalan Kampung Kubu.

- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.