TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Bonus Sakan Penjawat Awan Dan Pesara... PM Najib Hanya Mampu Beri Banyak Nie Sahaja...

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

- Bernama

‘Dokumen Penting’ Skandal Scorpene : PM Najib Bakal Kehilangan Jawatan PM, Dokumen Ini Telah Diperolehi Polis Perancis.. Jom Bongkar!!!

Berita buruk untuk Najib: Polis telah menjumpai dokumen penting Scorpene
Pihak polis Perancis telah Berjaya memperolehi ‘dokumen penting’ dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.

Najib , 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002. Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi. Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek. Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.

“Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September. Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, “ berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.


Personaliti VIP


William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah. Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia.
Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis , dimana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut. Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu.

Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri. Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya. Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib. Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya. Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas.

Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan.

William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat. Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan.


Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib


Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis.

Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri. Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya.

Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib. Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa.

Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak. Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas. Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah.

Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui. Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan.

Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja. Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.

Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion. Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai. Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini.

Kisah lain disebalik perjanjian kotor


Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti. Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda.

Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya? Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri.

Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle.

- Malaysia Chronicle

KPN, Kerajaan Malaysia dan 2 Anggota Polis Disaman Dua Naib Presiden....

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan dua lagi pegawai polis ekoran tindakan pihak berkuasa menahan mereka ketika hari perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co pada pukul 10.30 pagi tadi.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Menurut Mahfuz (gambar), pihaknya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada semua defendan berikutan tangkapan yang didakwa beliau menjatuhkan imej sebagai seorang wakil rakyat.

Tindakan saman itu dibuat ekoran penahanan kedua-dua mereka pada 9 Julai lalu yang disifatkan tidak sah.

Kedua-dua mereka memfailkan saman secara berasingan.

“Hari ini kita telah memfailkan saman malu berikutan tangkapan salah pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di KL Sentral, tangkapan itu bertentangan dengan perintah mahkamah dan undang-undang negara.

“KL Sentral bukan tempat larangan, kami tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, kami juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak mengambil apa-apa keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang,” kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata tindakan pihak berkuasa menahan mereka berdua adalah satu perkara yang memalukan.

“Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

“Selain itu, kami juga mahu faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif atau perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah,” katanya.

Tambah Mahfuz, jumlah saman akan dibincangkan dengan peguam mereka Zulhazmi Shariff tapi secara berseloroh berkata “tidak kurang daripada RM1 juta.”

Sementara itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tindakan mereka adalah satu peringatan kepada pihak berkuasa agar bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Ini sebagai satu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Mereka juga telah membuat satu laporan polis pada 11 Julai.

Pada 9 Julai lalu, Mahfuz dan Salahuddin telah ditahan di KL Sentral pada pukul 11.50 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Mereka dibebaskan kira-kira pukul 9.30 malam dan sepanjang tempoh penahanan mereka juga tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk peguam.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Kes Rasuah : Bekas MB Selangor Di Arah Bela Diri

SHAH ALAM 8 OGOS – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Beliau kemudian menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.

Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Khir yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Bongkar Terkini!!! Blog Kontroversi Hina Islam MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara - Inilah Wajah Sebenar Pengendali Blog Ini....

Panas! Masih ingat dengan blog kontroversi yang menghina Islam beberapa bulan lepas? Yaa.. Blog MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kata-kata serta gambar-gambar dalam blog makcik jahanam tu sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Ketika itu, pasti ramai yang sangat berharap ingin melihat wajah dan identiti sebenar pemilik blog jahanam tersebut.

Kini, wajah dan identiti 'makcik' tersebut sudah terbongkar dan didedahkan hasil usaha team hackers gaysec. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati website mereka, iaitu http://www.gaysec.org


credit : arcx13

Nama sebenar MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersebut adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Seorang perempuan berumur 26 tahun. Dia berdarah kacukan Cina dan Melayu. Jadi, apa agama sebenar dia? Jika dia Islam, ini bermakna dia sudah jatuh murtad. Maka wajib untuk kita semua menasihatinya agar bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Jika dia enggan bertaubat, maka halallah darahnya untuk dibunuh.

Hukum wajib untuk pihak berkuasa membunuh orang murtad ialah berdasarkan hadis-hadis berikut yang bermaksud :

"Sesiapa yang menukar keIslamannya hendaklah kamu bunuh dia." (Hadis para Perawi kecuali Muslim).

"Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara :Tayyib (duda/janda) yang berzina, qisas nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas'ud).

"Mana-mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya." (Hadis riwayat Thabarani daripada Mu'az bin Jabal).

Nauzubillahiminzalik.. Jadikanlah ini sebagai pengajaran buat kita semua.

Sepandai-pandai MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara melompat, akhirnya terkantoi jua.. Tahniah kepada team hackers GaySec. Inilah tujuan ilmu hack yang dianugerahkan sebenarnya.

maklumat lanjut : sozcyili

p/s : Ada yang tidak tahu menahu pasal isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni? Kesiannya.. Siries sgt kasihan. Isu panas kot.. Nak tau, KLIK SINI!

Video: PAS Akan Temui JAIS dan DUMC Untuk Penjelasan Dan Penyelesaian...



PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

PAS Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat hari ini mendengar versi penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa yang berlaku.

Presiden PAS itu menegaskan bahawa Dr Hasan hadir kerana beliau merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat dan bukan dipanggil khusus berhubung perkara itu.

Katanya, mereka telah mendengar penjelasan Dr Hasan dan demi keadilan, pihaknya perlu juga mendengar penjelasan dari pihak lain yang terlibat.

Walaupun dihujani pertanyaan pemberita, Abdul Hadi bagaimanapun enggan memberitahu sama ada laporan dari Dr Hasan (kiri) tidak mencukupi atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Mustafa Ali, berkata beliau akan menghubungi JAIS dan pihak gereja berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan itu dalam masa terdekat ini.

Malam Rabu lalu, pegawai penguatkuasa JAIS menyerbu dewan yang terletak dalam kawasan DUMC - tempat majlis makan malam itu diadakan - serta mengambil kenyataan dari orang Islam yang hadir serta mengeledah premis tersebut.

azlanBercakap dalam kapasitinya sebagai exco hal ehwal agama Islam
Selangor, Dr Hasan menjelaskan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin gereja. Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip juga menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Beberapa akhbar Melayu telah melaporkan bahawa JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis seumpama itu.

Bagaimanapun, Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids.

Dr Hasan juga dilaporkan oleh sebuah akhbar Melayu sebagai berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai exco demi mempertahankan akidah Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.