Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang
doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat
pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan
tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang
mengandungi unsur fitnah.
Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan
dan Nasar.
Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.